KEMBALI KE KOLEJ

Setelah hampir 3 minggu bercuti (kem seminggu di PJ perlu ditolak), akhirnya esok aku akan pulang semula ke kolej. Berdepan dengan bebanan kerja dan juga pelajaran. InsyaAllah, semua perkara boleh dihadapi. Selepas ini, seperti biasa pengemaskinian blog ini akan berkurangan sedikit. InsyaAllah, ada masa blog ini akan diupdate

JPJ


Biarpun aku seorang pemegang lesen p, aku tidak menampal sticker ini di kereta. Bukannya tidak tampal, tapi dicabut adik-adikku hingga aku pun malas untuk menampal kembali.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi JPJ melakukan sekatan jalanraya. Aku dengan "konfidennya" melalui sekatan jalanraya itu tanpa menampal "P". Malangnya, penguatkuasa meminta lesenku dan kantoi. Haha.

Selepas itu, aku "menggoreng" penguatkuasa itu dan menunjukkan sticker "P" yang tersimpan di dalam dashboard. Penguatkuasa itu mengarahkan aku menampalnya dan akhirnya aku pun lepas. Alhamdulillah(balik rumah cabut balik).

2 CAMPS IN 3 DAYS

Day after tomorrow I'm gonna back to college for MYC on friday. Although there's still some problem regarding to consultant(of course under my responsibility) InsyaAllah these problem can be solved before the program started.

After a day of MYC, I'm gonna to Felda Residential Resort(I think it's the name) for SC camp. I've given responsibility to give tazkirah on saturday night regarding cooperation and teamwork. I hope everybody can understand me because a lot of people don't understand me when I'm using English.
And then, the schools will begin and as SC, there a so many functions to be handled during this sem. The nearest is Friendly with Intec and Nostalgic Night. Hope everything will go on smoothly

TIADA INTERNET

Setelah sekian lama ketiadaan internet, akhirnya dapat juga aku on menggunakan talian rumah. Terima kasih kepada telekom yang setelah lebih seminggu akhirnya membaiki talian telefon yang wayarnya dicuri. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Baju MYC, MYC, CIMB. Yang penting, homework pon tak siap-siap lagi. Tapi alhamdulillahla aku berjaya akhirnya memahami chemistry. Misi seterusnya ; Biologi

5AF1(MUSLIMIN) SMAI 06

ASIAWORK TRAINING CAMP

Akhirnya aku pulang semula ke bumi kuantan setelah 6 hari di bumi PJ(6 hari pon duit habis beratus sebab makanan mahal²). Sepatutnya aku ke PJ semula khamis ini untuk sesi penganugerahan sijil tapi aku belum pasti dapat ke sana semula.

Like Gordon says: it's not right or wrong. Jadi, nantikan

KAK COMEL JAHAT!!!

Itulah kata-kata yang terungkap dari bibirku saat membuka emel. Tiba-tiba namaku diletakkan untuk menyampaikan tazkirah isya' pada 29 mac bersempena Sc Camp. Tajuknya, cooperation and teamwork.

Bukanlah satu masalah buatku menyampaikan tazkirah, tetapi jika dialih bahasanya kepada Inggeris, itu satu masalah yang agak besar. Setelah "memeseji" kak comel, akhirnya diketahui "dalang" sebenar ialah Fikri dan Baie. Waaaaaa.

Apapon, bak kata Gordon, think from the bright side. Layan jela. 5 minit je pon

Amerika Rancang Perang Saudara di Gaza !

Oleh : Maszlee Malik, Durham, UK

Walaupun pihak kerajaan PA di Gaza telah menyuarakan berkali-kali kepada dunia mengenai konspirasi Amerika Syarikat (AS) di Gaza, namun tiada siapa yang memperdulikannya. Walau bagaimanapun keadaan kini berubah.

Pendedahan oleh majalah Vanity Fair pada 4 Mac 2008 melalui edisi online mengenai dokumen yang mereka perolehi mengenai perkara tersebut telah menggemparkan dunia. Isu yang bakal dimuatkan pada edisi April majalah tersebut telah mendedahkan usaha jahat AS yang telah cuba merancangkan peperangan saudara di Palestin demi menjatuhkan kerajaan HAMAS yang telah dipilih oleh rakyat Palestin (www.vanityfair.com, 4/4/2008).

Majalah yang diterbitkan di AS itu juga telah mendedahkan bagaimana dokumen-dokumen yang mereka perolehi dari sumber-sumber dari dalam Palestin dan AS cukup membuktikan konspirasi tersebut. Mereka menamakan Presiden AS, George W Bush, Setiausaha luar AS, Condoleez Rice dan penolong penasihat keselamatan dalam negeri As, Elliot Abrams sebagai dalang utama konspirasi yang dinamakan sebagai “Iran Contra 2.0”. Pihak AS telah menyerahkan tugas kepada Muhammad Dahlan, penasihat keselamatan Presiden Mahmoud Abbas untuk melakukan pemberontakan bersenjata di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Mereka telah membekalkan Dahlan dan kumpulan samseng bersenjatanya dengan wang dan senjata yang canggih untuk melakukan rampasan kuasa di Gaza yang diharapkan akan mencetuskan peperangan bersaudara. Tujuan utamanya ialah untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS yang telah dipilih rakyat melalui pilihanraya tahun 2006.


Media antarabangsa malangnya telah berjaya dipengaruhi oleh AS dan Abbas untuk memberikan gambaran buruk bahawa HAMAS telah melakukan rampasan kuasa dan menghalau anggota Fatah keluar dari Gaza.


Walau bagaimanapun konspirasi itu telah menemui kegagalan dan menyebabkan Muhammad Dahlan dan kuncu-kuncunya yang terlibat telah melarikan diri dari Gaza. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan penguasaan 100% ke atas Gaza. AS dan Mahmoud Abbas yang terdesak akibat kegagalan Dahlan akhirnya telah berjaya menutup kegiatan jahat tersebut dengan menuduh HAMAS melalukan pemberontakan bersenjata di Gaza. Media antarabangsa malangnya telah berjaya dipengaruhi oleh AS dan Abbas untuk memberikan gambaran buruk bahawa HAMAS telah melakukan rampasan kuasa dan menghalau anggota Fatah keluar dari Gaza. Walaupun HAMAS telah cuba menjelaskan keadaan yang sebenar, namun lobi Zionis telah berjaya memastikan bahawa mereka tidak diberikan peluang untuk membela diri. Sehingga kini, peristiwa tersebut telah dijadikan alasan oleh ramai pihak untuk menunding jari ke arah HAMAS, dan menuduh mereka sebagai gila kuasa.

Majalah Vanity Fair itu juga telah berjaya mendapatkan reaksi dari Muhammad Dahlan sebagai salah seorang aktor di dalam konspirasi berkenaan. Beliau bukan sahaja mengakui penglibatannya dan kegagalan beliau, malah telah menyalahkan Bush kerana membenarkan HAMAS menyertai pilihanraya pada tahun 2006. Beliau juga mengakui pendedahan oleh seorang warga Gaza yang beliau telah diseksa dan didera oleh kuncu-kuncu Dahlan. Dahlan menambah bahawa kuncu-kuncunya boleh melakukan lebih
teruk daripada apa yang telah dilakukan. Dahlan juga mendedahkan hubungan rapatnya dengan Bush dan juga pentadbiran AS. Tidak hairanlah pada Julai 2003 beliau telah dipuji oleh Bush sebagai “a good, solid leader” dan juga Bush pernah mengatakan kepada pihak Israel, Dahlan adalah “Our guy”.


Tidak hairanlah pada Julai 2003,Muhammad Dahlan telah dipuji oleh Bush sebagai “a good, solid leader” dan juga Bush pernah mengatakan kepada pihak Israel, Dahlan adalah “Our guy”.

Operasi tersebut dinamakan sebagai “Iran Contra 2.0” bersempena dengan Abrams yang pernah dituduh menyimpan dokumen-dokumen rahsia berkaitan isu kontra Iran di zaman Presiden Reagen. Konspirasi tersebut telah dikritik oleh David Wurmser, seorang neoconservative yang juga merupakan mantan penasihat kepada Naib Presiden Dick Chenney berkaitan isu Timur Tengah. Beliau telah meletakkan jawatannya pada Julai 2007, sebulan selepas kegagalan operasi Iran Contra 2.0 tersebut sebagai tanda protes. Beliau menyalahkan pentadbiran Bush di atas kegagalan konspirasi tersebut sehingga membawa kepada penguasaan 100% HAMAS ke atas Gaza. Menurut beliau, HAMAS tidak pernah merancang untuk menguasai Gaza sehinggalah pada saat kegagalan konspirasi tersebut. Beliau juga mengkritik sikap bermuka-muka Bush yang kononnya inginkan demokrasi di Timur Tengah, tetapi di dalam waktu yang sama melancarkan konspirasi berkenaan.

Akhbar Gulf Daily News yang sempat menemui Rice di Tebing Barat telah cuba untuk mendapatkan komen beliau berhubung isu berkenaan. Malangnya Rice enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut (Gulf Daily News, 5/3/2008).


http://palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=2077

BLAZER

Semalam aku kamdar. Saja jalan-jalan. Cadangnya sekadar mencari sehelai dua baju t-shirt. Sekali mata terpaku pada deretan blazer yang ada di situ. Tengok harga. Boleh tahanla. Dari RM70 hinggalah ke beberapa ratus. Setelah lama termenung dan teringatkan harapan Yorke supaya setiap Sc memiliki blazer, akhirnya aku mengambil sehelai blazer yang harganya RM90(sekaligus menjadikan blazer ini sebagai pakaianku yang termahala setakat ini). Harap-harap bermanfaatla blazer ni

Bicara Buat Yang Menang Dalam Merebut Jawatan

Oleh: S.S DR ASRI ZAINUL ABIDIN


Seperti biasa, setiap pagi Sabtu selepas solat Subuh dan memohon kekuatan daripada Allah, saya akan mengadap komputer untuk menulis ‘Pena Mufti’ bagi keluaran setiap Hari Ahad. Sabtu pada waktu artikel ini ditulis (semalam) saya begitu mengejar waktu. Maklumlah hari Pilihanraya Ke-12 negara kita. Tempat mengundi saya pula di Seberang Perai. Bukan di Perlis.

Selepas tulisan ini disiapkan, saya akan bergegas ke sana. Untuk memilih calon yang paling berkualiti dari sudut kemampuan kepimpinan dan nilai peribadinya. Itulah pegangan saya. Bukan pakaian; serban atau songkok, atau jenis kereta; murah atau mahal, atau gaya; berjenama atau biasa dan seumpamanya. Itu semua bukan penentu kemampuan seseorang memimpin dan menyampaikan hasrat rakyat. Sebaliknya, kualiti calon itulah yang patut dilihat.

Jika semua kita berfikir sebegini, saya percaya lima tahun lagi, tidak ada siapa pun yang berani tampil dengan selamba menawarkan diri, atau ditawarkan oleh partinya sedangkan dia amat tidak berkualiti. Rakyat hanya akan memilih yang terbaik. Hanya begini sahaja, fikiran kita akan maju dan menjadikan masyarakat kita matang dan terus membangun ke hadapan.

Ini sikap Ulul Albab yang kita sebutkan dahulu. Firman Allah: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Ketika tulisan ini ditulis, saya belum tahu apakah keputusan pilihanraya kali ini. Siapakah yang menang, siapa pula yang tewas? Siapakah yang kecewa, siapa pula yang bahagia?. Sudah pasti pada saat artikel ini dibaca, keputusan sudah diketahui oleh rakyat. Apapun, saya ingin mengingatkan kepada yang akan menang beberapa perkara dalam tulisan ini. Secara khusus bagi parti dan para wakil rakyat baru di kalangan kaum muslimin:

Saudara, ketahuilah, bahawa kemenangan dalam memperolehi jawatan bukanlah suatu perkara untuk dibangga-banggakan. Ia mesti diterima dengan kerendahan diri kepada Allah, syukur dan memohon pertolongan daripadaNya. Jawatan yang anda perolehi bukanlah harta rampasan perang, atau lubuk emas yang dirayakan. Ia adalah ujian dan amanah Allah untuk melihat sejauh manakah anda mampu melaksanakannya.

Pada hari akhirat terlalu beban dan berat tanggungannya. Ingatlah baik-baik apa yang ucapkan oleh Rasulullah s.a.w: : “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Hanya mereka yang melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab sahaja yang akan terlepas daripada penyesalan itu. Pada hari ini ramai yang bersorak-sorai buat meraikan anda, namun pada hari kiamat nanti suara-suara itu sudah tidak kedengaran lagi. Anda dan semua manusia akan mendatangi Allah dengan membawa diri masing-masing. Tanpa pengawal, tanpa pengikut, tanpa pengampu.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu dakwa bahawa mereka ialah sekutu-sekutu (bagi Allah) dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu dakwa” (Surah al-An’am: 94).

Ketahuilah saudara, telah menang Rasulullah s.a.w dalam Pembukaan Kota Mekah. Satu kemenangan yang amat penting dalam sejarah Islam. Mekah adalah pusat ibadah peninggalan Nabi Ibrahim a.s. Padanya ada Masjidil Haram dan Ka’bah. Dari sudut perasaan pula, ianya adalah tempat lahir Nabi s.a.w, tanahair baginda yang dicintai.

Baginda tidak keluar daripadanya, melainkan setelah diburu dan dianiayai oleh penduduknya yang terdiri dari pembesar Quraish yang sombong dan zalim. Pembukaan Mekah amatlah jauh lebih utama dan agung untuk dibandingkan dengan kemenangan pilihanraya sesiapa sahaja. Termasuklah saudara.

Kegembiraan jiwa umat Islam dapat menawan Mekah tidaklah dapat dibayangkan oleh sebarang kalimat bicara dengan apa bahasa mahupun pena. Namun, baginda telah memasuki Mekah semasa kemenangan tersebut dengan merendah diri kepada Allah, membaca Surah dalam keadaan yang tenang dan lunak.

Kata ‘Abd Allah bin al-Mughaffal mencerita keadaan Nabi s.a.w ketika masuk ke Mekah semasa pembukaannya: “Aku melihat Nabi s.a.w membaca Surah al-Fath, atau ayat-ayat dari Surah al-Fath ketika baginda di atas untanya yang sedang berjalan dengan bacaan yang lembut dan baginda (tarji’) mengalun bacaannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sambutlah kejayaan anda dengan penuh tawaduk dan merendah diri kepada Allah. Takutlah akan ujianNya itu. Bimbanglah jika anda tidak menepati kehendakNya. Janganlah anda berpesta sehingga lupa hakikat kepimpinan adalah amanah, bukan ghanimah atau harta rampasan perang. Hanya tabiat orang Qarun yang bermegah dengan kejayaan sehingga melupakan nikmat Allah.

Allah menceritakan tentang ucapan Qarun yanag penuh kesombongan, firman Allah: (maksudnya) “Qarun berkata: “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan kepandaian yang ada padaku”. Tidakkah dia (Qarun) mengetahui bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, umat-umat Yang telah lalu, mereka itu ang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya Dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerimanya melainkan mereka yang sabar”. (Surah al-Qasas: 78-80).

Jangan berlagak sombong dengan kejayaan. Sesungguhnya rakyat tidak mengharapkan kesombongan dan ketakburan. Mereka mengharapkan pembelaan dan sifat yang amanah dalam pengurusan negara dan kepimpinan. Seorang muslim patut merenung ucapan insan yang terbaik selepas Rasulullah s.a.w, iaitu Abu Bakr al-Siddiq. Khalifah selepas Rasulullah s.a.w. Insan paling layak untuk menjawat jawatan tersebut.

Namun beginilah ucapan pertamanya: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Sedarlah saudara para pemimpin yang baru sahaja mendapat mandat! Kita semua tidak lebih baik daripada Abu Bakr r.a. Jika beliau insan terbaik yang dipuji oleh Allah dan Rasul -bukan sekadar pujian rakyat atau pemimpin parti- menyatakan: ” sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku.”, apakah saudara ingin mendakwa lebih daripada itu?.

Saudara, ya! seperti kata Abu Bakr:” Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat“. Jika saudara menunai janji, tidak munafik dalam ucapan dan sikap maka saudara seorang yang bercakap benar. Justeru itu saudara seorang yang amanah. Jika saudara tidak jujur, tidak menepati janji dan manifesto, bersikap hipokrit maka saudara telah berbohong kepada rakyat. Justeru itu saudara adalah seorang pengkhianat.

Saudara, lihatlah kejelasan matlamat seorang pemimpin seperti yang diucapkan oleh Abu Bakr r.a: “Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak, insya Allah”.

Itulah tanggungjawab pemimpin, mempertahankan hak rakyat. Sehingga yang lemah dan miskin terbela dan tidak ditindas. Sementara yang kuat, tidak boleh bermaharaja lela dengan kekuatan harta dan kuasanya. Namun jika saudara hanya di dampingi para taukeh dan pembodeh yang kaya-raya, sehingga melupai rakyat jelata, maka saudara lupa hakikat kepimpinan.

Jika pemimpin hanya menguatkan yang kuat dan menindas yang lemah, maka itu bukanlah pemimpin rakyat. Jika terpilih sedangkan dia demikian rupa dan cara, maka –maaf untuk ungkapkan- seorang kaki buli, atau kepala gengster atau seorang samseng telah dipilih. Pastikan anda tidak sedemikian. Pemimpin tidak dikenang kerana banyak membela taukeh, tetapi akan dikenang kerana banyak membela mereka yang ditindas dan lemah.

Saudara, lihatlah kejujuran dalam ungkapan khalifah agung ini: “Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku”. Jika anda kecewa rakyat anda tidak taatkan saudara, terlebih dahulu sedarlah bahawa anda lebih buruk dari rakyat anda jika anda tidak mentaati Allah Pencipta dan Tuhan anda, bukan sekadar seorang wakil rakyat. Maka fahami hukum-hakam Allah supaya anda tahu bagaimana hendak mentaatiNya. Kata ‘Umar bin al-Khattab r.a.: “Fahamilah benar-benar ilmu, sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin” (Riwayat al-Bukhari).

Ingatlah bahawa arahan Allah kepada rakyat: (maksudnya) ” Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ 59) ayat ini datang selepas Allah memerintah pemimpin pada ayat sebelumnya iaitu firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).

Maka pemimpinlah yang terlebih dahulu diwajibkan melakukan keadilan dan menunaikan amanah, kemudian barulah rakyat akan taat. Al-Imam al-Qurtubi menyebut riwayat daripada khalifah Ali bin Abi Talib r.a bahawa beliau menyebut: “Tanggungjawab imam (pemerintah) adalah memerintah dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila dia menjalankan tanggungjawab sedemikian maka wajib ke atas muslimin mentaatinya. Ini kerana Allah menyuruh agar ditunaikan amanah dan melaksanakan keadilan kemudian diperintahkan agar rakyat mentaatinya (pemerintah)” (Al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/259, Beirut: Dar al-Fikr).

Saudara, semoga Allah merahmati kepimpinan anda serta diberikan bimbangan ke jalanNya yang penuh adil dan saksama. Dahulu ada sarjana menyebut: “Jika aku mempunyai hanya satu peluang doa yang makbul, nescaya aku doakan kepada pemimpin agar adil, kerana keadilan mereka kebaikan untuk semua”. Saya dan rakyat anda yang lain juga demikian.

Selamat bertugas sebagai wakil dan pemimpin rakyat. Anda akan memimpin kami di dunia ini. Akhirat nanti Allah akan bertanya kami mengenai anda semua. Seperti mana hari ini kami diberi peluang untuk mengundi anda, berilah juga kami peluang untuk menjawab yang terbaik mengenai anda pada hari kiamat kelak. Kami tidak ingin mendakwa anda di sana nanti, maka adillah kepada kami di dunia ini.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KE12


AKHIRNYA

Akhirnya aku kembali ke rumah. Akhirnya aku kembali menghantar entri. Akhirnya pilihan raya sudah tamat. Akhirnya penat lelah terasa berbayar. Alhamdulillah.

Tapi ada juga "awalnya". Hari rabu ini aku perlu ke PJ untuk menghadiri kem anjuran UEM. Seminggu juga di sana. Cuti yang tidak cuti.Huhu