KEMBALI

Alhamdulillah, peperiksaanku sudah pun tamat. Talian wireless juga semakin baik. Lebih menarik, blog ini sudah mula boleh dilayari oleh pengguna Internet Explorer(baru nak tukar template tadi). Menandakan kembalinya aku ke dunia blog setelah lama berehat.

DEBAT PIALA UIAM

Alhamdulillah, 3 tahun berturut-turut aku masih berjaya menghadiri Pertandingan Debat Sekolah-Sekolah Piala UIAM. Jika tahun lepas dan sebelumnya aku hadir sebagai pengurus pasukan, kali ini aku hadir sekadar sebagai pelawat.

Ditemani Lutphi dari kolej, kami bergerak ke PWTC menaiki kereta Aidy. Setibanya di PWTC, Lutphi mengeluarkan duit bagi memborong sedikit sebanyak buku di KL Book Fair. Setelah itu, Izdihar tiba dan kami melangkah ke PWTC.

Keadaan sungguh sesak di PWTC(kecuali di bahagian Education). Setelah bertungkus-lumus, akhirnya Lutphi berjaya menemui buku SAT yang dicarinya. Aku pula singgah di booth Saba Islamic Media dan membeli sebuah buku mengenai peristiwa 911. Secara kebetulan, kakak yang menjaga booth itu ialah kakak yang biasa aku berbual dengannya di SABA Kuantan.

Setelah itu, kami cuba mencari buku yang dipesan Zaim iaitu buku terbaru Ust Hasrizal@SaifulIslam-Aku Terima Nikahnya. Malangnya tak ditemui. Setelah berputus asa mencari, kami mengambil keputusan ke surau dan menunaikan solat asar. Ditakdirkan Allah, turun dari surau terjumpa Ust Hasrizal. Lantas aku bertanya di manakah terjual bukunya. Rupanya dekat sahaja dari situ.

Terus aku memborong 8 buah buku itu. Alhamdulillah, dapat diskaun dan kebetulan Ust Hasrizal datang ke booth itu. Apa lagi. Sign la. Raihan pun berada di situ tetapi memandangkan keterbatasan waktu, aku mengambil keputusan untuk segera melangkah pergi.

Akhirnya, Afiqah, Muna dan seorang lagi kawan mereka dari Darul Quran dapat ditemui dan kami terus melangkah ke stesen lrt. Di sana, Shamsul sudah menunggu. Izdihar mengambil keputusna untuk pulang ke UM memandangkan bakal menghadapi peperiksaan pada minggu ini. Kami berenam meneruskan langkah ke UIAM.

Setibanya di UIA, kami bergegas turun dari bas berlari ke sidang 27 untuk mendengar sesi perbahasan. Alhamdulillah, sempat juga mendengar walaupun sudah di hujung-hujung. Setelah tamat, kami melangkah ke masjid diiringi oleh deruan hujan.

Esoknya, sesi perbahasan disambung. Hari ini wakil dari KYUEM lebih meriah dengan kehadiran Akmin, Ikmal dan Haqqa. Aku mengambil keputusan untuk menonton perbahasan bahasa inggeris untuk pusingan pertama dan bahasa melayu di pusingan kedua.

Setelah tajuk diumumkan, aku bergerak. Mula-mula melihat persiapan pasukan sekolahku. Setelah bosan, aku turun dan mencari pasukan kisas. Alhamdulillah, bertemu juga. Setelah selesai sesi perbincangan, para pembahasan dan penonton dipanggil masuk. Aisyah nyata terkejut melihat kehadiranku. Mungkin dia tidak sangka aku akan hadir.

Setelah sesi perbahasan selesai, aku memberi sedikit komen kepada pasukan KISAS. ketika itu menentang MCKK. Alhamdulillah, mereka sudi mendengar dengan khusyuk dan peka(goreng je cakap apa-apa masa tu).

Setelah itu, aku ke pasukan KISAS B untuk bertemu Izudin dan memberi sedikit komen. Melihat jam di telefon bimbit, nyata sudah terlewat untuk aku melihat bahas bm maka aku mengambil keputusan untuk kekal di situ memandangkan jarak ke kuliah kejuruteraan yang jauh dari kuliah undang-undang.

Sekali lagi, aku melihat pasukan kisas a. niat asal ingin melihat pasukan kisas b namun disebabkan kisas a menentang rmc yang pastinya menarik dengan kehadiran "Skem", aku terus di situ. Tamat perbahasan, aku terus melangkah ke masjid untuk solat dan makan.

KEMBALI KE KOLEJ

Setelah hampir 3 minggu bercuti (kem seminggu di PJ perlu ditolak), akhirnya esok aku akan pulang semula ke kolej. Berdepan dengan bebanan kerja dan juga pelajaran. InsyaAllah, semua perkara boleh dihadapi. Selepas ini, seperti biasa pengemaskinian blog ini akan berkurangan sedikit. InsyaAllah, ada masa blog ini akan diupdate

JPJ


Biarpun aku seorang pemegang lesen p, aku tidak menampal sticker ini di kereta. Bukannya tidak tampal, tapi dicabut adik-adikku hingga aku pun malas untuk menampal kembali.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi JPJ melakukan sekatan jalanraya. Aku dengan "konfidennya" melalui sekatan jalanraya itu tanpa menampal "P". Malangnya, penguatkuasa meminta lesenku dan kantoi. Haha.

Selepas itu, aku "menggoreng" penguatkuasa itu dan menunjukkan sticker "P" yang tersimpan di dalam dashboard. Penguatkuasa itu mengarahkan aku menampalnya dan akhirnya aku pun lepas. Alhamdulillah(balik rumah cabut balik).

2 CAMPS IN 3 DAYS

Day after tomorrow I'm gonna back to college for MYC on friday. Although there's still some problem regarding to consultant(of course under my responsibility) InsyaAllah these problem can be solved before the program started.

After a day of MYC, I'm gonna to Felda Residential Resort(I think it's the name) for SC camp. I've given responsibility to give tazkirah on saturday night regarding cooperation and teamwork. I hope everybody can understand me because a lot of people don't understand me when I'm using English.
And then, the schools will begin and as SC, there a so many functions to be handled during this sem. The nearest is Friendly with Intec and Nostalgic Night. Hope everything will go on smoothly

TIADA INTERNET

Setelah sekian lama ketiadaan internet, akhirnya dapat juga aku on menggunakan talian rumah. Terima kasih kepada telekom yang setelah lebih seminggu akhirnya membaiki talian telefon yang wayarnya dicuri. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Baju MYC, MYC, CIMB. Yang penting, homework pon tak siap-siap lagi. Tapi alhamdulillahla aku berjaya akhirnya memahami chemistry. Misi seterusnya ; Biologi

5AF1(MUSLIMIN) SMAI 06