HAIRAN

Aku hairan,
Saat MRSM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera,
Tiada yang menentang,
Semua mengiya mengikut kata

Tambah kuhairan,
Saat UiTM dicadang dibuka kepada bukan bumiputera,
Habis semua keluar berdemonstrasi membantah,
Sedangkan mereka juga yang berkata,
Orang yang berdemonstrasi itu bodoh,
Tidak tahu menyalurkan pendapat mengikut jalan yang betul.


Aku hairan,
Saat harga minyak dinaikkan,
Tidak sampai beberapa jam pengumuman terus dinaikkan,
Tidak menunggu mungkinkah akan reda kemudian.

Tambah kuhairan,
Saat harga minyak dunia mengalami penurunan,
Eh perlu tunggu ke awal bulan,
Kita lihat dulu apakah harga minyak mengalami kestabilan,
Kalau dikira jika dahulu $145 per tong kerajaan sudah bagi subsidi 30 sen kan,
Jika sekarang pada kadar $110 per tong macam "desubsidized" balik je kan?


Aku hairan,
Saat harga minyak sawit dunia melonjak,
Habis semua penghuni Felda bersorak,
Setiap hari heboh betapa kerajaan berjaya membela rakyat,
Tiba-tiba dikenakan cukai keuntungan berlebihan RM50 setiap tan ditolak,
Disedari peneroka terpaksa kerajaan menarik.

Tambah kuhairan,
Tiba-tiba harga minyak sawit dunia menjunam,
Kalau dahulu boleh dijual lebih dari RM700 setan,
Kini terpaksalah bersabar dengan kadar kurang dari RM500 setan,
Nak buat macam mana,
Dah nasib badan.

KITA DAN LANDSKAP POLITIK NEGARA

Jam menunjukkan pukul 2.37 pagi. Sepatutnya sekarang aku sudah tidur.
“ Kalau esok nak ikut pergi Hospital Ipoh kena bangun awal..” begitu pesan ibu tadi.
Ya. Aku cuba nak pejamkan mata. Tapi tak boleh. Pusing kiri kanan pun tak boleh juga. Tapi salah aku jugak. Dah tahu nak tidur tapi otak masih jalan jauh lagi. Minda aku dok berlegar-legar tanpa arah tuju umpama layang-layang yang kita main petang-petang. Maka memanglah tak boleh tidur dan apa yang ak buat? Ini. Dok menaip supaya bila hangpa bukak blog aku hangpa boleh baca.

Apabila Pakatan Rakyat (PR) menang besar lepas PRU baru-baru ini semua orang yang gembira. Seakan-akan ada nafas baru untuk kita semua. Nafas yang panjang lagi segar. Kepala pun dah tak perlu pening-pening lagi. Kita ada kuasa sekarang banding dulu. Tapi gembiranya kita sekejap saja. Pening pun tak sempat nak hilang dia mai balik. Tak sempat kita nak merasai manisnya kemenangan macam biasa ‘orang sana’ buat kacau. Mula-mula Pulau Pinang depa sakat. Kemudian Perak. Tapi yang paling teruk rasanya Selangor. Ingatkan Kedah depa tak nak kacau tapi last-last depa buli jugak. Nasib baiklah Ustaz Azizan tu cool saja orangnya. Ha.

Selepas kita macam dah imun dengan sakat-menyakat, usik-mengusik ‘orang sana’ belaku pula hal lain. Tun M keluar UMNO. Kita jadi confuse. Aku fikir juga nanti penulis buku teks Sejarah masa depan mesti sasau pasal tahun 2008 punya sejarah ada macam-macam cerita. Tapi biarlah. Itu hal ‘golongan sana’. Lantak pi depalah….

Elok saja kita baru nak sedap duduk datang pula angin torpedo dari ‘orang kita’. Tapi itu dulu. La ni ‘orang kita’ dah tak mau kawan dengan kita lagi dah. Pasal dia dengar kata dah kagum dengan kepimpinan Pak Lah. Kalau aku jumpa Ezam aku teringin nak tanya dia “ Mananya yang hang dok kata dulu aduan/laporan kes-kes rasuah berkotak-kotak yang hang kata hang ada simpan tunggu masa ja nak dedahkan pada semua?”. Tapi aku rasa Ezam tak ada masa nak layan soalan aku. Dia dah jadi orang penting Pak Lah lepas frust dengan hubungan tiga seginya (Anwar-Ezam-Azmin). Dia ni sekarang macam dah desperate sangat aku tengok nak jadi calon kat Permatang Pauh. Tak silap aku dia kata dulu masa dah taubat balik masuk UMNO tak mau aktif sangat dalam politik. Orang tanya dia dia nak bertanding tak apa-apa jawatan dalam UMNO dia kata tak minat. Dia kata fokusnya sekarang nak tolong P.Lah dalam proses penambahbaikan dalam isu kehakiman, membanteras rasuah etc. La ni apa jadi? Nasib baikla aku dengar sendiri penjelasan dari Nik Nazmi berkenaan isu Ezam keluar PKR ni. Ezam tu sifu Nik Nazmi dulu. Masa dia tengah fresh dan baru berjinak-jinak nak bertatih dalam dunia politik. Kalau tak mungkin aku jadi macam orang lain- mulut ternganga percaya cerita karut Ezam.

Tapi kuat-kuat pun angin torpedo Ezam, tak sekuat angin nama apa aku nak bagi pun aku tak tau. Mungkin angin Pak Lah. Sebab dulu bila datang angin Mahathir macam ni la juga. Tak taula kalau Pak Lah mintak kat Mahathir kertas skrip 1998 punya. Kisah yang sama, plot yang sama, watak yang sama macam dulu. Kalau nak ubah pun ubah sikit-sikit bagi rakyat tak cam (depa ingat rakyat bodohkah?). Dulu ada Augustine Paul sekarang Tan Sri Zaki. Dulu Musa Hassan sekarang mungkin Ismail Omar. Sampai kata Kickdefella orang luar dah panggil negara kita ni Sodomy Nation.

Lepas tu kita mula didedahkan dengan istilah-istilah baru. Muzakarah, muqobalah dan yang sewaktu dengannya. Dan kita pening lagi. Dalam keadaan genting yang serba membingungkan tiba-tiba kata orang kuat PAS pi jumpa Pak Lah. Tiba-tiba nama-nama yang dah hamper tenggelam timbul balik. Mula-mula Tajol Rosli ajak PAS tubuhkan kerajaan negeri campuran dengan UMNO. Kemudian Khir Toyo bercakap perkara yang sama. Karpal Singh dah mula panas. Nasib baikla Ustaz Hadi Awang bagi kata putus ‘’ tak akan bekerjasama tapi sebarang perbincangan yang baik boleh diteruskan…”


Ada yang suka ada yang marah kepada apa yang berlaku pada negara kita lepas PRU tapi yang paling ramai yang malas nak bagi komen. Kawan aku budak KYUEM tu dulu dialah orang yang aku rasa selalu bagi jawapan bernas lain dari yang lain bila aku tanya apa-apa. Dia pun sama dengan aku gila politik. Tapi start bila DSAI kena tuduh dengan kes liwat bila aku tanya dia apa-apa dia akan bagi jawapan ringkas ‘’just wait n see” dan bila aku terus mendesak dia bagi komen jugak last-last dia kata
’politik itu kotor dan aku tak akan menceburinya”.
Samalah juga halnya dengan kawan aku seorang lagi yang ada di Gombak. Walaupun dia tu budak JIM tapi dia ikut juga cerita dan gosip politik dan memang boleh nampaklah yang dia akan mengundi PAS bila umur dia dah cukup 21 nanti. Dia ni kalau nak ikutkan memang patutlah kena tau banyak cerita banding dengan aku pasal dia mengaji undang-undang. Buat apa kaji perlembagaan itu ini tapi buta politik. Tapi dia pun sama macam kawan aku tadi. Nampak macam dah malas nak layan. Rasa macam dah menyampah dengan apa yang berlaku. Dan seperti kawan aku di KYUEM tadi, budak ni pun sama, bila aku bagitau itu ini maklumat terbaru cerita hot politik dia balas
politik itu kotor….”

Seorang classmate aku yang pergi temuduga untuk Mahallah Representative Committee (MRC) cerita pada aku. Soalan akhir yang pensyarah tanya ialah depa mintak komen tentang situasi politik negara sekarang. Aku cakap pada dia “Wah..sedaplah kau menggoreng depan lecturer. Macam-macam cerita hot sekarang. So ko cakap apa?” tanya aku sungguh-sungguh.
Aku cakap aku malas nak komen pasal politik…” kata kawan aku tu.

Kawan aku seorang lagi yang mengaji di Mesir sekarang tengah cuti ada dok kat rumah katanya bosan tak tau nak buat apa. Tadi chat dengan dia di ym dia minta aku komen pasal Ezam. Aku kata carilah sendiri kata bosan tak ada kerja. Tiba-tiba dia kata malas dan tulis ‘g’ panjang-panjang.

Arggggggggggggggggggggggh (macam inilah lebih kurang)

Dan dia sambung lagi.

Aku dah tak nak ambil tahuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (u panjang pula).

Kesimpulannya sekarang ni gang-gang celik politik aku semuanya dah kena sindrom yang sama. Aku pun berjangkit juga dulu sehinggalah apabila aku baca blog Ustaz Nik Abduh, aku fikir dalam-dalam. Kena betul apa yang ustaz tulis pada aku. Umpamanya hidung aku macam kena penyek sampai kemek!
Kata Ustaz,

“Iblis gembira orang yang ikhlas jadi putus asa. UMNO pula suka orang cerdik tak main politik.”
Aku tengok jam dah pukul 3. Habislah aku kena tinggal bangun lambat esok. Dan sebelum tidur terngiang-ngiang kata-kata One pada aku semalam “ jangan tidur lambat demi kesihatan dan kecantikan wajah…..”. Huahuahua

P/S: dicopy bulat-bulat dari blog SSS .Sindrom malas update

ENTAHLAH

Saat ini Sofwah Hayati, seorang juniorku yang sekarang di tingkatan tiga berbicara denganku soal rakan-rakannya. Soal lunturnya akhlak, hilangnya nilai dan lemahnya penghayatan terhadap agama sedangkan dididik dan diasuh dalam biah solehah, persekitaran yang baik dan bebas dari maksiat.

Entahlah. Itu baru di peringkat sekolah. Tahap di mana ilmu agama dicurah-curah, dibenam ke dalam jiwa dan minda. Belum keluar ke dunia realiti sebenar. Kalau dahulu ke sekolah wajib bertudung labuh, lihat sahaja di luar berapa ramai yang masih bertahan apatah lagi hilang terus kain penutup mahkota di atas kepala. Kalau dahulu perhubungan masih dapat dikawal guru, lihat sahaja di dunia sebenar. Sudah hilang malu malahan bangga berpegangan tangan, berpelukan dan berciuman berdua-duaan.

Itulah realiti sebenar yang berlaku apabila kebanyakan produk-produk sekolah agama ini keluar ke dunia sebenar masyarakat. Produk yang diharap menjadi benteng kepada ummah bertukar menjadi pemusnah ummah. Entah apa silapnya. Sistem pendidikan yang tanpa penghayatan mungkin. Jika disentuh dari sudut kualiti pembelajaran, memang ternyata produk-produk sekolah agama sudah menunjukkan peningkatan yang mendadak. Mampu setanding malah lebih tinggi berbanding produk sekolah lain. Namun dari segi nilai,...Entahlah.

Mungkin sistem pendidikan ini perlu diubah. Lebih penghayatan dan lebih mendekati realiti masyarakat. Sudah cukup pedih hatiku melihat beberapa insan yang seperti malaikat ketika di sekolah, pandang perempuan pun tidak tapi saat keluar ke dunia sebenar, pantang nampak perempuan. Begitu juga sebaliknya. Entahlah.

P/s : Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis. Penulis tidak mengatakan seluruh produk yang dihasilkan begini tetapi hanya kebanyakan. Moga diambil pengajaran dan tauladan. Sebarang komen amat dialukan.

EMOTIONALLY UNSTABLE

Entahlah. Sungguh emosiku sungguh tidak stabil setelah keluarnya keputusan peperiksaan a-level. Benar bukan keputusanku yang kulihat memandangkan peperiksaannya pun belum lagi kuambil. Tapi, saatku mendengar keputusan senior2ku yang kukenal rapat, aku mula gusar dan gundah gulana. Seorang(ramai) yang begitu tekun serta rajin menelaah pelajaran, gigih berusaha ditakdirkan Allah dengan keputusan yang sebegitu rupa. Sudah pasti adanya perancangan Allah di situ, yang mungkin saat ini tidak dapat dilihat namun di kemudian hari pasti ditunjukkan Allah.

Kenapa perlu kugundah? Masakan tidak. Mereka yang begitu pandai serta rajin mendapat keputusan yang sebegitu. Apatah lagi aku? Owh. Kumerasakan masa hadapan kian kelam. Bukan kuseorang sahaja tetapi begitu ramai rakan se"batch"ku yang merasakan demikian. Ramai yang sudah mulai cuak dengan a-level. Kumerasakan telah mensia-siakan setahun yang lepas. Begitu banyak fakta yang telah kulupa, waktu yang telah kusia. Entahlah. Apakah di hadapan masih ada jalan yang bercahaya?

Kepada seniorku yang berjaya, tahniah kuucapkan. Kepada seniorku yang akan Allah berikan kejayaan di kemudian hari InsyaAllah, teruskan berusaha. Jangan berputus asa. Mungkin sekarang Allah menguji kalian untuk melihat tahap ketaqwaan kalian. Pasti adanya hikmah yang sangat besar setelah apa yang berlaku.

Ya Allah, berikanlah yang terbaik buat kami Ya Allah.

INDUCTION WEEK YANG MEMENATKAN

Telah lama jangka waktu sejak kali terakhirku menaip di dalam blog ini. Aidid pon sudah bising-bising meminta kumeletakkan namanya. Alhamdulillah, selasa yang lepas tamat sudah minggu induksi bagi pelajar baru di KYUEM. Pelbagai pahit manis suka duka kutempuhi sepanjang minggu induksi ini.

Biasalah program malam tamat sekitar 1130 malam. Dan selepas taklimat ringkas barulah fasi-fasi dapat pulang ke chalet. Biasanya sekitar 1 pagi baru aku dapat melelapkan mata. Dan aku harus bangun untuk solat subuh sekitar 5.45 pagi. Kebiasaannya aku akan tidur semula selepas subuh tetapi memandangkan aku mengetuai sesi riadhah pada waktu pagi, tidak sempatlah aku untuk melelapkan mata. Biasanya waktu itu aku ganti di dalam kelas. Aku tidaklah seperti Aidid yang buat-buat mempunyai free block.

BERCAKAP DI DALAM MASJID?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Surah Al-Jinn Ayat 18:

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

Maksudnya: Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah.

1) Tafsiran yang paling masyhur ialah: Kaum Yahudi dan Nasrani apabila mereka masuk ke tempat-tempat ibadah mereka, mereka melakukan syirik kepada Allah Taala. Lalu Allah memerintahkan agar tempat ibadah Muslimin (Masjid) mestilah khas untuk Tauhid kepadaNya. (Tafsir Qurtubi 19/22, Tafsir Ibn Kathir 8/244)

Maka tidak ada dalil dalam ayat ini melarang bercakap dalam masjid, selagi ia percakapan harus.

2) Jika diambil istinbat bahawa ia termasuk larangan melakukan perkara-perkara dunia di dalam masjid, maka mestilah ia ditafsirkan dengan hadis-hadis yang berkaitan. Contohnya: Larangan Nabi SAW daripada berjual beli dalam masjid, dan larangan membuat iklan barangan hilang.

Manakala bercakap tentang perkara yang harus, tidak ada larangan daripada sunnah SAW. Apatah lagi ada hadis yang menyebut sahabat2 Nabi SAW bercakap-cakap dan ketawa dalam masjid, seperti:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يقوم من مصلاه الذي صلى فيه الصبح حتى تطلع الشمس فإذا طلعت قام، وكانوا يتحدثون فيأخذون في أمر الجاهليه فيضحكون ويتبسم

Nabi s.a.w. tidak bangun dari tempat solat fajarnya sehinggalah naiknya matahari, apabila matahari naik Nabipun bangun, dan mereka bercakap-cakap perihal jahiliyyah lalu mereka ketawa dan Nabi pun tersenyum.. (Muslim)

Wallahu A'lam.

Rujukan : Al-Ahkam

BEBERAPA HARI TANPA INTERNET

Beberapa hari sudah berlalu tanpa ku "mengupdate" blog ini lantaran laptopku juga komputer di rumah rosak. Alhamdulillah, laptopku telah berjaya dibaiki walaupon tidak sepenuhnya. Janji boleh guna sudah