ISU LIWAT DSAI

Beberapa sahabat memintaku mengulas mengenai isu ini. Tetapi, aku malas. Bukan sekadar malas, tapi bosan. Tiada isu lain ke nak ditimbulkan? Bilalah keadaan politik di Malaysia akan matang? Apapun, berikut artikel oleh Ustaz Zaharudin. Baca dan nilai sendiri sebelum melakukan apa-apa tindakan.



Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

gegaran isu politik Malaysia

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

  • Beraqal
  • Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Jun 2008


(Selamat berjaya diucapkan kepada UZAR yang akan menyambung pengajian di peringkat PhD di University of Wales, UK)

EURO 2008

Pagi tadi berlangsungnya perlawanan akhir Euro 2008 di antara pasukan Jerman dan Sepanyol. Aku tidak melepaskan peluang sempena cuti untuk menonton perlawanan ini.

Saat hampir separuh masa pertama tamat, tiba-tiba aku teringatkan Shauki latas meng"sms" beliau bertanyakan sama ada beliau menonton atau tidak. Beliau tidak lama kemudian membalas,"mestilah, final ni". Saat di KYUEM beberapa hari yang lalu, kami selalu bersama menonton siaran langsung Euro di bilik tv. Memandangkan suhu bilik yang agak tinggi, aku mengangkat selimut dan bantal ke bilik tv dan terus menjadi penghuni di situ setiap malam. Maklumlah, perlawanan ketiga peringkat kumpulan dan aksi seterusnya semua dilangsungkan pada jam 2.45 pagi.

Biasanya tepat jam 2.45 pagi, Shauki pasti berada di dalam bilik tv itu. Walaupun sebelum ini beliau bolehlah dikatakan sebagai tidak fanatik terhadap bola, mungkin kesan dari tamatnya peperiksaan a-level telah merubah kehidupan beliau. Setiap pagi pasti beliau akan berada di bilik tv untuk menonton.

Biasanya, masa itu akan aku gunakan untuk "mengacau" Shauki. Sungguh seronok "berperang" mulut dengan Shauki. Ada sahaja yang menarik keluar dari mulutnya. Shauki yang terkenal sebagai pembuat lawak paling berkaliber dan pendiam dalam kalangan orang ramai.

Setelah bergjada untuk menonton bola, sah ditanyalah apakah kesannya kepada sesi pembelajaran. Aku menjadi "penidur yang lebih aktif" di dalam kelas. Biasanya aku tidur juga di dalam kelas tapi tidaklah "seaktif" sepanjang berlangsungnya Euro ini. Tapi, tak kisah sangat. Cikgu dan pelaja masing-masing tiada "mood" memandangkan peperiksaan sudahpun tamat dan cuti semakin hampir.

( Rindu tengok bola dengan Shauki dan Serap kat bilik tv)

BELASUNGKAWA

Pagi tadi aku mendapat mesej dari Izuan Pilus yang sumber asalnya dari Ayah Pin atau nama sebenarnya ShahRidzwan mengatakan ibunya sudah kembali ke rahmatullah. Takziah diucapkan kepada Pin dan diharap bersabar dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, dia berada di sisi ibunya saat ibunya sakit dan meninggal. Satu nikmat yang Allah berikan kepadanya. Diharap Pin redha dan menerima ketentuan Ilahi ini

KERDILNYA DIRI

Teringat aku kisah yang terjadi sewaktu End Of Sem Dinner hari itu. Saat itu Puan Raha datang ke "gerai" naan dan tandoori kami dan kami memintanya untuk membawa balik sedikit naan dan tandoori memandangkan jumlahnya yang agak banyak. Maka, beliau bersetuju. Ketika itu, beliau bersama Puan Ain.

Tiba-tiba kulihat ada airmata sebak yang dialirkan dari mata Puan Raha. Lantas, sebagai salah seorang penganjur kubertanya kepadanya apakah yang berlaku. Bimbang ada perkara yang mengguris hatinya.

Beliau mengatakan saat keluar dari dewan, beliau cuba menggapai belon. Hajat mahu dibawa pulang. Setelah cuba dicabut, tak berjaya. Saat itu, tersedar dirinya yang kerdil, lemah di sisi Allah. Aku yang mendengar kata-katanya terus terdiam. Sungguh menusuk kalbu. Begitulah kisah ringkas yang zahirnya ringkas tapi kesannya cukup mendalam. Wallahua'lam

HELMET ATAU SERBAN?


Assalamualaikum WBT.

Saya terbaca hari ini di dalam berita harian bagaimana seorang pelajar pondok di saman kerana tidak memakai topi keledar. Hujah pelajar pondok ini ada peruntukan yang membenarkan memakai serban dan tidak perlu pakai topi keledar. Hujah si polis pula ia untuk lebai sedangkan pelajar pondok tadi bukan lebai.

Saya tak mahu masuk campur isu undang-undang. Saya mahu menulis tentang isu berkeras nak pakai serban, tak nak pakai topi keledar ketika tunggang motosikal.


Okeylah sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin menerangkan bahawa saya bersetuju bahawa memakai serban ada Sunnah yang bukan syariat/Ghairu Tasyriiyyah/ Sunnah Jibliah. Di sini saya nak pastekan kembali apa yang Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani sebut pasal serban.

http://www.alalbany.net/misc/misc028.php

ثم إنني حين أقطع بضعف تلك الأحاديث لا أنسى أن أذكر أن لبسه - صلى الله عليه وسلم- للعمامة كعادة عربية معروفة قبله -صلى الله عليه وسلم- أمر ثابت في الأحاديث الصحيحة لا يمكن لأحد إنكاره ، فإذا انضم إلى ما ذكره فضيلة الشيخ الحامد من أن الإسلام يحب تكوين أهله تكويناً خاصاً يصونهم عن أن يختلطوا بغيرهم في الهيئات الظاهرة . . . إلى آخر كلامه الطيب الذي فصل القول فيه شيخ الإسلام ابن تيمية في " الاقتضاء " فإني في النتيجة ألتقي مع فضيلته في الحض على العمامة ، ولكني لا أراها أمراً لازماً لزوم اللحية التي ثبت الأمر بها في الأحاديث الصحيحة معللاً بقوله : " خالفوا المجوس " رواه مسلم وغيره ، ولذلك فإني لا أرى الإلحاح في العمامة كثيراً بخلاف اللحية ، وأنكر أشد الإنكار اهتمام بعض المدارس الشرعية بالعمامة أكثر من اللحية بحيث يأمرون الطلاب بالأول دون الأخرى أو أكثر منها ، ويسكتون عن الطلاب الذين يحلقون لحاهم دون الذين يضعون عمائمهم ! فإن في ذلك قلباً للحكم الشرعي كما لا يخفى

“Seterusnya saya tatkala mana memutuskan bahawa hadis-hadis tersebut adalah lemah, tidak lupa untuk menyebut bahawa pemakaian serban Nabi sepertimana adat orang Arab yang telah diketahui umum sebelumnya merupoakan perkara yang sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya digabungkan dengan apa yang disebut oleh Syeikh hamid bahawa Islam menyukai penganut-penganutnya dibentuk dengan pembentukan yang khusus yang boleh memelihara mereka daripada bergaul dengan orang lain dengan penampilan zahir hinggalah ke penghujung ucapan syeikh yang baik….maka sesungguhnya saya bersatu pendapat dengan fadhilat Syeikh Hamid dalam memberi galakkan untuk berserban. Cuma saya tidak melihatnya sebagai satu perintah yang pasti seperti pastinya berjanggut yang sabit dengan hadis-hadis yang sahih.”

(Terjemahan oleh ustaz at-Takiri)

http://www.darulfuqaha.com/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Ite

Jadi sekarang sayang ingin memetik satu hadith lain pula, ia tiada kaitan dengan isu serban, akan tetapi ia ada kaitan dengan isu memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

لا ضرر ولا ضرار ". [صححه الألباني..إرواء الغليل/السلسلة الصحيحة/صحيح سنن ابن ماجة]

Yang bermaksud: "Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membuat mudharat. (Sunan Ibn Majah. Al-Albani mensahihkannya).

Hadith ini jelas menyatakan kita tidak boleh melakukan sesuatu yang memudharatkan diri dan orang lain.

Ada satu kaedah feqh yang turut berbunyi seperti hadith di atas. Dalil lain daripada al-Quran ialah:

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً﴾ [النساء:29]

Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29)

Seorang ulama' Usul dari Arab Saudi, Shaikh Shalih al-Utsaimin meletakkan kaedah feqh ini sebagai kaedah kedua di dalam bukunya yang bertajuk: ملخص القواعد الفقهية /Ringkasan Kaedah-Kaedah Fiqhiyyah.

Beliau menerangkan:

أن كل أمر نافع قد شرعه الإسلام، وكل أمر ضار قد منعه، فكل ضار فهو ممنوع، وكل نافع فهو مشروع.

Setiap urusan yang memberikan manfaat, sesungguhnya Islam mensyariatkannya, dan setiap urusan yang memudharatkan, sesungguhnya Islam menghalangnya. Setiap yang memudharatkan, maka ia terhalang, dan setiap yang memberi manfaat, ia adalah disyariatkan.

Mudah untuk difahami bukan. Jadi apa tujuan pemakaian topi keledar. Pendek kata untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan parah di kepala apabila terlibat di dalam kemalangan. Rasanya hal ini kanak-kanak sekolah pun faham dan tahu tujuan pakai topi keledar.

Jadi pemakaian topi keledar adalah sesuatu yang syarie kerana ia mendatangkan manfaat kepada pemakainya. Bahkan tidak memakai topi keledar adalah sesuatu yang dilarang di dalam syariat kerana ia mendatangkan kemudharatan apabila berlaku kemalangan. Sila baca kembali dalil-dalil dan kaedah feqh yang saya tuliskan di atas.

Janganlah pula membuat soalan bodoh sebagai alasan, antara soalan yang boleh dikatakan bodoh ialah soalan "Apakah wujud arahan pakai topi keledar di dalam al-Quran dan as-Sunnah?". Tu lah orang suruh mengaji malas.

Dan ini juga bukan masalah orang malas mengaji, ini masalah sikap, hatta mereka yang tahu al-Quran dan as-Sunnah, cerdik pandai Usul Feqh akan membutakan mata ke atas dalil dan kaedah feqh yang diguna pakai di dalam isu ini.

Jadi persoalannya, bertembung sunnah pakai serban dengan sunnah menjaga keselamatan diri. Apakah tidak memakai serban itu berdosa? Dan apakah hukum mendedahkan diri kepada bahaya itu tidak berdosa? Sendiri mahu jawab.

Jangan pula pandai mainkan ilmu aqidah dengan beralasan ajal maut di mana-mana. Macam tu jangan makan nasi, sebab Allah yang ada kuasa jadikan kita lapar atau kenyang, jangan kerja sebab rezeki di tangan Allah.

Bila isu ini timbul dalam surat khabar, saya malu. Malu sebab orang Islam tak tahu nak bezakan manakah yang disyariatkan, mana yang tak. Janganlah jadikan alasan orang Singh boleh pakai serban untuk kita ikut mereka. Lantak pilah sama orang kafir tu, "Bagimu agamamu, bagiku agamaku."

Isu undang-undang benarkan atau tidak, itu saya tak mahu masuk campur. Isunya jangan jadikan serban, ikut sunnah sebagai alasan tidak mahu memakai topi keledar. Janganlah nak melacurkan agama, serban, sunnah Nabi untuk melakukan hal yang bertentangan dengan sunnah itu sendiri.

Wallahua'lam.

AL-FIKRAH.NET

RM1 juta insentif atlet negara menang emas di Olimpik

KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ia wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.

“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukan satu perkara mudah kerana pertandingan pada Olimpik semakin sukar. Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi kita lihat standard semakin meningkat.

“Oleh itu, kita harus meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen hari ini.

Najib berkata, negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$1 juta untuk atlet mereka yang meraih emas Olimpik.

Beliau berkata, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya sukan Olimpik itu ‘begitu gah’ dan diadakan empat tahun sekali.

Najib berkata, mesyuarat juga bersetuju memberi RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.

Bagi pasukan yang memenangi emas, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.

Selain itu, pencen bulanan yang diterima oleh pemenang pingat Olimpik juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang emas, RM3,000 perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 gangsa (sebelum ini RM1,000). Ia berkuat kuasa bulan depan.

Buat masa ini hanya lima atlet negara pernah memenangi pingat Olimpik iaitu pasangan beregu lelaki badminton negara, Razif dan Jailani Sidek (gangsa Olimpik Barcelona 1992), beregu lelaki, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (perak Olimpik Atlanta 1996) dan pemain perseorangan Rashid Sidek (gangsa Olimpik Atlanta).

Jawatankuasa itu juga bersetuju memberi insentif kepada atlet paralimpik negara iaitu RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa).

– Bernama


ULASANKU : RM1 juta??? Entah apalah manfaatnya pingat emas itu. Memang nama negara akan terpalit dalam lipatan sejarah. Tapi, apakah sekadar itu? Sudah tiada orang miskinkah untuk dihulurkan bantuan? Sudah tiada pelajarkah yang layak diberi biasiswa? Sudah tiada pesakitkah yang tidak mampu menampung kos rawatan lantas menderita di atas katil-katil hospital? Wallahua'lam. bagiku ganjaran tidak salah. Tapi biarlah berkadaran. Kita tidak mahu menghasilkan atlet yang materialistik semata-mata sebaliknya biarlah atlet itu berjuang untuk menaikkan nama negara.

KESAN POSITIF KENAIKAN HARGA MINYAK

Aku bawa kereta kurang dari 80 km/j. Buat "lap" pon perlahan je. Dulu dalam 110 km/j ke atas. Tapi sekarang dah x dapat. Semuanya kerana nak jimatkan minyak

END OF SEMESTER DINNER

End of semester dinner merupakan satu acara makan malam yang menjadi indikator tamatnya sesi pembelajaran pada sesuatu semester di KYUEM. Untuk semester ini, upacara ini diadakan pada hari Jumaat, 20 Jun hanya sehari sebelum setiap pelajar meninggalkan kolej. Senior yang akan pergi dengan mungkin tanpa kembali manakala junior yang akan bercuti buat 3 minggu.

Malam itu, juadah yang disediakan tidaklah semeriah juadah yang disediakan pada semester lepas. Nasi tomato, roti John, roti naan dan murtabak, rojak buah serta pelbagai jenis air menjadi hidangan pada malam itu. Petang itu aku ditugaskan untuk mengambil roti naan dan tandoori di Bukit Beruntung. Sekitar setengah jam perjalanan dari KYUEM.

Janji dengan mamak asalnya 4.30 petang sebelum aku kembali menelefon di waktu tengah hari memaklumkan bahawa aku akan tiba sekitar 5.30 petang. Alhamdulillah, aku tiba tepat 5.30 petang bersama pemandu iaitu Abang Asri. Awalnya aku menjangkakan mereka sekadar ingin meletakkan segala bahan ke dalam bekas. Setelah makan roti canai dan jus oren, akhirnya aku sedar telahanku silap, rupanya masih banyak ayam yang belum dibakar oleh mamak-mamak itu. Aku lantas menghubungi Pie untuk menyuruhnya menyelesaikan semua perkara lain berkaitan dengan makanan pada malam itu.

Akhirnya, mamak itu siap membakar sekitar jam 7.00 petang. Aku lantas bergegas ke Tanjung Malim untuk mengambil cenderamata buat Dr Horsfall dan juga Mr Zaidi yang akan menamatkan perkhidmatannya di KYUEM.

Setelah tiba di KYUEM dan menunaikan solat maghrib, ternyata keadaan sungguh kelam kabut. Dek keterdesakan, akhirnya aku mengambil langkah menghubungi petsibku yang sungguh rajin iaitu Wit bagi meminta bantuan. Wit dengan pantas berjaya mengumpulkan bala tenteranya yang terdiri daripada Amie, Fatimah, Nova, Dalilah, Farahani, Azma, Nurul Tok Jiring, Katun, Izuan Pilus dan ada beberapa orang lagi yang aku terlupa akan namanya. Alhamdulillah pekerjaan yang asalnya hampir mustahil untuk disiapkan dalam masa 20 minit berjaya diselesaikan kurang dari 10 minit.

Tidak cukup sekadar itu, mereka turut sama membantu menghidangkan dan mengedarkan juadah kepada orang ramai. Setelah itu, mereka turut sama membantu mengemas tempat kejadian. Sesuatu yang membuatkanku sungguh terharu dan sangat berterima kasih kepada mereka. Maka entri ini aku "tributekan" khas untuk mereka.

Tidak ketinggalan saudara AIDID-VICE PRES MUSCOM kesayangan ramai yang tolong baca doa ;)

ʞılɐqɹǝʇ

¿¿¿ɐʎuıɥndɯǝuǝɯ ɐpuɐ ɥɐʞɥǝloq ¿ʞılɐqɹǝʇ ıuı ɐıunp ıʇuɐu ıɹɐɥ nʇɐns ɐʞıɾ ɐuɐɯıɐƃɐq ıdɐʇ ˙ɐʎuɐɔɐqɯǝɯ ndɯɐɯ ɥısɐɯ ɐpuɐ ¿uɐʞʞıɹɐuǝɯ ¿ıuı uɐsılnʇ ɐɔɐqɯǝɯ ɐpuɐ ɐuɐɯıɐƃɐq

ǝʞɹoʎ


Kenalkah anda siapa makhluk dalam gambar ini? Khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau terpengaruh dengan seorang sahabatnya yang memegang jawatan Vice Pres MUSCOM di KYUEM. Khabar lain mengatakan bahawa beliau ingin menonjolkan sedikit darinya. "Macam ni barula nampak. Dari jauh berkilat,"ujar Neo(bukan nama sebenar).

Kegelisahan

Sesungguhnya hati itu gelisah bila melakukan dosa dan tenang dalam kebaikan. Jika kita tidak dapat menghalang maksiat dengan tangan juga lidah, halanglah dengan hati walaupun itu adalah selemah-lemah iman. Sekurang-kurangnya kita masih beriman. Wallahua'lam. Tiada komen

Perjuangan yang Terhenti

Pergerakan dakwah seakan terhenti,
Semua tonggak penggerak sekaan tumbang,
Goyah dihanyut arus yang tidak kelihatan.

Saat dipukul ombak yang deras,
Pantas kita bersatu bergabung tenaga mendepaninya.

Saat bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa,
Aneh,
Seorang demi seorang tumbang dek siulit keasyikannya.

Lupa janji setia yang dilafaz,
Entah ke mana hilangnya dirimu,
Jua diriku

AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”.Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

DR MAZA

MINYAK NAIK

Berikut reaksi beberapa pihak setelah khabar kenaikan minyak mula didengari di KYUEM:

Meghi : Alaa.Berapa posen je pon naiknya
Izuan : Cuba kita pikir apa kita boleh buat
Hay-z : Gulingkan kerajaan!!!
Moja : Buat stok minyak sebelum pukul 12!!
Oggy : Relaks. Jangan gelabah
Zaaba : Takleh dahla selalu gi kafe lepas ni.
Jimah : RM140 la tiket aku gi balik Kelate lepah ni
Shafiq Helmi : Harap-harap biasiswa naik
Muzzein : Woi.Minyak naik ek(baru pagi tadi dia tahu)
Aiman Kedah : Oklah. Lepas ni KPM naik lagilah elaun sebab kerajaan dah kaya
We : Nate Pok Loh ni
Zul : Aku nok pindoh UK doh taun depan. Sape nok ikut aku???
Yorke : Kat rumah aku guna 3 kereta. Macam manala mak aku nak cover minyak nanti

Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY


toyota camry
Sebuah berita menyebut :-
 
KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini. 

i.          sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan. 

ii.         Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom. 

iii.        Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang. 

iv.        Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

v.         Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5. 

vi.        Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar. 

vii.       Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan
 

ULASAN UZAR :
 
Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Semua Pesreta yang menghantara SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 seoalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti untung berbading peserta.
 
Peserta mungkin berkata
 
"Alah, apalah sangat dengan RM 5 .. redha sahaja"
 
Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah  hak Allah swt dan sebaranag kerdedhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK dan redha dalam hal ini adalah redha dalam dosa dan maksiat. Ia menyebabkan satu dosa menjadi bertambah besar.
 
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net