EURO 2008

Pagi tadi berlangsungnya perlawanan akhir Euro 2008 di antara pasukan Jerman dan Sepanyol. Aku tidak melepaskan peluang sempena cuti untuk menonton perlawanan ini.

Saat hampir separuh masa pertama tamat, tiba-tiba aku teringatkan Shauki latas meng"sms" beliau bertanyakan sama ada beliau menonton atau tidak. Beliau tidak lama kemudian membalas,"mestilah, final ni". Saat di KYUEM beberapa hari yang lalu, kami selalu bersama menonton siaran langsung Euro di bilik tv. Memandangkan suhu bilik yang agak tinggi, aku mengangkat selimut dan bantal ke bilik tv dan terus menjadi penghuni di situ setiap malam. Maklumlah, perlawanan ketiga peringkat kumpulan dan aksi seterusnya semua dilangsungkan pada jam 2.45 pagi.

Biasanya tepat jam 2.45 pagi, Shauki pasti berada di dalam bilik tv itu. Walaupun sebelum ini beliau bolehlah dikatakan sebagai tidak fanatik terhadap bola, mungkin kesan dari tamatnya peperiksaan a-level telah merubah kehidupan beliau. Setiap pagi pasti beliau akan berada di bilik tv untuk menonton.

Biasanya, masa itu akan aku gunakan untuk "mengacau" Shauki. Sungguh seronok "berperang" mulut dengan Shauki. Ada sahaja yang menarik keluar dari mulutnya. Shauki yang terkenal sebagai pembuat lawak paling berkaliber dan pendiam dalam kalangan orang ramai.

Setelah bergjada untuk menonton bola, sah ditanyalah apakah kesannya kepada sesi pembelajaran. Aku menjadi "penidur yang lebih aktif" di dalam kelas. Biasanya aku tidur juga di dalam kelas tapi tidaklah "seaktif" sepanjang berlangsungnya Euro ini. Tapi, tak kisah sangat. Cikgu dan pelaja masing-masing tiada "mood" memandangkan peperiksaan sudahpun tamat dan cuti semakin hampir.

( Rindu tengok bola dengan Shauki dan Serap kat bilik tv)
0 Responses