Showing posts with label BAKTI KENYALANG. Show all posts
Showing posts with label BAKTI KENYALANG. Show all posts

BAKTI KENYALANG DAY 2

Subuh itu kami sekadar bersolat di rumah. Maklumlah, sudah terlewat untuk ke surau. Bangun-bangun sudah 5.30 pagi(subuh masuk 5.00 pagi). Setelah menjamah sarapan ringan, kami beramai-ramai bergerak meggunakan kaki ke dewan SK Spaoh untuk majlis perasmian.


Majlis dirasmikan oleh ADUN Bukit Saban. Setelah perasmian, majlis penyerahan anak angkat dijalankan sekali lagi. Kali ini secara formal. Walaupon terdapat sedikit kekeliruan di mana ada anak-anak angkat yang sudah “lupa” akan keluarga angkatnya, majlis berlangsung dengan jayanya.


Setelah itu, jamuan ringan disediakan dan kami berangkat ke rumah keluarga angkat masing-masing. Tiba waktu makan tengah hari, semua menjamu selera dengan begitu berselera sekali mungkin jarang merasa cara masakan orang Sarawak(bila masa makan tak selera??).

Jam sudah menjengah 1320 tetapi keluargaku yang muslimat masih belum siap. “Weh, cepatla. Dah lambat ni. Kata kena ada kat sekolah 1330,”begitulah antara leteran yang kedengaran dari pihak muslimin. Akhirnya, mereka berjaya juga bersiap dan kami berjalan dengan begitu laju ke sekolah dan akhirnya berjaya tiba jam 1335. Setelah itu, kami dibahagikan kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan kekal di sekolah rendah manakala satu kumpulan lagi terpaksa bergerak ke sekolah menengah untuk bengkel bahasa inggeris. Dan aku, menjadi insane yang terpilih untuk bergerak ke sekolah menengah yang jaraknya sayup mata memandang.

Di dalam kelas, aku cuba berkongsi pengalaman dengan mereka. Aku memberitahu mereka yang tahap bahasa inggerisku lebih rendah dari mereka(memang betul pon) namun aku beani untuk menggunakannya. Aku berani untuk bercakap dan aku berani untuk menulis.

Setelah tamatnya kelas, pihak sekolah menyediakan jamuan ringan di dewan makan. Aku mengambil peluang untuk duduk bersama pelajar-pelajar dan berbual bersama mereka di samping berkenalan.

Petang itu, aku, Safwan dan Sayed mengambil peluang dari kekosongan waktu dengan meronda kampong(Muslimat tak balik lagi dari sekolah rendah time tu). Kami berjalan melihat Tamparuli(jambatan gantung), sawah padi, rumah orang Iban dan juga dusun. Setelah puas meronda, jam sudah menunjukkan Maghrib hampir menjelang sedangkan malam itu kami sepatutnya berada di Masjid untuk mendengar Kuliah Maghrib oleh wakil JAKIM. Setelah solat Maghrib dan makan malam, barulah kami bertolak beramai-ramai(termasuk muslimat dan Wan)(Wan menyertai hampir semua aktiviti Bakti Kenyalang kecuali lawatan ke rumah panjang) ke masjid. Setibanya di masjid seperti yang dijangka, kuliah sudah lama bermula.

Kuliah menyentuh isu persaudaraan tanpa mengenal batasan geografi. Setelah tamat kuliah, solat Isya’ didirikan dan jamuan ringa disediakan. Hujan mula turun sewaktu jamuan disediakan menyebabkan ramai yang tidak berkenderaan memikirkan mekanisma untuk bergerak ke dewan sekolah menengahuntuk sesi tayangan video bersama pelajar di UK. Ada yang berjalan kaki, menumpang kereta orang dan tidak kurang juga yang berbasikal dan bermotosikal.

Video yang disediakan oleh penuntut Malaysia di UK ekslusif untuk penduduk Kg.Spaoh memaparka kehidupan mereka di sana. Tujuan video ini bagi menarik minat pelajar di SMK Spaoh untuk belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pengajian di luar Negara.

Setelah tamat tayangan video, sekali lagi jamuan ringan disediakan. Setelah itu, ada yang memilih untuk pulang ke rumah dan ada yang memilih untuk tidur di masjid sahaja memandangkan Qiamulail akan diadakan pada malam itu.

BAKTI KENYALANG DAY 1



“Arghh. Apehal pulak ni. Pukul 3 pagi dah bising-bising ni. Orang nak tido la,”itulah antara dialog yang berkumandang pada pagi 2 Disember. Maklumlah, bas ke LCCT akan bertolak pada pukul 3.30 pagi.

Setelah siap mengemas beg, semua bergerak ke Guard House. Barang-barang dimuatkan ke dalam bas dan jumlah peserta dikira. Setelah semua mencukupi, bermulalah perjalanan ke LCCT. Namun, perjalanan tidak sepi kerana diselangi dengan bunyi dengkuran yang berirama.

Setibanya di LCCT, Iqtidar mengumumkan kita telah terlambat. Semua pihak berganding bahu menolong pasukan Flight pertama. Agak kelam-kabut juga di permulaan memandangkan jumlah manusia yang agak ramai di LCCT walaupon jam baru menjengah 5.30 pagi.

Setelah Flight pertama berlepas, flight yang lain agak santai memandangkan waktu penerbangan yang masih lewat. Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya pasukanku(Flight 4) bertolak ke Kuching menaiki pesawat Airbus330. Perjalanan sungguh menarik memandangkan hamper semua ahli pasukanku berjaya mendapat tempat duduk di tepi tingkap. Melihat kebesaran alam ciptaan Tuhan, kami semua terpaku. Terasa betapa agungNya.

Kuching menyambut kami dengan tangisan gembira. Memandangkan kami flight yang terakhir, agak kelam kabut juga. Setelah beg dihantar ke bas, kami lantas menunaikan solat dan menjamu selera.

Perjalanan ke destinasi yang dicita bermula. Kg. Spaoh. Perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam dari bandaraya Kuching. Sepanjang perjalanan seperti biasa ramai yang mengambil peluang melepaskan penat dan lelah dengan tidur. Setibanya di Kg. Spaoh, Isya’ sudah menjelang.

Memandangkan kami tiba lebih awal dari jangkaan(sekitar 7.30 malam-jangkaan 8.00 malam), orang-orang kampong masih belum tiba di dewan SK Spaoh. Tepat jam 8.00 malam, bermulalah majlis penyerahan anak angkat.

Tidak ramai keluarga angkat yang mengambil anak angkat memandangkan musim cuti persekolahan. Maka, ramailah di antara mereka yang pergi ke rumah anak-anak di Bandar dan tidak kurang juga rumah-rumah yang dipenuhi anak-anak dan cucu-cucu yang pulang bercuti. Sekitar 30 keluarga angkat rasanya. Justeru, kami dibahagikan.

Akhirnya, aku, Sayed dan Safwan mendapat keluarga angkat. Pada mulanya kami sangkakan keluarga angkat kami tidak mengambil lagi anak angkat. Rupanya, “emak” kami kasihan dengan jumlah anak angkat yang belum terangkat lantas mengambil lagi 3 orang anak angkat(sebelum tu dah ambil 3 orang anak perempuan). Lantas, keluarga kami menjadi antara keluarga terbesar dengan 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan yang “diangkat”.

Setibanya di rumah, kami berkenal-kenalan dengan seluruh ahli keluarga.(yang perempuan tu walaupun sama kolej tapi kami pon tak kenal). Di samping kami, rumah itu terdiri daripada 2 orang adik lelaki dan seorang kakak.(Hazwan, Din dan Kak Norli)

Setelah itu, kami menjamu selera dan setelah selesai mengemas, kami mandi, bersolat dan tidur. Alhamdulillah, selesa rumah kami.