INDUCTION WEEK YANG MEMENATKAN

Telah lama jangka waktu sejak kali terakhirku menaip di dalam blog ini. Aidid pon sudah bising-bising meminta kumeletakkan namanya. Alhamdulillah, selasa yang lepas tamat sudah minggu induksi bagi pelajar baru di KYUEM. Pelbagai pahit manis suka duka kutempuhi sepanjang minggu induksi ini.

Biasalah program malam tamat sekitar 1130 malam. Dan selepas taklimat ringkas barulah fasi-fasi dapat pulang ke chalet. Biasanya sekitar 1 pagi baru aku dapat melelapkan mata. Dan aku harus bangun untuk solat subuh sekitar 5.45 pagi. Kebiasaannya aku akan tidur semula selepas subuh tetapi memandangkan aku mengetuai sesi riadhah pada waktu pagi, tidak sempatlah aku untuk melelapkan mata. Biasanya waktu itu aku ganti di dalam kelas. Aku tidaklah seperti Aidid yang buat-buat mempunyai free block.

BERCAKAP DI DALAM MASJID?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Surah Al-Jinn Ayat 18:

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

Maksudnya: Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah.

1) Tafsiran yang paling masyhur ialah: Kaum Yahudi dan Nasrani apabila mereka masuk ke tempat-tempat ibadah mereka, mereka melakukan syirik kepada Allah Taala. Lalu Allah memerintahkan agar tempat ibadah Muslimin (Masjid) mestilah khas untuk Tauhid kepadaNya. (Tafsir Qurtubi 19/22, Tafsir Ibn Kathir 8/244)

Maka tidak ada dalil dalam ayat ini melarang bercakap dalam masjid, selagi ia percakapan harus.

2) Jika diambil istinbat bahawa ia termasuk larangan melakukan perkara-perkara dunia di dalam masjid, maka mestilah ia ditafsirkan dengan hadis-hadis yang berkaitan. Contohnya: Larangan Nabi SAW daripada berjual beli dalam masjid, dan larangan membuat iklan barangan hilang.

Manakala bercakap tentang perkara yang harus, tidak ada larangan daripada sunnah SAW. Apatah lagi ada hadis yang menyebut sahabat2 Nabi SAW bercakap-cakap dan ketawa dalam masjid, seperti:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يقوم من مصلاه الذي صلى فيه الصبح حتى تطلع الشمس فإذا طلعت قام، وكانوا يتحدثون فيأخذون في أمر الجاهليه فيضحكون ويتبسم

Nabi s.a.w. tidak bangun dari tempat solat fajarnya sehinggalah naiknya matahari, apabila matahari naik Nabipun bangun, dan mereka bercakap-cakap perihal jahiliyyah lalu mereka ketawa dan Nabi pun tersenyum.. (Muslim)

Wallahu A'lam.

Rujukan : Al-Ahkam

BEBERAPA HARI TANPA INTERNET

Beberapa hari sudah berlalu tanpa ku "mengupdate" blog ini lantaran laptopku juga komputer di rumah rosak. Alhamdulillah, laptopku telah berjaya dibaiki walaupon tidak sepenuhnya. Janji boleh guna sudah