EDISI KENANGAN : PART 1 - FAMILY DINNER

Ketika 1/4 populasi pelajar kolej ke Hotel Renaissance untuk External Dinner, pada saat dan ketika itulah "keluarga peliharaan" (petfamily) aku berkumpul untuk perjumpaan kami yang terakhir. Kebetulan pada siang harinya aku ke kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan visa, maka dapatlah dibeli sedikit makanan yang "istimewa" untuk dijamu kepada seisi keluarga.

Majlis dijadualkan bermula selepas isyak. Berbetulan pada malam itu berlangsungnya sebuah majlis ceramah mengenai ESQ di Musolla As-Saad selepas waktu maghrib. Mula-mula dengar sekejap, lepas tu larilah. Membalut hadiah yang ingin diberi kepada ahli keluargaku. Sekitar jam 9, kembali semula ke surau untuk solat Isyak namun ceramah kelihatan masih lama untuk berhenti. Maka, pelajar-pelajar senior bertindak membentang sejadah di gelanggang bola keranjang dan menunaikan solat isyak secara berjemaah di situ. Diperhatikan dengan pelik oleh "guard" yang bertugas, solat isyak itu diimami olehku.

Usai solat, aku meluangkan masa seketika meninjau persiapan yang dilakukan oleh senior lelaki untuk majlis "Internal Dinner". Dengan kos hanya RM5 seorang dibandingkan dengan "External Dinner" yang mencecah RM100 seorang, pelbagai juadah "secara haram" disediakan. Barbeku ayam, sosej, kentang dan pelbagai lagi juadah.


barbeku internal dinner


sedang membakar

Setelah meninjau seketika, aku bergerak ke kafe. Di sana sudah sedia menunggu Zharif, Hanis, Farhana, Nabil dan wani. Hanya Wit yang belum kelihatan memandangkan dia masih setia dengan ceramah di surau. Setelah seketika menunggu, akhirnya majlis makan malam keluarga kami dimulakan. dengan bacaan doa oleh Zharif, kami menikmati juadah yang tersedia.


sedang makan

Sambil makan, kami berbual tentang pelbagai isu yang akan menjadi bosan jika diceritakan dalam blog ini. Setelah selesai makan, majlis ucapan selamat tinggal dimulakan. Dimulakan dengan Wit yang kata-katanya penuh dengan nasihat dan hikmah, dituruti Hanis dan Farhana sebelum aku menutup bicara. Selesai berbicara, aku menghulurkan hadiah perpisahan buat semua ahli keluarga sebelum Wit melakukan perkara yang sama.


adik-adik


satu famili
0 Responses