CHEMISTRY

Bermulanya hari isnin dengan blok 2 menandakan bermulanya hariku dengan chemistry. Juga menandakan aku akan dapat kertas peperiksaanku pada hari ini. Saat aku berwudhu' setelah mandi aku memohon kepada Allah agar setidak-tidaknya mengurniakan aku gred c dalam chemistry memandangkan aku merasakan diriku kurang yakin ketika menjawabnya. Mungkin hal ini disebabkan aku terlalu fokus kepada Biologi memandangkan peperiksaan ini dijalankan pada hari yang sama.

Setelah sarapan yang menyelerakan, aku terketar-ketar bergerak ke kelas. Luar dari kebiasaanku yang biasanya buat-buat konfiden. Setibanya di kelas, belum ramai yang hadir. Kelihatan Puan Laili begitu fokus melakukan kerjanya. Puan Laili memberitahu bahawa kami perlu menunggu seketika untuk mendapatkan kertas peperiksaan. Saat itu aku berdoa agar Allah memberikan keputusan yang terbaik kepadaku berulang kali.

Alhamdulillah, saat Puan Laili menghulurkan kertas peperiksaan kepadaku, aku bersyukur kepadaNya. Walaupun tidak setinggi mana,Alhamdulillah dengan komen dari Puan Laili membakar semangatku untuk terus berusaha di dalam Chemistry.

Jika dilihat dalam post-postku sebelum ini, ada kunyatakan bahawa subjek Chemistry adalah subjek paling susah yang terpaksa kuhadapi. Alhamdulillah, setelah 4 bulan datang kelas ibarat tak masuk telinga kanan keluar telinga kiri, aku akhirnya berjaya menangkap cara Puan Laili dan memperbaiki diri dari hari ke hari. Aku harap momentum ini berterusan hinggalah ke saat aku mengambil A-Level. InsyaAllah
0 Responses