Alhamdulillah, setelah berakhirnya praktikal chemistry pagi tadi, secara rasminya peperiksaanku untuk sem 2 tamat. Pelbagai ujian menimpaku saat mendepani peperiksaan ini. Kesibukan dalam menjalankan tugas sebagai SC menguruskan 2 program iaitu College Birthday dan Teachers Day, tambahan pula sebagai Project Manager untuk Teachers Day. Perkara yang jarang sekali terjadi kepada diriku juga terjadi. Aku jarang sekali sakit apatah lagi ketika musim peperiksaan namun kali ini sebaliknya yang berlaku.
Peperiksaan kali ini juga aku meletakkan lebih usaha berbanding sebelumnya. Marathon stadi biologi selama 6 jam dari 9 malam ke 3 pagi, marathon stadi math lebih dari 8 jam dan tidak ketinggalan subjek-subjek lain di mana Allah telah takdirkan aku untuk berusaha lebih.
Dan Alhamdulillah juga, beberapa keputusan yang telah kuperoleh cukup untuk membuatkan ayahku tersenyum sewaktu mengambil keputusan peperiksaan nanti. InsyaAllah
Post a Comment