Masjid Aqsa Bakal Runtuh ?

Zahi Nujaidat, jurucakap Pergerakan Islam bagi tanah Palestin yang dijajah pada 1948 pada Selasa lalu memberi amaran bahawa dinding-dinding Masjid Aqsa boleh retak jika kerajaan Israel terus menyambung pembinaan jambatan kontroversi di pintu pagar Magharba.

Beliau menggambarkan keputusan Israel untuk membina jambatan itu sebagai "serius" dan akan menghasilkan akibat yang buruk di Masjid Aqsa dan di bandar yang ditawan iaitu Baitulmuqaddis sambil menjelaskan bahawa apabila jambatan itu siap kelak, mereka akan membenarkan beribu-beribu askar-askar rejim Zionis dan anggota polis untuk mengganas terhadap para penganutnya dan menguasai Baitulmuqaddis serta masjid itu.

Ulasan Nujaidat hadir dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkannya pada Selasa di bandar Baitulmuqaddis dengan satu salinan telah diperolehi PIC.

"Semua kemusnahan dan kerja-kerja perobohan di pintu pagar Magharba hanya membawa kepada satu sahaja tujuan iaitu membina kuil Third yang menjadi satu konsensus di kalangan ahli politik Israel, sekular dan para agamawan", sambil Nujaidat menyeru orang Islam seluruh dunia supaya menggerakkan upaya mereka dalam mempertahankan Masjid Aqsa.

Note: 
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ 
penterjemah : hijjaz79
0 Responses