PILIHAN RAYA DAN MYC

Saat dikhabarkan parlimen sudah dibubarkan pada petang semalam(dah bubar tengah hari.lambat sikit dapat infonya), pelbagai reaksi dapat kelihatan. Ada yang gembira, berduka, gelisah dan sebagainya. Salah seorang yang kelihatan gelisah ialah Director MYC iaitu Sayed.

MYC dijadualkan berlangsung dari 7-10 Mac 2008. Sebelum ini sudah beberapa kali tarikh dipinda atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan. Kegelisahan Sayed yang berpunca dari kembimbangan berlakunya pertembungan tarikh pilihanraya dan MYC menjadi kenyataan. Saat khabar SPR menjadualkan 8 Mac sebagai hari mengundi kedengaran, AJK MYC mula tidak senang duduk.

Pihak konsultan(Fitrah Perkasa) juga sebentar tadi telah memaklumkan untuk menunda MYC ke suatu tarikh yang lain. Entahlah. InsyaAllah, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Kepada peserta MYC, sila hadiri mesyuarat tergempar petang ini di surau selepas Asar.

MYC 08


KEM AUSIS

Setelah tamatnya bangsawan, aku bergegas pulang ke chalet. Mengemas barang untuk ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, malam itu Aidi pulang ke rumah selanjutnya membenarkan aku dan Hisyam menumpang kereta beserta rumahnya.

Jam 1 pagi, kereta Aidi bergerak meninggalkan kolej. Tak pernah rasanya kukeluar selewat ini. Setelah berbual dan tidur seketika di dalam kereta, akhirnya kami tiba di rumah Aidi di Taman Setiawangsa. Jam sudah menunjukkan 2 pagi ketika itu.

Setelah berehat seketika, kami mengambil keputusan untuk makan di luar memandangkan perut masing-masing kelaparan. Entah ke mana Aidi memandu akhirnya kami tiba di sebuah gerai nasi lemak. Seorang dua pinggan. Punyalah lapar.

Puas menjamu selera, kami bertolak pulang. Saat di dalam perjalanan, Aidi mencadangkan kami ke tempat runtuhan Highland Tower. Mula-mulanya tidak bertemu dengan tempat itu tetapi lama-kelamaan akhirnya bertemu jua Highland tower yang digembar-gemburkan.

Jam menunjukkan 3 pagi saat itu. Memang suasana sunyi sepi. Ditambah dengan kegelapan malam, memang tempat itu menyeramkan. Setelah beberapa ketika, akhirnya kami bertolak pulang dan tidur.

Pagi itu aku terlewat bangun. Kelam kabut juga memandangkan pagi itu aku dan Hisyam perlu ke Shah Alam. Takut terlewat. Setelah bersiap, aku meminta Aidi untuk menghantarku dan Hisyam ke stesen LRT. Kami turun di stesen Universiti memandangkan Abang Fendi menanti di sana.

Setelah membeli sedikit kuih untuk mengalas perut, abang Fendi tiba menjemput kami. Turut serta Azri dan Abang Aiman. Kereta terus laju dipacu ke Shah Alam atau lebih tepat Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.

Tahun lepas, aku dan Hisyam menjangkan tidak akan menjejakkan lagi kaki kami ke sini. Alhamdulillah, kami tiba lagi. Kem Lepasan SPM 08. Sebuah kem yang memperkenalkan aku kepada pembelajaran di luar Negara, biasiswa dan sebagainya.

Kemuncak kepada kem ini ialah tayangan video penutup. Sebelum video 08 mengambil tempat, video 07 dipertontonkan. Teringat aku memori lama saat menyertai kem ini. Begitu seronok sekali.

Dipendekkan cerita(malas nak bercerita), petang itu kami menumpang kereta abang Idris ke stesen Setiawangsa. Setelah itu aku menghubungi Aidi untuk mengambilku.

Malam itu kami keluar makan dan setelah makan kami bertolak pulang ke kolej. Sekitar 11 lebih baru kami sampai(melanggar peraturan kolej. Kena balik sebelum pukul 10). Tak kisahlah. Keluar kolej tak sampai 24 jam pon. Hehe. Tamatlah kisah

BANGSAWAN

Bangsawan. Satu malam yang boleh dikatakan paling gilang-gemilang di KYUEM. Setiap house berusaha sedaya-upaya untuk memenangi Bangsawan. Ada yang telah membuat persiapan 6 bulan lebih awal.

Alhamdulillah, bangsawan kali ini aku dipilih untuk mewakili Topaz sebagai penglipurlara. Sewaktu latihan, agak seksa jugalah memadangkan watak yang diberikan memerlukan aku membuat lawak dan jenaka. Setelah puas berlatih, akhirnya pada malam itu aku boleh dikataka berjaya menyampaikan persembahan yang baik.

Namun, bukan itu tujuanku mencoret kata kali ini. Aku lebih ingin menyentuh perubahan dan anjakan paradigma yang dilakukan oleh houseku iaitu Topaz. Sebelum ini tradisi bangsawan tidak lekang daripada aksi tarian wanita yang pakaiannya ketat-ketat hingga mencolok mata. Malam itu, semua melihat satu kelainan dalam persembahan Topaz. Tarian wanita digantikan dengan marhaban dan silat!

Sebelum keputusan diumumkan, rasanya masih ramai yang tidak menyedari keadaan itu. Sebaik sahaja keputusan diumumkan di mana Topaz berjaya merangkul 5 anugerah iaitu prop terbaik, teknikal terbaik, skrip terbaik, pengarah terbaik dan juga drama terbaik, orang mula membuka mata. Topaz tanpa tarian mendapat skrip dan drama terbaik???

Malam itu aku begitu bersyukur sekali ke hadrat Ilahi. Bukan soal banyaknya anugerah yang dirangkul Topaz, tetapi aku gembira dengan kemenangan skrip dan drama terbaik. Aku berharap jika sekiranya selepas ini Bangsawan masih wujud, perubahan yang dibawa Topaz ini akan dicontohi house-house yang lain.

Tahniah kepada Zaim yang menadi tonggak utama dalam penghijrahan ini. Tidak lupa juga kepada committee Topaz terutamanya tuan pengarah aitu Ede yang walaupun pada awalnya mempersoalkan skrip Zaim, akhirnya semua bersepakat untuk menerimanya hingga membawa dengan takdir Allah kemenangan Topaz.

Teringat aku saat semua berkumpul di LT2 dan sedang bergembira dengan kemenangan, Zaim menyampaikan ucapannya. Memulakan kalam dengan potongan ayat al-quran yang lebih kurang maksudnya, sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah permainan semata-mata, begitu menyentuh perasaan sekali. Alhamdulillah.

SETELAH SEBULAN

Akhirnya aku kembali menaip setelah sebulan tidak mengirimkan apa-apa post. Memang terlalu banyak perkara yang dilalui dalam masa sebulan ini. Kebanyakannya begitu melemahkan sekali semangatku. Namun, setelah aku habis membaca Hari-Hari Dalam Hidupku karya sebuah penceritaan kisah benar oleh Zainab al-Ghazali al_jubaili hatiku kembali tenang dan teguh.

Apapun, doakan aku istiqamah dalam perjuangan dan tidak lupa istiqamah mengemaskini blog(dijangkiti penyakit SSS dan Nova)