Setelah tamatnya bangsawan, aku bergegas pulang ke chalet. Mengemas barang untuk ke
Jam 1 pagi, kereta Aidi bergerak meninggalkan kolej. Tak pernah rasanya kukeluar selewat ini. Setelah berbual dan tidur seketika di dalam kereta, akhirnya kami tiba di rumah Aidi di Taman Setiawangsa. Jam sudah menunjukkan 2 pagi ketika itu.
Setelah berehat seketika, kami mengambil keputusan untuk makan di luar memandangkan perut masing-masing kelaparan. Entah ke mana Aidi memandu akhirnya kami tiba di sebuah gerai nasi lemak. Seorang dua pinggan. Punyalah lapar.
Puas menjamu selera, kami bertolak pulang. Saat di dalam perjalanan, Aidi mencadangkan kami ke tempat runtuhan Highland Tower. Mula-mulanya tidak bertemu dengan tempat itu tetapi lama-kelamaan akhirnya bertemu jua Highland tower yang digembar-gemburkan.
Jam menunjukkan 3 pagi saat itu. Memang suasana sunyi sepi. Ditambah dengan kegelapan malam, memang tempat itu menyeramkan. Setelah beberapa ketika, akhirnya kami bertolak pulang dan tidur.
Pagi itu aku terlewat bangun. Kelam kabut juga memandangkan pagi itu aku dan Hisyam perlu ke Shah Alam. Takut terlewat. Setelah bersiap, aku meminta Aidi untuk menghantarku dan Hisyam ke stesen LRT. Kami turun di stesen Universiti memandangkan Abang Fendi menanti di
Setelah membeli sedikit kuih untuk mengalas perut, abang Fendi tiba menjemput kami. Turut serta Azri dan Abang Aiman. Kereta terus laju dipacu ke Shah Alam atau lebih tepat Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.
Tahun lepas, aku dan Hisyam menjangkan tidak akan menjejakkan lagi kaki kami ke sini. Alhamdulillah, kami tiba lagi. Kem Lepasan SPM 08. Sebuah kem yang memperkenalkan aku kepada pembelajaran di luar Negara, biasiswa dan sebagainya.
Kemuncak kepada kem ini ialah tayangan video penutup. Sebelum video 08 mengambil tempat, video 07 dipertontonkan. Teringat aku memori lama saat menyertai kem ini. Begitu seronok sekali.
Dipendekkan cerita(malas nak bercerita), petang itu kami menumpang kereta abang Idris ke stesen Setiawangsa. Setelah itu aku menghubungi Aidi untuk mengambilku.
Malam itu kami keluar makan dan setelah makan kami bertolak pulang ke kolej. Sekitar 11 lebih baru kami sampai(melanggar peraturan kolej. Kena balik sebelum pukul 10). Tak kisahlah. Keluar kolej tak sampai 24 jam pon. Hehe. Tamatlah kisah
apakah kesimpulannya?? huhu.. adakah ini sekdr jadual perjalanan??
lebih kurangla.hahaha