Bangsawan. Satu malam yang boleh dikatakan paling gilang-gemilang di KYUEM. Setiap house berusaha sedaya-upaya untuk memenangi Bangsawan.
Alhamdulillah, bangsawan kali ini aku dipilih untuk mewakili Topaz sebagai penglipurlara. Sewaktu latihan, agak seksa jugalah memadangkan watak yang diberikan memerlukan aku membuat lawak dan jenaka. Setelah puas berlatih, akhirnya pada malam itu aku boleh dikataka berjaya menyampaikan persembahan yang baik.
Namun, bukan itu tujuanku mencoret kata kali ini. Aku lebih ingin menyentuh perubahan dan anjakan paradigma yang dilakukan oleh houseku iaitu Topaz. Sebelum ini tradisi bangsawan tidak lekang daripada aksi tarian wanita yang pakaiannya ketat-ketat hingga mencolok mata. Malam itu, semua melihat satu kelainan dalam persembahan Topaz. Tarian wanita digantikan dengan marhaban dan silat!
Sebelum keputusan diumumkan, rasanya masih ramai yang tidak menyedari keadaan itu. Sebaik sahaja keputusan diumumkan di mana Topaz berjaya merangkul 5 anugerah iaitu prop terbaik, teknikal terbaik, skrip terbaik, pengarah terbaik dan juga drama terbaik, orang mula membuka mata. Topaz tanpa tarian mendapat skrip dan drama terbaik???
Malam itu aku begitu bersyukur sekali ke hadrat Ilahi. Bukan soal banyaknya anugerah yang dirangkul Topaz, tetapi aku gembira dengan kemenangan skrip dan drama terbaik. Aku berharap jika sekiranya selepas ini Bangsawan masih wujud, perubahan yang dibawa Topaz ini akan dicontohi house-house yang lain.
Tahniah kepada Zaim yang menadi tonggak utama dalam penghijrahan ini. Tidak lupa juga kepada committee Topaz terutamanya tuan pengarah aitu
Teringat aku saat semua berkumpul di LT2 dan sedang bergembira dengan kemenangan, Zaim menyampaikan ucapannya. Memulakan kalam dengan potongan ayat al-quran yang lebih kurang maksudnya, sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah permainan semata-mata, begitu menyentuh perasaan sekali. Alhamdulillah.
Post a Comment