Sedikit kecewa dengan keputusan kertas peperiksaan Nahu (ujian pertengahan semester), saya lantas ke perpustakaan. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, hampir tiada pelajar lain di perpustakaan ketika itu, fikiran pula masih kosong. Terngiang-ngiang nasihat yang diberikan Ustaz Ma sebentar tadi. Selepas beberapa tika, ingatan pada kelas kian hilang, sementelah saya berjalan-jalan keseorangan di sekitar aras 1 perpustakaan itu. Selesa mencari damai di antara rak-rak yang penuh dengan segala kitab dan buku, perasaan susah hati tadi sudah lenyap pergi. Mata tiba-tiba terfokus seketika pada sebuah buku kecil nipis. Sebuah buku bertajuk Tegar Sewaktu Ajal, merupakan terjemahan dari kitab “Ats- Saabat ‘indal mamat’’, karya Imam Ibnu Qayyim Al Jauzy. Pada bahagian mukaddimah buku tersebut terdapat bibliografi pengarangnya, saya jadi kagum dengan personaliti yang cukup hebat malah menyalinnya supaya jadi iktibar pada diri.
Ibn Jauzy menulis 2000 jilid kitab menggunakan jari-jarinya sendiri, 100,000 orang yang telah mengungkapkan taubat di hadapannya, beliau telah mengislamkan 10,000 orang yahudi dan nasrani, juga meriwayatkan hadis dari sekitar 80 orang sheikh.
Masya-Allah. Sewajarnya inilah role-model kita.
Kata Ustaz Ja’far dalam kelas Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (MASWJ), ramai daripada orang Islam kini lebih suka membincangkan hal yang remeh-temeh belaka. Sudahlah umat ‘cedera parah’ dengan ‘virus’ kepercayaan karut dan budaya mari-kita-berhibur-selalu, masalah nampaknya bertimbun pula apabila sebahagian besar dari kalangan ‘doktor-doktor’ yang sepatutnya memberi tumpuan dalam merawat penyakit dan memulihkan ummat ini pula tidak dapat menjalankan tugas tersebut dengan baik dek kerana ‘demam’ yang antara simptom awalnya ialah jadi suka membincangkan perkara furu’ belaka.
KITA DAN DAKWAH
Antara khalayak atau subjek dakwah yang kita selalu terlupa atau tak perasan kata ustaz ialah golongan al-awwalin di bumi bertuah ini, siapa lagi kalau bukan Orang Asli. Baik yang ada di ceruk hutan tanah semenanjung, atau bahagia dengan keindahan flora dan fauna dalam hutan belantara Sabah Sarawak, mereka semua itu tanggungjawab bagi kita. Tambah ustaz lagi, ada seorang wanita yang sangat cantik, mungkin mewarisi ibu dan bapanya yang putih gebu yang beliau juga kebetulan seorang doktor yang dalam pada masa yang sama beriltizam pula pada ajaran agama Kristian (ayat belit-belit bagi korang pening) telah membina sebuah klinik di tengah-tengah Afrika bagi memberikan rawatan percuma untuk penduduk tempatan. Kesan daripada usaha gigih secara sendirian itu, doktor tersebut telah berjaya dalam dakyahnya menyebarkan agama Kristian seterusnya menyebabkan semua pesakit yang mengunjungi klinik berkenaan tanpa ragu tanpa keliru menganut agama songsang itu.
Tapi kita? Kita tidak nampak di mana signifikan dakwah itu. Bak kata A. Kadir Jasin dalam blognya, Islam kita orang Melayu ini Muslim Perlembagaan, Muslim Warisan, Muslim Lahiran dan anda boleh cipta istilah lain lagi jika anda suka. Islamnya kita bukan Islam mutlak, islam total, yang betul-betul muslim, mukmin maka apalagi nak mengharapkan yang muslih; yakni yang soleh dan boleh mengislahkan (memperbaiki) manusia yang lain. Saya tidak mahu pukul rata. Ya, bukan semuanya begitu. Selalu apabila menghadiri nadwah, tamrin, atau konvensyen, saya berjumpa dengan remaja-remaja yang hebat. Yang bersemangat untuk menegakkan yang haq. Yang tebal minatnya dengan ilmu. Yang fikrahnya tidak beku, akhlaknya tidak layu. Paling tidakpun apa yang saya dapat semasa menghadiri program-program semacam itu saya yakin masih ada harapan untuk umat ini.
REALITINYA
Namun begitu entah di mana silapnya, satu demi satu jundi atau pejuang muda di sekeliling kita gugur. Gugur saya kira bukan sebab AUKU. Bukan juga kerana mati syahid kerana berlawan dengan TNC, Reaktor universiti dan sebagainya. Tapi sebab yang mudah yang bila kita dengar rasa tak percaya rasa nak gelak tapi dalam masa yang sama kita panas hati. Hati mendidih entah bila bara api boleh padam. Lepas satu satu. Dulu bukan main. Mawar Berduri? Jurubicara Ummah? Dakwah Fardiyah? Ah..semuanya dilupakan.
Sebuah sajak oleh seorang kawan.
Pergerakan dakwah seakan terhenti
Semua tonggak penggerak seakan tumbang
Goyah dihanyut arus yang tidak kelihatan
Saat dipukul ombak yang deras pantas
Kita bersatu bergabung tenaga mendepaninya
Saat bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa
Aneh….
Seorang demi seorang tumbang dek diulit keindahannya
Lupa janji setia yang dilafaz
Entah ke mana hilangnya dirimu jua diriku
* Kredit kepada tuan punya sajak
Pernah saya katakan kepada seorang kawan.
“ Kalau de facto leader dah out carilah penggantinya”
Kawan tadi membalas
“ Senang saja kau cakap. Ini bukan kes Anwar kena sumbat masuk penjara. Ini kes Anwar dah jadi macam Ezam ibaratnya. Maka apalagi yang nak diharapkan?”
Dulu mereka umpama Imam Hassan al Banna, mengatur derap langkah dakwah penuh hemah. Namun sekarang tiada semua itu kerana mereka sibuk pula di pasaraya mega ibu kota mengatur rencana lain pula. Ya. Kita buat kerja bukan sebab ketua, pengarah program, YDP dan sebagainya. Kita buat kerja lillahiTaala. Tapi kita pun manusia juga bukan robot. Hidup kita bermain dengan emosi kerana kita bukan batu. Lalu apabila mendapat tahu rakan seperjuangan berpatah pulang, kita juga jadi sedih. Sudahlah yang menyongsang arus ini kecil kuantitinya..lalu ada juga yang menarik diri? Rakan seperjuangan itu tidak mengapa lagi, namun bagaimana kalau yang minyak hitam habis di tengah jalan itu ketua@imam@amir@exco@ketua biro? (sekali lagi anda boleh guna istilah lain jika anda suka).
Ya benar kita tidak layak menghukum orang hanya kerana satu-satu kesalahan. Teruskan berdoa kerana mereka sedang diuji Tuhan. Kini masa mereka, masa kita siapa saja yang tahu?
PENUTUP
أن آخر هذه الأمة لن يصلح الاّ بما صلح بها أولها

Terjemahan: Sesungguhnya akhir umat ini tidak akan menjadi baik melainkan dengan apa yang telah baik awal umat ini dengannya.
Seorang aktivis Islam pernah menceritakan bahawa dia kepingin benar untuk bertemu dengan Aa Gym, seorang pendakwah yang cukup terkenal di Indonesia. Semasa di akhir pertemuannya ketika hendak berangkat pulang aktivis tersebut meminta supaya diberikannya nasihat untuk dijadikan ingatan, maka apa kata Aa Gym?
Ikhlas.
Sepatah perkataan. Inilah kalimah keramat yang akan mengukuhkan kita dalam perjuangan dakwah. Ikhlas dalam semua perkara. Apa-apa sajapun yang kita lakukan paksinya itu ialah untuk mencari redha Allah. Namun bukan mudah untuk dapat ikhlas. Ikhlas syaratnya mesti diuji! Dan ujian datang dalam pelbagai bentuk, yang apabila iman makin longgar kita tak akan perasan itu ujian, kerana syaitan telah menjadikan mata kita memandang ujian dari Allah itu sebagai keseronokan, kenikmatan.
Saya jadi teringat kepada nukilan Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zaadul Ma’ad. Ada empat sifat mujahid. Mestilah dia yang pertama mengikut kebenaran, kemudian beramal dengan kebenaran itu, lalu dia mendakwahkan pula kebenaran dan seterusnya bersabar di atas segala ujian.
Souls are like conscripted soldiers, those whom they recognize they get along with, and those whom they do not recognize they will not get along with. (Bukhori and Muslim)
“ Setiap mukmin adalah daie. Apabila daie tidak menjaga hatinya maka rosaklah dirinya, terfitnahlah Islam kerananya, dan runtuhlah dakwah di tangannya…”
اللهم اهدني لأحسن الأخلاق لا يهدى لأحسنها الا أنت واصرف عني سيئها الا أنت
Salam Ramadhan Al Mubarak. Wallahua’lam.

*Entri ini ditujukan secara umumnya kepada seluruh bekas pelajar sekolah agama.
Post a Comment