Setelah sekian lama aku menghentikan bicara di blogku ini. Sesudah aku mendapat tahu keputusan peperiksaan percubaanku, terus aku demam. Badanku lemah. Dua hari berturut-turut. Memang sungguh aku kecewa. Terasa sia-sia apa yang kuusahakan. Namun akhirnya kusedar. Usahaku tidak seberapa. Masih ada masa untukku mempersiapkan diri bagi mendepani peperiksaan AS yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi.
Hari itu aku menumpang balik menaiki bas YT(Yayasan Terengganu). Percumalah katakan. Entah jin mana yang menusup ke dalam diri pemandu bas. Laju sungguh bas dipandu. Bas tiba tepat sewaktu maghrib di Tol Jabor(tempatku berhenti). Semasa mengemas hatiku berbisik agar membawa balik sekotak air sebagai bekalan manalah tahu berbuka di pertengahan jalan. Kusangkakan seperti tahun lepas, berhenti di Hentian Temerloh. Namun, kali ini bas sungguh laju. Akhirnya aku berbuka puasa dengan air paip. Menjelang Isyak, barulah ayahku muncul untuk mengambilku.
Berbicara soal ramadan, entahlah, terasa sedikit sekali amalanku kali ini. Ketika bertandang ke surau berhampiran untuk berterawih, aku diimami oleh rakan-rakanku yang kini bergelar dan bakal bergelar al-hafiz. Abrar, rakanku ketika di sekolah rendah dan Uwais, seniorku di SMAI. Apapun, ramadan kian berlalu. Sudah malam ke-27 ramadan. Beberapa hari lagi syawal bakal menjelang menandakan peperiksaanku kian hampir.

Post a Comment