Saat dan ketika ini aku pasti hampir semua insan di KYUEM sedang berada di Dewan Besar(Great Hall) bersempena dengan acara Bangsawan. Rasanya keputusan sudah hampir untuk diumumkan. Pasti masing-masing sedang berdebar, menunggu dengan penuh penyiksaan. Setelah lebih sebulan bekerja keras, akhirnya hari yang ditunggu telah pun tiba.
Aku? Selepas solat Isya' tadi aku terus pulang ke chalet. Melihat perkembangan semasa di Perak, bermain game seketika sebelum meluangkan masa menaip entri ini. Mengapa aku tidak terlibat? Biarlah aku tak terlibat. Ada banyak perkara yang boleh ditoleransikan namun dalam sesetengah keadaan tak mampu lagi ditoleransikan lantaran pertentangan antara prinsip diri. Jangan. Jangan ingat aku terlalu "alim" dan "beriman" yang menyebabkan aku tidak pergi melihat teater bangsawan itu. Aku secara peribadinya memang menyukai teater. Sangat menarik. Sebuah persembahan yang hidup. Tidak seperti tayangan drama di televisyen. Sudahlah. Tutup kes bangsawan.
Beralih kepada isu di Perak. Pertama sekali, sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mengembalikan pemerintahan BN di negeri Perak. Beliau begitu hebat dalam tiga bidang. Pertama, ekonomi, kedua, politik dan ketiga, keselamatan. Yang pertama dalam bidang ekonomi. Beliau saya kira memahami dengan jelas "cost-benefit analysis" atau jika diterjemahkan analisa kos dan keuntungan. Mengambil kira keuntungan yang bakal dikaut (dari sudut ekonomi) setelah Perak bertukar tangan, beliau tidak kisah mengeluarkan puluhan juta bagi menampung kos "Projek Pertukaran Kerajaan". Nyata, keuntungannya sudah pastilah berlipat kali ganda.
Yang kedua dalam bidang politik. Beliau tahu beliau memerlukan sesuatu untuk menaikkan kembali namanya setelah kekalahan memalukan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kejayaan beliau mengembalikan Perak kepada BN membolehkan nama beliau disanjung tinggi oleh ahli-ahli BN lantaran beliau digembar-gemburkan bakal menggantikan Pak Lah bulan 3 ini.
Isu yang ketiga ialah dalam bidang keselamatan. Memikirkan tak lama lagi beliau akan menggantikan Pak Lah, maka beliau haruslah mula belajar menggantikan segala kerja Pak Lah. Dalam konteks ini ialah mempelajari langkah Pak Lah menggunakan polis dan FRU yang terletak dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Biasanya, kementerian ini akan dipegang oleh Perdana Menteri. Najib telah dengan cemerlangnya menggunakan kekuatan polis dan FRU bagi menyuraikan perhimpunan bantahan yang diadakan di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar. Gas pemedih mata, semburan air menggunakan meriam air, berjaya ditujukan kepada rakyat yang membuat bantahan. Tidak ketinggalan, jemaah yang sedang membaca al-quran di dalam masjid turut disembur dengan gas pemedih mata. Nampaknya Najib sudah lebih hebat dari Pak Lah. Nyata, beliau sudah layak.
Tahniah diucapkan kepada BN sekali lagi kerana berjaya merompak dan mencuri aspirasi rakyat. Nyata, perancangan rapi Najib telah membuahkan hasil yang manis. Ternyata, Najib dikelilingi perancang yang hebat. Tapi, mungkin Najib terlupa untuk meminta pertolongan dari perancang segala perancang. Yang mana perancang ini jauh lebih hebat dari sekalian perancang di dunia ini. Dialah Allah.
Mereka merancang. Allah juga merancang. Dan Allahlah sebaik-baik perancang. Jika ditakdirkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang, ketahuilah. Itu adalah rancangan Allah. dan sudah tentu perancanganNya jauh lebih besar. Yakinlah dengan Allah!

Post a Comment