LARA CEMPAKA NIRMALA

LARA CEMPAKA NAN NIRMALA
LARA DI JIWA MENUSUK SUKMA
BUKAN KISAH RAMPASAN TAKHTA
SEBUAH KISAH ANAK DERHAKA

LARA CEMPAKA NAN NIRMALA
LARA DI JIWA MENUSUK SUKMA
BUKAN GELARAN YANG DIDAMBA
HANYA REDHANYA YANG DIPINTA

LARA CEMPAKA NAN NIRMALA
LARA DI JIWA MENUSUK SUKMA
APALAH GUNA GANJARAN DUNIA
AKHIRAT KELAK LEBIH UTAMA

LARA CEMPAKA NAN NIRMALA
LARA DI JIWA MENUSUK SUKMA
BIAR TERSEKSA SENGSARA DI DUNIA
DARI DI AKHIRAT TERKEJI TERHINA
1 Response
  1. muFFin Says:

    arif, aku nak belajar tulis skrip... itupun kalau bangsawan ada lagi tahun depan