MACAM BIASA

Disebabkan oleh pulangnya semula aku ke kolej pada hari esok, maka blog ini seperti biasa akan dikemaskini dengan begitu jarang sekali. Jangkamasa penidakkemaskinian mungkin sekitar 3 bulan. Kotak jerit (shoutbox) akan aktif beroperasi.

Harap maklum.

AKHIRNYA KEMBALI NORMAL

Setelah entah apa yang berlaku, blog ini tidak dianggap sebagai dikemaskini (update) buat satu jangkamasa yang agak lama iaitu 3 bulan. Dan juga setelah entah apa yang berlaku, akhirnya blog ini dianggap semula sebagai dikemaskini (updated). Kalian mesti tak faham kan? Memang sukar untuk difahami jadi tak perlulah faham.

(mood : merepek)

Nikahilah Janda PALESTIN, Hamas Tawar US3,000

Gerakan mujahidin Hamas menawarkan wang tunai sebanyak tiga ribu dollar bagi setiap orang yang mahu menikahi janda-janda yang ditinggal oleh suami mereka yang syahid akibat kempen militer negara Yahudi.

Tawaran itu diberikan oleh Hamas untuk meringankan beban para janda. Setelah menikah, suami yang baru diharapkan dapat meringankan beban hidupnya dan menjaga keluarganya. Hal itu sebagaimana diungkapkan oleh laman rasmi Hamas dan dikutip oleh laman Almokhtsar, Selasa (17/3).

Cuma bukan setiap lelaki boleh menerima tawaran itu. Setiap lelaki yang ingin menikahi wanita janda dan ingin mendapatkan wang tunai itu harus memenuhi syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, syarat yang ditetapkan oleh Hamas adalah mereka mestilah mampu bertanggung jawab terhadap wanita yang ingin dinikahi, dia mesti berkomitmen terhadap agama Islam, berakhlak yang baik, dan memberikan tempat tinggal bagi isterinya yang baru serta menjaga anak-anaknya sekiranya wanita janda itu telah memiliki anak.

Agresi militer yang dilancarkan oleh Zionis Yahudi telah banyak memakan korban. Sekurang-kurangnya 960 orang awam Palestin terkorban, 239 polis dan 235 mujahidin. Dari jumlah itu sebanyak 288 kanak-lanak dan 121 wanita.

Kementerian Kesihatan juga mengesahkan jumlah yang cedera sebanyak 5.303, termasuk di dalamnya 1.606 kanak-kanak dan 828 wanita.(Prince Muhammad/arrahmah/alislamu)

sumber

SAYA BACA UTUSAN

Saya sudah lama tidak baca utusan. Tak beli pun. Akhbar utusan di kolej jarang sekali saya sentuh. Anda tahu sebabnya bukan? Saya lebih senang dengan Sinar Harian dan Star. Tapi hari ini saya baca utusan. Ada berita menarik di muka depan. Saya tersentak dan tersentap. Nah, anda baca sendiri.


Nur Madihah puasa sebab miskin

KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.

“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.

“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.

“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.

Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.

Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.

“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.

TAHNIAH MARA. ANDA BIJAK!

Saya tonton berita di kaca televisyen tadi. Tiada sangat isu yang menarik melainkan beberapa. Antaranya wawancara bersama Tun Dr Mahathir yang mengatakan BN Perak seharusnya lebih bersabar dan ikut prosedur perundangan yang betul. Saya tak mahu komen selanjutnya. Anda boleh buka sendiri blognya.

Tak lama selepas berita itu, dipaparkan berita mengenai MARA atas arahan menteri yang bertanggungjawab iaitu Noh Omar akan membeli suit angkasawan Sheikh Muzafar yang kini berada di Rusia.

Tak mahal pun suit itu. Hanya RM 185000. Apa sangat boleh buat dengan wang sebanyak itu. Hanya boleh tampung seorang atau dua pelajar ke universiti luar negara hingga tamat pengajian. Hanya boleh bantu sekitar 18 orang usahawan melayu yang baru hendak bertatih. Hanya mampu menampung pengajian sekitar 10 orang anak melayu hingga tamat pengajian di universiti tempatan. Hanya mampu tampung pengajian sekitar 100 orang anak melayu di MRSM.

Tak mahal bukan. Murah. Kesannya pun banyak. Yang pertama, angkasawan negara seterusnya tidak perlu lagi beli suit. Guna sahaja yang ini. Jimat bukan? Yang kedua, akan meningkatkan ekonomi negara. Bagaimana? Melalui kemasukan pelancong asing yang ingin melihat suit angkasawan itu. Yang ketiga, meningkatkan minat para pelajar untuk menjadi angkasawan negara. Yelah, selepas balik nanti boleh dapat duit melalui penjualan suit itu. Yang keempat, menambah bilangan orang melayu yang ke angkasa. Bagaimana? Senang sahaja. Pakai baju angkasawan itu. Tunjukkan kepada masyarakat dan masyarakat akan percaya anda sudah ke angkasa. Mudah bukan?

Berdasarkan hujah-hujah di atas, saya sangatlah bersetuju dengan langkah MARA ini. Pembelian ini akan memberi "multiplier effects" yang berkali-kali ganda tambahan pula dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia sekarang ini.


Mara to pay RM185,000 for Dr Muszaphar’s space suit

KUALA LUMPUR, March 14 — Mara plans to buy the US$50,000 (RM185,000) space suit worn by Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustaphar and put it on display for all Malaysians.

Entrepreneur and Cooperative Development Minister Datuk Noh Omar said he had instructed Mara to buy the costume as a symbol of the institution's success in producing the first Malay spaceman.

"Dr Muszaphar had a discussion with me and he hoped someone would buy the space suit.

"The government is not going buy it but a local company has shown interest, so I've asked Mara to get it," he told reporters after launching the 2009 Mara Education Carnival and Mara Day celebrations at the Putra World Trade Centre today.

He said Dr Muszaphar, a former Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) student in Muar, Johor, was idolised by the younger generation, especially the almost 90,000 students in Mara institutions.

Noh said he would ask Dr Muszaphar to arrange for the purchase of the suit which is now in Russia, and it would either put up for display at the Mara Museum or Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Aviation Technology (UNIKL-MIAT).

He said Mara would also offer a position to the first Malaysian spaceman for him to serve the students at Mara learning institutions as a way to repay Mara which has produced many excellent students, including himself.

"I have discussed this with him and he has agreed to join Mara and work with UNIKL-MIAT either as a lecturer, adviser or motivator," he said.

Noh said he would meet Science, Technology and Innovation Minister Datuk Dr Maximus Ongkili and Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital regarding Dr Muszaphar's contracts with them.

"We don't mind if he is on loan (to Mara) or transferred as long as we can use his expertise. We will make space for Sheikh Muszaphar because he is a Mara-educated child," he said.

He added that Mara would provide a special salary scheme different from the government scheme for the spaceman's services. — Bernama

Tak perlu mencari jalan berliku pertahan PPSMI

OLEH : Dr Awang Sariyan

Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.

Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan.

Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.

Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.

Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.

Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.

Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).

Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.

Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?

Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a'lam.

Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.

Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.

Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu.

Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Umno telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato' Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.

Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.

Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara.

Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.

------

Prof Dr Awang Sariyan ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu China Beijing Foreign Studies University

APABILA A SAMAD SAID DIKATAKAN DEMO CRAZY



Hajat di hati memang ingin turut sama turun berdemo yang diadakan sekitar Masjid Negara semalam. Membantah pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Namun apakan daya. Kolej bercuti pada hari Jumaat sedangkan demonstrasi berlangsung pada hari sabtu.

Tergelak seketika aku apabila menonton berita dan membaca akhbar. "Ribuan yang berhimpun berarak.., Hundreds of protesters marched..". Itulah antara madah yang dilontar, kata yang ditaip dalam televisyen dan akhbar. Sungguh ironi dengan gambar yang dipaparkan di mana ribuan umat berhimpun. Dan perlu diingat, himpunan ini berlangsung di tiga tempat lalu berarak ke satu arah. Maka jika satu tempat menghimpunkan ribuan umat sehingga jalan yang hitam kelihatan putih, apa jumlahnya jika tiga tempat? Ratusan? Kesan PPSMI mungkin menyebabkan para wartawan dan pembaca berita gagal mengira dengan betul.

Lembaran The Star terus aku selak. Tersentak seketika melihat komentar dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan yang mengatakan insan-insan yang pergi berdemonstrasi itu bukan pergi berdemonstrasi tapi "demo crazy". Aku merenung dan berfikir. Adakah A Samad Said demo crazy? Prof Nik Safiah Karim? Prof Hasan Ahmad? Dan ramai lagi pakar-pakar bahasa ini "demo crazy"?

Aku menjengah beberapa laman blog yang menyokong PPSMI ini. Membaca hujah-hujah yang dikemukakan. Antara hujah yang dikemukakan ialah betapa ia sewajarnya menjadi satu cabaran buat pelajar-pelajar di luar bandar. Bagi saya, hujah ini tersangatlah rapuh. Pertama, perlu kita fahami betapa jarak perbezaan antara pelajar luar bandar dan bandar dalam penguasaan bahasa inggeris. Dan isu ini perlu dilihat bukan dari sudut sikap pelajar itu sendiri tapi suasana dan kemudahan yang membentuk mereka. Saya kira tak perlu saya sentuh mengenai pelajar dalam bandar kerana saya kira anda sekalian lebih arif.

Pelajar luar bandar tidak mempunyai akses yang mencukupi kepada bahan-bahan bahasa inggeris. Anda mungkin katakan ini hanyalah sebagai alasan. Zaman sekarang sudah maju. Sudah moden. Gunalah internet! Jika ini yang anda hujahkan, nyata anda tidak memahami keadaan sebenar di luar bandar! Realiti sebenar yang mereka hadapi menidakkan kemampuan mereka untuk mendapatkan bahan-bahan ini. Bahan pertama : akhbar. Akses kepada akhbar berbahasa inggeris adalah amat sukar sekali di kawasan luar bandar. Bukan akhbar berbahasa inggeris sahaja sebenarnya, akhbar berbahasa Melayu pun cukup sukar untuk didapati. Ini hakikat. Ini realiti.

Bahan kedua : internet. Tidak dinafikan, pusat siber mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Begitu juga kemudahan makmal komputer di setiap sekolah. Saya kira lebih baik saya sentuh mengenai kemudahan makmal komputer di sekolah. Perlu difahami betapa para pelajar mempunyai masa yang terbatas untuk menggunakan kemudahan ini. Waktu kelas pastilah digunakan oleh para guru untuk mendidik para pelajar menguasai kemahiran komputer maka yang tinggal adalah luar waktu kelas yang sudah pasti jangka waktunya pendek atau lebih malang lagi makmal komputer itu sudah dikunci!

Maka tinggallah para pelajar kepada pilihan yang kedua iaitu pusat-pusat siber. Umum mengetahui pusat-pusat siber ini sudah pastilah mengenakan caj atas setiap perkhidmatan yang dikenakan. Dan inilah masalahnya! Para pelajar ini tidak berkemampuan untuk menggunakan perkhidmatan ini! Ke sekolah duit diberi ibu bapa sekadar cukup untuk membayar tambang bas sekolah, makanan dibawa bekal! Tambah parah, pusat-pusat siber ini hanya bertapak di "bandar di luar bandar". Ini hakikat yang pahit namun tetap perlu ditelan.

Kalau ke pusat siber pon tidak berkemampuan, apatah lagi untuk pergi ke tuisyen-tuisyen bahasa inggeris! Tiga isu di atas ini menjadi satu perbezaan yang jelas yang perlu ditangani terlebih dahulu oleh pihak yang bertanggungjawab sebelum tiba-tiba menukar sesebuah sistem. Aku pernah menjadi seorang guru sementara. Saja mengajar kerana bosan. Aku juga pernah menjadi pelajar. Belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu. Realitinya, belajar dalam bahasa melayu pun sukar difahami. Bagaimana agaknya generasi selepasku yang belajar sains dan matematik yang sukar difahami dalam bahasa yang tidak mereka fahami? Satu persoalan besar yang perlu difikirkan.

Bagi generasi bandar yang mempunyai akses dan kemudahan bagi setiap perkara, isu ini mungkin satu cabaran buat mereka. Tapi bagi generasi luar bandar, isu ini umpama lubang yang digali untuk menghapuskan mereka! Untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris, tingkatkanlah keefektifan pembelajarannya bukan dengan mengorbankan mata pelajaran lain. Rujuk blog Dolah yang mengupas isu ketakefektifan sistem pembelajaran bahasa inggeris di Malaysia.

Sekarang ini pun sudah ramai anak melayu yang tak mampu berbahasa melayu dengan baik. Kurang kosa katanya. Hancur tatabahasanya. Lebih malang lagi, wujud golongan yang sudah tidak mampu berbahasa melayu sama sekali sebaliknya menuturkan bahasa inggeris dengan sungguh lancar. Mungkin anda menganggap ini satu isu yang lekeh. Tak pandai berbahasa melayu. So what? I can speak fluently in english. And I'm proud of it! Jawab saya : nantikan hari di mana nanti nama Malaysia ditukar kepada Englisia!

ANALISA DALAM BICARA

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Disibukkan dengan study dan juga "winning eleven" yang tidak henti-henti. Niat di hati hendak "mengupdate" tentang SC camp namun nampaknya ada isu lebih besar yang perlu saya beri perhatian dan pandangan.

Rabu yang lepas telah berlangsungnya sebuah pertandingan antara rumah di KYUEM. Apabila disebut antara rumah, maka seakan jatuhlah satu kewajipan ke atas rumah-rumah untuk menyertai. Pertandingan yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan Pertandingan Dikir Barat dan Tarian Tradisional Melayu anjuran kelab Kebudayaan Melayu atau nama inggerisnya (dah nama kelab Melayu kenapa guna nama Inggeris? Sungguh ironi. Sama seperti Umno) Malay Cultural Club (MCC). Pertandingan terbahagi kepada dua segmen iaitu dikir barat dan juga tarian tradisional.

Sebagai pembuka, saya sentuh mengenai dikir barat dahulu. Syarat yang ditetapkan pihak penganjur bagi saya sangat baik. Penyertaan sekurang-kurangnya 20 orang menyebabkan semua junior lelaki harus menyertai pertandingan ini memandangkan jumlah junior yang tidak ramai (yela. dah senior takkan nak join lagi. Bagi can kat juniorla. Tapi tak salah pon kalau nak masuk). Hal ini saya lihat bertepatan dengan tema yang perlu disampaikan oleh setiap rumah iaitu Muafakat Membawa Berkat. Bukan sekadar lagu yang disampaikan membawa maksud muafakat sebaliknya implementasinya iaitu perlaksanaannya turut membawa maksud muafakat dengan setiap kumpulan dikir disertai oleh hampir semua junior tidak mengira bangsa, agama, mahupon kelab yang diwakili.

Lagu yang disampaikan juga sangatlah baik memandangkan keadaan politik semasa yang berlaku yang menunjukkan seolah tiadanya kemuafakatan antara pemimpin. Lagu ini justeru menjadi satu medan mendidik kepada bakal pemimpin masa hadapan akan peri-pentingnya bermuafakat dan bekerjasama.

Berpindah kepada segmen kedua persembahan iaitu tarian tradisional. Saya bukanlah seorang yang pandai dalam hal-hal tarian ini. Saya tidak kenal apakah gaya dan lagu tarian endang, tarian zapin dan pelbagai jenis tarian lagi. Namun ia bukanlah alasan untuk saya tidak menyukai seni warisan negara ini. Kelembutan dan kesantunan yang dipaparkan melalui seni tari cukup memikat hati.

Isu yang lama dibuka semula. Keengganan dan ketegasan saya menolak kemasukan babak tarian "suriram" dalam pementasan Bangsawan seakan dipersoalkan kembali. Pertama, perlu saya tegaskan yang saya TIDAK anti kepada tarian. Tarian wanita memang masih menjadi satu isu. Kebanyakan ulama' mengharamkannya namun masih terdapat segelintir ulama' yang melonggarkannya. Saya tidak mahu menyentuh mengenai perbahasan para ulama' di sini. Namun, saya secara peribadi menolak untuk tarian ini dipentaskan atas kapasiti saya selaku penulis skrip. Dalam bahasa ringkasnya, saya tidak bersetuju adanya tarian wanita jika nama saya dikaitkan sekali dengan produksi tersebut dan dalam situasi ini merujuk kepada kapaisti saya selaku penulis skrip. Maka, saya mengambil keputusan setelah melalui pelbagai pertimbangan untuk meletak jawatan yang saya kira langkah ini lebih baik dari membuat persengketaan dan permusuhan. Alhamdulillah, tiada persengketaan dalam Topaz dan hubungan yang erat masih terjalin.

Balik semula kepada pertandingan. Dalam isu ini, saya tidak sama sekali bersetuju dengan tindakan MCC memasukkan pertandingan ini dan hal ini sudah saya nyatakan kepada yang berkenaan. InsyaAllah mungkin nanti ada pembaharuan. Namun, fokus kini berpindah kepada pertandingan yang terpaksa dihadapi ini. Dan secara logiknya setelah semua junior lelaki memasuki pertandingan dikir barat, pasti yang tinggal perempuan sahaja untuk menyertai pertandingan tarian ini.

Saya tidak mahu sentuh soal prinsip. Prinsip saya jelas. Saya tidak mahu ada kaitan. Soal hukum saya tidak berani sentuh. Dangkal dan masih mencari. Saya mahu sebut tentang realiti. Itulah yang terpaksa dihadapi. Disebabkan tarian dan dikir barat diselang-seli, secara tak langsung tarian itu ditonton sekali. Masih ada pilihan. Keluar,tunduk atau terpulang pada kebijaksanaan diri. Saya memilih yang kedua di samping berbual dengan Barisan Tertinggi JMJ. Sesekali melihat juga. Ada yang mempersembahkan seni tari dengan penuh bersopan. Menepati temanya iaitu tarian tradisional. Gerakan yang sedikit dan tidak berlebihan disulami dengan pemakaian yang cukup syarat menutup auratnya. Tak ketinggalan yang seolah gagal memahami apa itu maksud tradisi. Berpakaian ketat dengan gerak tari yang berlebihan.

Takdir Ilahi, pasukan yang dinyatakan sebelumnya yang menang. Moga dijadikan parameter oleh pasukan lain bahawa seni tari ini tidaklah diukur dengan ketatnya pemakaian atau lenggoknya gerakan, tapi kesantunan dan kehalusan yang dipaparkan.

Aah. Jauh sudah saya berbicara terkeluar dari niat asalnya. Niat ingin menyentuh mengenai isu baca doa yang heboh dibicarakan (saya hanya mengetahui isu ini melalui blog. tak tahulah tahap mana hebohnya). Isunya seolah-olah MUSCOM yang baru ini menolak untuk membaca doa dalam majlis di atas. Saya bertanya kepada seorang MUSCOM yang berjawatan, beliau mengatakan beliau tidak tahu pun mengenai isu ini. Tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh pihak atasan untuk "membanned" majlis ini.

Saya berfikir dan membuat analisa sendiri. Saya melihat hal ini berlaku lebih kerana salah faham antara pihak yang terlibat. Selaku penganjur, haruslah memahami bahawa setiap orang akan sibuk pada malam itu dengan pasukan masing-masing. Dan hal ini memang berlaku. Lihat sahaja surau selepas maghrib. memang sunyi sepi lantaran setiap pasukan melakukan persiapan terakhir. Jadi isu mengenai "pembannedan" ini saya rasa hanyalah satu salah faham lantaran dari kesibukan insan yang dimaksudkan dengan komitmen kepada pasukannya. Satu contoh yang jelas. Rakan sechalet saya, Afzal. Beliau merupakan presiden MCC. Dan pada program ICAN yang lalu, setiap majlis pasti beliau yang dijemput membaca doa. Mengapa Afzal tidak membaca doa dalam majlis ini? Seperti yang saya nyatakan, komitmen beliau kepada pasukannya perlu diutamakan. Dalam hal ini pihak penganjur sewajarnya mencari orang yang tiada komitmen. Contohnya , mantan Rexco (sekadar gurauan).

Yang berdiam tidak semestinya salah. Yang berkata tidak semestinya benar. Analisa dahulu sebelum setiap kata-kata diterjemahkan. Kisah ini mengingatkan saya sebuah majlis di mana saya harus membaca doa. Hati saya menolak. Setelah mendapat khidmat nasihat seorang teman, saya berdoa agar manusia dalam majlis itu dijauhi dari melakukan kemaksiatan, dilembutkan hatinya kepada Tuhan. Wallahua'lam