BANGSAWAN

Alhamdulillah. Aku sudah kembali ke rumah. Wajib pulang sempena Tahun Baru Cina. Niat di hati memang tidak mahu pulang tapi apakan daya. Puasku pujuk Puan Rog disuruh juga pulang. Yelah..tiada cikgu yang tinggal untuk menjaga. Dalam perjalanan pulangku semalam baru aku nampak apa hikmahnya diwajibkan balik. Nyata tidaklah apa yang Allah tetapkan itu sia-sia.

Selepas 24 jam aku membuat pengumuman melalui sms kepada committee Topaz, aku mengambil keputusan untuk membuat pengumuman melalui blog ini pula supaya semua pihak faham dan tidak mengaitkan sebarang keterlibatan aku lagi selepas ini.

(Ayat sms) - Assalamualaikum. Dengan ini aku meletakkan jawatan secara rasmi dari sebarang aktiviti bangsawan Topaz. Aku harap tiada sebarang perkaitan antara aku dan bangsawan Topaz. Nama penulis skrip pada committee bangsawan juga sudah ditukar. Semoga berjaya. Harap maklum. Yang benar, ariffad.

Itulah sms yang aku hantar kepada committee topaz. Sebab penarikan diri aku tidak perlulah aku nyatakan. Bimbang nanti timbul perpecahan dan pergaduhan. Biarlah aku menarik diri dari nanti menimbulkan pertelingkahan.
1 Response
  1. anaspauzi Says:

    knape??? nak tau gak, biar gaduh2, aku suke tengok, hehehe,

    eh silap, HAHAHA(nada jahat)

    wassalam