PENGUMUMAN TENSION

Semalam result keluar. Alhamdulillah. Aku bersyukur dan redha dengan apa yang aku dapat. Walaupon kena resit dua subjek, alhamdulillah salah satu subjek itu bukan biologi yang aku geruni. InsyaAllah jika tiada aral melintang, aku akan mengambil 11 kertas dalam peperiksaan Mei/Jun nanti.

Perkara-perkara yang berterusan mendatang membuatkan aku sangat tertekan. Nak dikatakan kerana result, tidak rasanya. Aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku dapat walaupon bagi sesetengah orang result itu agak teruk.

Sejajar dengan pengumuman nama SC yang baru tidak lama lagi, aku mengambil keputusan membuat pengumuman penting.

Dengan ini, aku melepaskan semua jawatan yang aku pegang (Religious Exco SC dan juga penulis skrip Bangsawan Topaz) berkuatkuasa selepas pengumuman SC baru. InsyaAllah aku akan terus membantu SC baru menjalankan tugas terutamanya menyempurnakan misi palestin yang sedang aku usahakan. Namun, aku mengambil keputusan untuk menarik diri dari Bangsawan Topaz dan mengisytiharkan bahawa skrip itu TIDAK ditulis oleh aku sebaliknya orang lain dalam Topaz yang tak perlu aku namakan. Maka segala perkara berkaitan skrip itu, aku berlepas diri darinya dan semoga Allah melepaskanku di akhirat kelak.

Perlepasan segala jawatan ini bagi memberi ruang kepada aku untuk lebih fokus dalam pelajaran aku yang makin mencabar dan berbaki 4 bulan sahaja lagi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku selepas ini InsyaAllah.
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    mOGA2 penggantikamooo buat keje betul2...dan bleh upgrade kan lagi pemahaman bdk2 ky kan...


  2. LoNgJaR Says:

    salam ariff..
    kuatkan semangatmu..
    Allah sentiasa bersama org2 yg sabar.. (^_^)