PERTUKARAN LAGI

Menjelang tahun 2008 hari itu, aku telah menukar host untuk blogku dari blogdrive ke blogspot. Setelah masuknya tahun 2008 pula, aku telah menukar nombor telefon bimbitku yang sebelum ini telah hampir 3 tahun aku gunakan api masih lagi menggunakan telco yang sama iaitu celcom.

BANGGAKAN GURU ANDA

Bagaimana perasaan seorang guru bila anak muridnya berjaya? Suatu perasaan yang ramai di antara kita tidak dapat mengecapinya. Sewaktu Allah mengurniakan kejayaan kepadaku dalam setiap peperiksaan; UPSR, UPSRA, PMR, SMA dan SPM aku gembira dan bersyukur dari sudut seorang pelajar, bukan seorang guru. Melihat senyuman manis yang terpancar dari wajah seorang guru, sukar untuk ditafsir.

Alhamdulillah, kali ini Allah mengurniakan aku perasaan itu. Cuti sewaktu menunggu untuk masuk ke kolej tahun lepas yang telah aku gunakan sedikit untuk mengajar subjek Geografi peperiksaan PMR sewaktu kelas tambahan ternyata tidak sia-sia.

Alhamdulillah, ramai yang mendapat A untuk subjek Geografi walaupun berada di kelas yang hujung-hujung. Jika ditanya PMR dapat berapa? Jawabnya pasti begini : "2 je abg aji.Pendidikan Islam dengan Geog". Walaupun hanya sedikit ilmu yang dapat kucurahkan dek keterbatasan waktu, aku dapat merasa satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Sebelum terlupa, tahniah diucapkan kepada Aisyah yang berjaya menjadi pelajar terbaik Pahang sekaligus menempatkan diri dalam kalangan pelajar terbaik Malaysia. Semoga kecemerlangan berterusan walaupun khabarnya mahu menyambung pengajian di KISAS.

Konklusinya, banggakan guru anda dengan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.(Motivasi buat diri setelah mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan dalam peperiksaan baru-baru ini)

Shopping

Selepas solat jumaat semalam aku bergerak ke bandar untuk membeli pelbagai barangan. Maklumlah, dah nak balik kolej.(kerja rumah tak buat pon lagi). Destinasi pertamaku ialah ke Kompleks Teruntum. Sebuah kompleks yang sepi tanpa ramai pengunjung.

Setelah berjalan-jalan akhirnya aku menemui kedai sukan. Bet pingpong berharga RM 40. Fuuh. Mahal tu. Setelah mengayat kakak di kedai itu, akhirnya aku membayar RM40 untuk bet pingpong dan sekotak bola yang berharga RM7. Bolehlah tu.

Setelah itu, aku membeli majalah i bulan Januari. Niat di hati nak membeli kasut baru. Kasut yang aku beli baru-baru ini sudah rosak.(Baru pakai sehari dah rosak). Tengok harga kasut. Fuuh. Semuanya melebihi seratus. Kasut-kasut kulit rupanya. Patutlah mahal. Terbantut niat nak beli kasut.

Selepas itu aku ke CIMB untuk mendapatkan internet e-pin. Akhirnya aku ke kedai kasut semula. Beli jelah kasut tu. Malas dah nak cari lain. Akhirnya aku membeli sepasang kasut yang berharga RM 108. Tak pernah aku beli kasut mahal macam ni. Biasanya aras RM60 je. Aku harap kasut ini dapat bertahan lama sesuai dengan harganya. InsyaAllah.

Keluar dari Kompleks Teruntum aku menuju ke Kuantan Parade. Bersebelahan je. Membeli beberapa batang pen seterusnya aku ke kedai buku. Apa lagi. Boronglah. Perbahasan mengenai negara Turki oleh Dr Abdullah Azzam dan 2 buah buku tulisan Abdullah al-Qari haji Salleh. Entah bilalah nak baca. Buku dulu pun tak terhabis baca lagi.

Setelah bosan di Kuantan Parade, aku ke Saba Islamic Media. Depan Kuantan Parade je. Lama tak berbual dengan Pak Cik Rosli(manager Saba Kuantan) dan kak Ziela(yang jaga kedai). Setelah lama berbual, aku mendapatkan sebuah dvd ceramah Sheikh Yusuf Estes(bekas paderi) untuk tayangan sempena ICAN(Islamic Cultural Arts Nights) berkenaan isu hak sebagai seorang muslim.

Memandangkan waktu asar sudah hampir, aku terus ke Masjid Indera Mahkota. Selesai solat, aku ke pasar malam. Banyak juga aku membeli. Langsung tak bimbang dengan peristiwa yang berlaku(rujuk entri sebelum ini).

Setelah puas membeli-belah di pasar malam, akhirnya aku teringat pesan emak yang menyuruhku membeli telur dan juga susu untuk adikku. Setelah membeli apa yang dipinta, akhirnya aku pulang ke rumah dan mengira perbelanjaanku sepanjang petang ini.

Lebih RM300!!!!.Apakah???OMG


RAGUT

Semalam lepas puas shopping di kompleks teruntum dan Kuantan Parade aku pergi ke pasar malam Indera Mahkota. Niat di hati nak membeli ice blend Cappucino. Best tu.(Kalau kat Starbucks harga cecah belas-belas. Rasa lebih kurang je).

Jalan punya jalan tak kelihatan pon gerai menjual ice blend. Minggu lepas aku membelinya di pasar malam Cenderawasih. Ingatkan ada juga di pasar malam ini namun malangnya tiada. Huhu.

Ketika membeli air soya, terdengar deruman kuat enjin motosikal diselangi jeritan seorang perempuan. Rupanya, mak cik cina itu diragut. Mujur penjenayah tidak dapat melarikan rantai leher mak cik itu yang jatuh ke jalan raya bersama telefon bimbitnya.

Penjenayah itu dikejar oleh beberapa pemuda bermotor(kan lagi bagus kalau Pemuda UMNO suruh Mat Rempit jaga tempat-tempat macam ini. Kejar peragut ke. dari hantar ke Kutub Utara la apala). Tak tahulah dapat ke tidak tangkapnya.

Setelah melihat sendiri kejadian yang berlaku di depan mataku itu, aku berasa bimbang. Bimbang dengan tahap keselamatan yang semakin tidak terjamin dek lemahnya pegangan dan penghayatan terhadap agama oleh individu.

Apapun kepada para muslimat(muslimin sekali kot), usahlah tonjolkan kekayaan ketika ke luar dari rumah. Kalau nak sangat pakai barang kemas ke apa ke pakai dalam bilik sudahlah. Bahaya.

DODOL

Hujung minggu yang lepas, mak mengajak pulang ke kampung. Aku sendiri sudah lama tidak pulang ke kampung. Kali terakhir pulang ketika raya aidilfitri.

Sepanjang perjalanan, aku melihat kesan tinggalan banjir. Tumbuhan mati, jalan raya rosak etc. Tidak kurang juga terdapat ramai orang yang mengambil peluang menjala dan memancing di parit-parit dan longkang-longkang besar di tepi jalan. melihat kepada hasil tangkapan mereka, boleh tahan juga. ezeki Allah sempena musim banjir.

Antara tujuan utama emak mengajak pulang ke kampung adalah untuk mengacau dodol. Nak belajar resipi membuatnya daripada tok katanya. Lantaklah. Pagi ahad itu agak sibuk juga. Setelah memerah santan dan mengacau dodol buat seketika(cair lagi), aku ke bandar Rompin bersama tok dan ibu saudaraku untuk membeli sedikit barang keperluan.



Setelah pulang dari bandar, bermulalah tugas yang sukar. Dodol mula mengeras dan sukar dikacau. Setelah berhempas pulas dengan tenaga yang ramai, akhirnya siaplah proses pengacauan dodol yang bermula seawal 8 pagi menjangkau ke 4 petang.

Akhirnya, makanlah dodol.