Selepas solat jumaat semalam aku bergerak ke bandar untuk membeli pelbagai barangan. Maklumlah, dah nak balik kolej.(kerja rumah tak buat pon lagi). Destinasi pertamaku ialah ke Kompleks Teruntum. Sebuah kompleks yang sepi tanpa ramai pengunjung.
Setelah berjalan-jalan akhirnya aku menemui kedai sukan. Bet pingpong berharga RM 40. Fuuh. Mahal tu. Setelah mengayat kakak di kedai itu, akhirnya aku membayar RM40 untuk bet pingpong dan sekotak bola yang berharga RM7. Bolehlah tu.
Setelah itu, aku membeli majalah i bulan Januari. Niat di hati nak membeli kasut baru. Kasut yang aku beli baru-baru ini sudah rosak.(Baru pakai sehari dah rosak). Tengok harga kasut. Fuuh. Semuanya melebihi seratus. Kasut-kasut kulit rupanya. Patutlah mahal. Terbantut niat nak beli kasut.
Selepas itu aku ke CIMB untuk mendapatkan internet e-pin. Akhirnya aku ke kedai kasut semula. Beli jelah kasut tu. Malas dah nak cari lain. Akhirnya aku membeli sepasang kasut yang berharga RM 108. Tak pernah aku beli kasut mahal macam ni. Biasanya aras RM60 je. Aku harap kasut ini dapat bertahan lama sesuai dengan harganya. InsyaAllah.
Keluar dari Kompleks Teruntum aku menuju ke Kuantan Parade. Bersebelahan je. Membeli beberapa batang pen seterusnya aku ke kedai buku. Apa lagi. Boronglah. Perbahasan mengenai negara Turki oleh Dr Abdullah Azzam dan 2 buah buku tulisan Abdullah al-Qari haji Salleh. Entah bilalah nak baca. Buku dulu pun tak terhabis baca lagi.Setelah bosan di Kuantan Parade, aku ke Saba Islamic Media. Depan Kuantan Parade je. Lama tak berbual dengan Pak Cik Rosli(manager Saba Kuantan) dan kak Ziela(yang jaga kedai). Setelah lama berbual, aku mendapatkan sebuah dvd ceramah Sheikh Yusuf Estes(bekas paderi) untuk tayangan sempena ICAN(Islamic Cultural Arts Nights) berkenaan isu hak sebagai seorang muslim.
Memandangkan waktu asar sudah hampir, aku terus ke Masjid Indera Mahkota. Selesai solat, aku ke pasar malam. Banyak juga aku membeli. Langsung tak bimbang dengan peristiwa yang berlaku(rujuk entri sebelum ini).
Setelah puas membeli-belah di pasar malam, akhirnya aku teringat pesan emak yang menyuruhku membeli telur dan juga susu untuk adikku. Setelah membeli apa yang dipinta, akhirnya aku pulang ke rumah dan mengira perbelanjaanku sepanjang petang ini.
Lebih RM300!!!!.Apakah???OMG
wui kaya ko..hahaha
aku nk gna skt ayat2 dlm blog ko nih..hrp ko bg la ek
gunala