KERDILNYA DIRI

Teringat aku kisah yang terjadi sewaktu End Of Sem Dinner hari itu. Saat itu Puan Raha datang ke "gerai" naan dan tandoori kami dan kami memintanya untuk membawa balik sedikit naan dan tandoori memandangkan jumlahnya yang agak banyak. Maka, beliau bersetuju. Ketika itu, beliau bersama Puan Ain.

Tiba-tiba kulihat ada airmata sebak yang dialirkan dari mata Puan Raha. Lantas, sebagai salah seorang penganjur kubertanya kepadanya apakah yang berlaku. Bimbang ada perkara yang mengguris hatinya.

Beliau mengatakan saat keluar dari dewan, beliau cuba menggapai belon. Hajat mahu dibawa pulang. Setelah cuba dicabut, tak berjaya. Saat itu, tersedar dirinya yang kerdil, lemah di sisi Allah. Aku yang mendengar kata-katanya terus terdiam. Sungguh menusuk kalbu. Begitulah kisah ringkas yang zahirnya ringkas tapi kesannya cukup mendalam. Wallahua'lam
1 Response
  1. Anonymous Says:

    MasyaAllah..pn raha..
    Insaf aku mmbacanya,,..