Alhamdulillah. Pada rabu yang lepas, telah berlangsung Interfaith Talk. Salah satu dari manifestoku yang aku tidak sebut ketika malam manifesto Student Council tetapi aku berjanji untuk melaksanakannya di dalam hati.
Barisan speaker pada malam itu cukup mantap melihat gabungan 4 speaker berbeza agama di atas pentas yang sama untuk membicarakan topik "Basis of Religious Belief". Pihak Kristian diwakili Mr Tan Yu Cai, Dekan di Taman Tun Dr Ismail Gospel, Hindu diwakili oleh Mr Thiruvasagam, Penasihat Malaysia Hindu Sangam, Miss Jamie Khoo mewakili agama Buddha, seorang penulis di Kechara Media and Publication manakala Islam diwakili Mr Shah Kirit, pengurus Saba Islamic Media. Majlis ini dipengerusikan sendiri oleh CEO KYUEM, En Ahmad Zakie bin Sharif.
Apa yang menarik sepanjang pembentangan setiap speaker ialah betapa banyaknya persamaan(similarity) antara agama-agama ini. Ironinya, mengapa masih ada pergaduhan, peperangan yang berlaku atas nama agama? Bak kata En Zakie ketikaku berbual dengannya setelah tamat majlis, "Religion should unite us".
Apapun, tahniah diucapkan kepada saudari Ili, pengurus projek ini kerana berjaya melaksanakan program yang begitu bermanfaat ini di sebalik pelbagai mihnah dan cabaran yang perlu ditempuhi. Diharap program sebegini berterusan di masa hadapan, insyaAllah.
Seperkara lagi, peperiksaan percubaan kian hampir menjelang. Doakanlah kejayaanku dan juga kejayaan kita semua dalam menempuh setiap ujian sama ada di dunia mahupun di akhirat.