ENTAHLAH

Saat ini Sofwah Hayati, seorang juniorku yang sekarang di tingkatan tiga berbicara denganku soal rakan-rakannya. Soal lunturnya akhlak, hilangnya nilai dan lemahnya penghayatan terhadap agama sedangkan dididik dan diasuh dalam biah solehah, persekitaran yang baik dan bebas dari maksiat.

Entahlah. Itu baru di peringkat sekolah. Tahap di mana ilmu agama dicurah-curah, dibenam ke dalam jiwa dan minda. Belum keluar ke dunia realiti sebenar. Kalau dahulu ke sekolah wajib bertudung labuh, lihat sahaja di luar berapa ramai yang masih bertahan apatah lagi hilang terus kain penutup mahkota di atas kepala. Kalau dahulu perhubungan masih dapat dikawal guru, lihat sahaja di dunia sebenar. Sudah hilang malu malahan bangga berpegangan tangan, berpelukan dan berciuman berdua-duaan.

Itulah realiti sebenar yang berlaku apabila kebanyakan produk-produk sekolah agama ini keluar ke dunia sebenar masyarakat. Produk yang diharap menjadi benteng kepada ummah bertukar menjadi pemusnah ummah. Entah apa silapnya. Sistem pendidikan yang tanpa penghayatan mungkin. Jika disentuh dari sudut kualiti pembelajaran, memang ternyata produk-produk sekolah agama sudah menunjukkan peningkatan yang mendadak. Mampu setanding malah lebih tinggi berbanding produk sekolah lain. Namun dari segi nilai,...Entahlah.

Mungkin sistem pendidikan ini perlu diubah. Lebih penghayatan dan lebih mendekati realiti masyarakat. Sudah cukup pedih hatiku melihat beberapa insan yang seperti malaikat ketika di sekolah, pandang perempuan pun tidak tapi saat keluar ke dunia sebenar, pantang nampak perempuan. Begitu juga sebaliknya. Entahlah.

P/s : Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis. Penulis tidak mengatakan seluruh produk yang dihasilkan begini tetapi hanya kebanyakan. Moga diambil pengajaran dan tauladan. Sebarang komen amat dialukan.
0 Responses