Lama tak menulis. Sudah hilang rasanya "skill-skill" menulis. Otak pun tidak lagi selancar dahulu menyusun kata dan bicara. Entahlah. Bukan kerna komitmen lain alasannya, cuma perasaan itu tidak ada untuk menulis. Ah. Malas sebenarnya. Lebih senang menjengah blog-blog mereka yang sentiasa dikemaskini. Herman, Zul, Haq dan lain-lain. Rajin sungguh mereka.
Tahun baru masihi baru sahaja dijejaki. Tahun 2010. Di Australia, ada perbahasan di akhbar sama ada mahu dipanggil "two thousan ten" atau "twenty ten". Berdasarkan sifat kemalasan orang Australia, maka "twenty ten" dijangka akan menjadi pilihan utama. Tunggu dan lihat.
Malam sambutan tahun baru, aku turut keluar dari rumah. Pertama kali rasanya turut sama dengan masyarakat di sambutan sebegini. Di Malaysia, sekali pun tak pernah pergi. Pada malam itu, aku bersama dengan ahli rumahku yang lain ke pantai Williamstown. Tak perlu ke bandar pun untuk menyaksikan bunga api memandangkan jarak pantai itu yang tidak jauh dengan bandar dan memang bunga api dipancarkan untuk dilihat dari segenap penjuru bandar.
Tak sangka ramai juga muda-mudi berkumpul di situ. Ingatkan semua mereka ke bandar. Tepat jam 12 tengah malam, bunga api kelihatan memancar-mancar di langit Melbourne. Walaupun hujan turun, masing-masing termasuk aku tidak berganjak dari menyaksikan keindahannya. Suasana mula berubah menjadi bising. Mereka mula menjerit-jerit, mengucapkan selamat tahun baru.
Di saat itu aku merenung dan berfikir. Aku tenung wajah-wajah kegembiraan mereka. Aku dengar laungan-laungan kegembiraan mereka. Nyata. Jiwa mereka kosong sebenarnya. Di sebalik kegembiraan menyambut tahun baru, nyata terselit kekosongan. Tahun baru adalah perayaan tanpa penghayatan. Dan nyata, memang sambutan tahun baru itu berlangsung tanpa penghayatan. Lain sekali suasananya ketika mereka meraikan krismas yang lalu. Kelihatan sambutan tahun baru adalah perayaan anak muda semata jika dibandingkan dengan krismas yang menyatukan keluarga.

"Lain sekali suasananya ketika mereka meraikan krismas yang lalu. Kelihatan sambutan tahun baru adalah perayaan anak muda semata jika dibandingkan dengan krismas yang menyatukan keluarga."
terbaik.aku suka.otak kau tak terkongkong =) ni anwar suke ni
arip.
hujan tu menyala ker bunga api??haha
agak r haq.ak suka gak.terbaek.
menyala la. kenapa? liberal sangat ke aku? haha