ENTAH APA TAJUKNYA

Entahlah. Betullah kot saya semakin liberal dalam pemikiran. Liberal dalam erti kata melihat dari semua aspek terlebih dahulu dalam menilai sesuatu perkara jika dibandingkan sebelum ini yang jika dilihat ia bertentangan dengan norma sejagat, terus dikatakan salah. (merujuk kepada kebiasaan dalam setiap proses kehidupan)

Pelbagai reaksi dan komen dibangkitkan berkaitan End of Sem Dinner. Sekadar secara umum, saya akan cuba menjelaskan keadaan berdasarkan pemikiran "liberal" dan atas kapasiti seorang yang melihat bukan seorang yang berjawatan.

Isu pemisahan tempat duduk antara lelaki dan perempuan. 11 tahun saya di sekolah agama.6 tahun pertama mungkin tidak signifikan untuk didiskusikan sebaliknya 5 tahun terakhir wajar diberi perhatian. Apa yang berlaku di sekolah-sekolah agama? Guru akan mengawal pelajar sepenuhnya. Perhubungan antara lelaki dan perempuan begitu terbatas. Pendidikan keagamaan usah cakaplah. Tapi, lihatlah hasilnya. Sistem kawalan ketika zaman persekolahan sekadar diaplikasikan pelajar ketika di dalam sekolah. Apabila di luar? Apabila habis zaman persekolahan? Cukuplah. Sedih untuk saya menyambung isu ini. (bukan semua yang dimaksudkan sebaliknya merujuk kepada pihak yang berkaitan semata-mata).

Lihat sejarah. Ok. Fine. Asingkan seperti majlis hari raya yang lepas (walaupun masih terdapat yang terlepas). Memang ketika majlis tiada apa-apa. Tapi selepasnya bagaimana? Adakah disebabkan pengasingan dijalankan maka selepas itu tiadalah yang lelaki sibuk bergambar dengan perempuan? Balik semula kepada realiti. Adakah mereka yang suka duduk bersama-sama ini mengasingkan diri mereka dalam amalan kehidupan mereka yang lain? Di kafe umpamanya. Entahlah. Saya melihat pengasingan ini hanya akan menghasilkan manusia munafik. Masa inilah sewajarnya masa yang sesuai digunakan untuk melihat "target group" unyuk diatasi masalah mereka. Tiada maknanya jika kita sekadar meluahkan kata menghina dan mencerca di dalam blog yang sama sekali tidak mereka baca sebaliknya tidak melakukan apa-apa di hadapan mereka untuk diatasi masalah ini.


Isu seterusnya. Aktiviti selepas berakhirnya acara. Kelihatan berlaku sedikit kesalahfahaman dalam isu ini. Benar seorang sahabat ada menghubungi saya dan ketika itu kami sedang sibuk berkemas. Jawapan yang diberi bukanlah atas nada serius sebaliknya bernadakan jenaka. Mungkin juga saya yang tersalah bicara. Tapi, mengapa tidak anda mengulas tentang tindakan yang diambil? Puan Halijah turun lebih awal ke tempat kejadian. Pak cik mak cik guard menjalankan rondaan "intensif". Setiap kelas di New Block dijelajah untuk mengesan apakah masih ada manusia yang berbaki. Jika benar itu kata yang diungkapkan oleh seorang pak guard, pasti ada lebih ramai "guards" yang menjalankan tugas mereka dengan dedikasi. Dan untuk pengetahuan anda juga, pihak pengurusan kolej telah menyusun jadual bertugas untuk guru-guru meronda pada malam tersebut. Dan, Puan Halijah dan Puan Rog "bersantai" di padang sambil "bermusafir" ke chalet-chalet sehingga jam 2 pagi bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.


Isu seterusnya. Persembahan. Tiada rehearsal penuh dijalankan sebenarnya. (merujuk kepada full dress rehearsal). Dan selepas berakhirnya majlis, pihak atasan kolej telah menegur kepada yang terlibat supaya menghormati kod etika pemakaian di masa yang mendatang. Dan memang, saya sendiri tidak menggemari sesetengah persembahan yang dipersembahkan. Sekali lagi, hak untuk memilih terletak di tangan masing-masing. Saya sendiri keluar berbual di luar dewan pada sesetengah persembahan yang saya rasakan tidak kena dengan jiwa.


Saya merasakan setiap insan yang bergelar muslim di kolej ini mempunyai asas agama yang baik ie ada ilmu. Saya cukup pasti paling rendah pun dapat Pendidikan Islam ialah B3. Namun soalnya di sini, kesedaran, pengaplikasian terhadap ilmu serta hidayah Allah. Hendak dikatakan tiada ilmu, tidak. Aplikasi atau tidak dan hidayah dari Allah sahaja yang menentukan. Sesuaikah prinsip kawalan dilaksanakan? Satu persoalan yang membingungkan dan pahit untuk dijawab berdasarkan pengalaman hidup saya dan rakan-rakan yang lain. Renung surah al-Jasiah ayat ke-23.


Apapun, terpulang kepada anda yang berkata adakah untuk terus berkata yang kata-kata itu tidak sampai kepada sasaran yang dituju atau "turun" berkata di hadapan masyarakat yang mungkin alpa dan lupa. Tak berani? Bukan tugas anda? Confirm tak berjaya? Pernahkah anda mencuba??? Tepuk dada tanya iman. Marilah kita memikirkan solusi atas isu ini. Bagaimana untuk didakwahkan golongan-golongan yang terlibat. Apa gunanya beribu dalil dikeluarkan ketika tazkirah asar dan subuh jika insan yang menjadi sasaran bicara tidak mendengar tazkirah yang disampaikan? Renungilah surah ali-imran ayat ke-159. Wallahua'lam.


Disclaimer : Pendapat peribadi penulis. Ditulis atas kapasiti penulis sebagai seorang pemerhati bukan atas mana-mana jawatan dunia.
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    TQ atas teguran yg diberkan. Sy mengaku ade bahagaian post sy tidak berapa elok dan tidak appropriate. namun, satu persoalan timbul. Adakah anda cube katakan pengasingan yg cube dilakukan tidak ade ape2 signifikan? fikirlah balik. mungkin benar org yg same boleh buat ape2 yg mereke suke selepas event tu. tp skrg2nye SEMASA event tu terjage gak sket2. Kalo lah tyme hisab nanti Allah tnye, sbgi seorang yg terlibat dalam penganjuran event tu, ape yg anta lakukan untuk mencegah terjadinye prkre2 yg tak elok? ape nak jawab? "sy tak wat ape2 semase event. Sebab kalo wat ape2 pon, nanti lepas event deyorang leh wat gak ape yg deyrang nak." rase2 jawapan nie allah terime tak? ingat, Allah menilai usaha, bukan hasil.

    Maaf kalo ade bahagian yg kurang menyenangkan dalam komen ini. Sy hnye cbe menyuarakan pendapat diri yg kerdil. kerna sesungguhnye sy turut turun same brsame MUSCOM malam tu. tapi, jelas sekali, Muscom tak mampu buat ape perubahan yg signikan. Kalaulah Umar Al-Khattab masih ade.. tak ke hebat Islam sekarang.. kenape la sy nie penakut.. tahu marah je, tapi penakut.. huhu..


  2. ad Says:

    benar ada signifikasinya di situ. sama sekali tidak saya nafikan. persoalan yang ingin saya bangkitkan bukanlah langkah jangka pendek ie short term sebaliknya langkah jangka panjang ie long term yang mana langkah ini lebih memberi impak. masalahnya kita gagal untuk menjalankan langkah long term itu dan mengharapkan hasil yang maksima dari langkah short term di mana langkah yang diambil ini sama ada membuahkan sedikit sahaja kejayaan atau di dalam lebih banyak kejadian menyebabkan impak yang lebih buruk.

    Saya masih teringat kata-kata seorang teman. Yang sampai sekarang saya masih berpegang walaupun sudah lama tidak berteman dengannya. "Kita tak boleh nak runtuhkan panggung wayang. Apa yang kita boleh buat ialah biarkan panggung wayang itu runtuh sendiri dengan dididik manusia yang pergi ke situ". Tambahan saya, "Kita tak boleh nak runtuhkan panggung wayang. Tapi kita biarkan panggung wayang itu dipenuhi produksi dan penerbitan yang islami". Jadi bagaimana perkara ini hendak dicapai? Tidak lain tidak dengan mentarbiyah dan mendidik generasi dan insan yang terlibat dalam industri ini agar akhirnya nanti mereka menghasilkan produksi islami.