Majlis dirasmikan oleh ADUN Bukit Saban. Setelah perasmian, majlis penyerahan anak angkat dijalankan sekali lagi. Kali ini secara formal. Walaupon terdapat sedikit kekeliruan di mana ada anak-anak angkat yang sudah “lupa” akan keluarga angkatnya, majlis berlangsung dengan jayanya.
Setelah itu, jamuan ringan disediakan dan kami berangkat ke rumah keluarga angkat masing-masing. Tiba waktu makan tengah hari, semua menjamu selera dengan begitu berselera sekali mungkin jarang merasa cara masakan orang
Jam sudah menjengah 1320 tetapi keluargaku yang muslimat masih belum siap. “Weh, cepatla. Dah lambat ni. Kata kena ada kat sekolah 1330,”begitulah antara leteran yang kedengaran dari pihak muslimin. Akhirnya, mereka berjaya juga bersiap dan kami berjalan dengan begitu laju ke sekolah dan akhirnya berjaya tiba jam 1335. Setelah itu, kami dibahagikan kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan kekal di sekolah rendah manakala satu kumpulan lagi terpaksa bergerak ke sekolah menengah untuk bengkel bahasa inggeris. Dan aku, menjadi insane yang terpilih untuk bergerak ke sekolah menengah yang jaraknya sayup mata memandang.
Di dalam kelas, aku
Setelah tamatnya kelas, pihak sekolah menyediakan jamuan ringan di dewan makan. Aku mengambil peluang untuk duduk bersama pelajar-pelajar dan berbual bersama mereka di samping berkenalan.
Petang itu, aku, Safwan dan Sayed mengambil peluang dari kekosongan waktu dengan meronda kampong(Muslimat tak balik lagi dari sekolah rendah time tu). Kami berjalan melihat Tamparuli(jambatan gantung), sawah padi, rumah orang Iban dan juga dusun. Setelah puas meronda, jam sudah menunjukkan Maghrib hampir menjelang sedangkan malam itu kami sepatutnya berada di Masjid untuk mendengar Kuliah Maghrib oleh wakil JAKIM. Setelah solat Maghrib dan makan malam, barulah kami bertolak beramai-ramai(termasuk muslimat dan Wan)(Wan menyertai hampir semua aktiviti Bakti Kenyalang kecuali lawatan ke rumah panjang) ke masjid. Setibanya di masjid seperti yang dijangka, kuliah sudah lama bermula.
Kuliah menyentuh isu persaudaraan tanpa mengenal batasan geografi. Setelah tamat kuliah, solat Isya’ didirikan dan jamuan ringa disediakan. Hujan mula turun sewaktu jamuan disediakan menyebabkan ramai yang tidak berkenderaan memikirkan mekanisma untuk bergerak ke dewan sekolah menengahuntuk sesi tayangan video bersama pelajar di
Video yang disediakan oleh penuntut
Setelah tamat tayangan video, sekali lagi jamuan ringan disediakan. Setelah itu, ada yang memilih untuk pulang ke rumah dan ada yang memilih untuk tidur di masjid sahaja memandangkan Qiamulail akan diadakan pada malam itu.
Post a Comment