Program pagi ini bermula jam 8. Majlis dimulakan dengan sesi ayangan video motivasi yang diacarakan oleh saudari Salbiah. Setelah itu, majlis diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan dalam bahasa
Majlis diteruskan dengan sesi forum kecemerlangan pendidikan. Dipengerusikan oleh saudara Zaim bersama ahli panel yang tidak asing lagi iaitu saudara Yahya, saudari Fatimah dan Amie. Majlis menjadi sedikit riuh-rendah apabila persoalan emosi diutarakan.
Tamat sesi forum, jamuan ringan disediakan. Setelah itu, kami berkumpul sekali lagi di dewan dan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk sesi latihan dalam kumpulan. Sepanjang LDK, kami dapat menyelami dengan lebih dekat perasaan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan menggunakan pengalaman yang ada untuk menyelesaikan masalah mereka.
Terlalu asyik berbual sehingga tidak menyedari jam sudah melewati 1215. Kami bergegas pulang ke rumah mempersiapkan diri untuk bergerak ke rumah panjang. Tepat jam 1330, peserta Bakti Kenyalang berhimpun di SK Spaoh menaiki van ke rumah panjang Penom di Bukit Saban.
Keletihan yang tersimpan sepanjang program dilepaskan di dalam van dengan semua peserta tidak melepaskan peluang tidur di dalam van. Lebih dari sejam juga perjalanannya. Akhirnya, kami tiba di rumah panjang. Memang sangat panjang rumahnya. Jarak dari rumah pertama hingga ke rumah terakhir beratus tapak kaki juga. Setelah mendengar taklimat, kami mula memasuki satu rumah di rumah panjang. Rumah ini pon panjang juga.(panjangxlebar sangat panjang).
Menikmati air kotak dan Apollo layer cake yang disediakan oleh pihak rumah panjang, kami mengambil gambar bersama kayu terkeras di dunia(kayu berlian), tajau(tempat menyimpan abu mayat) dan juga egkorak haiwan(apesalla tengkorak manusia diorang sorokkan).
Setelah itu, kami bertolak pulang ke Kg.Spaoh. Perjalanan terasa singkat. Tak sampai setengah jam dah sampai. Hairan betul. Kami diturunkan di SK Spaoh dan lanas bergerak ke Dewan Serbaguna Kg. Spaoh untuk sesi raptai bagi malam kebudayaan. Untuk persembahan dikir barat, Bas sebagai ketua membuat beberapa perubahan bagi memastikan kejayaan persembahan pada malam tersebut.
Hujan lebat malam itu namun dewan serbaguna Kg.Spaoh dipenuhi oleh penduduk kampong yeng terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Dimulakan dengan ucapan yang berbunga-bunga oleh presiden MUSCOM iaitu Afiq. Setelah ucapan, majlis diserikan dengan persembahan pantomin Badai Bakti Kenyalang yang menceritakan keperitan dan kepayahan yang terpaksa ditempuhi bagi menjayakan misi yang hampir mustahil, Bakti Kenyalang. Sesudah berpantomin, tibalah giliran orang Kg.Spaoh membuat persembahan. Persembahan tradisional Mukoi. Memang sungguh menarik sekali. Selepas itu, tampil kumpulan nasyid KYUEM menyampaikan dua buah lagu dengan diiringi minus one. Diselangi tarian ngajat oleh kanak-kanak Kg.Spaoh, bacaan sajak yang meruntun hati oleh Zaim dan baan sajak oleh seorang kanak-kanak Kg.Spaoh yang hanya berumur 4 tahun tetapi mampu menggoncang jiwa mereka yang mendengar. Majlis tiba ke klimaksnya dengan persembahan dikir barat. Mendapat tepukan yang gemuruh hingga ergema dewan, persembahan malam itu cukup menarik walaupon kurang latihan.
Setelah tamat semuanya, sesi penggambaran dan mengemas dewan mengambil tempat. Hujan masih belum berhenti. Bimbang dengan keselamatan, muslimat diarahkan untuk pulang dengan Mr. Amran. Sementara aku, Safwan, Sayed dan Wan berseronok-seronok meredah kegelapan malam bermain hujan.
Post a Comment