BAKTI KENYALANG DAY 6

Hari ini hari terakhir kami di bumi kenyalang. Pagi itu, kami dibawa dengan bas ke Kuching Waterfront. “Okay. Semua boleh shopping. Tapi 1330 dah kena ada kat sni balik,” ujar Iqtidar yang kecewa tidak dapat memandu bas. Aku, Fikri, Aiman, (Afiq,Anas,Iqtidar dan Jepah) Muscom berjalan bersama-sama. Akhirnya kami menemui sebuah restoran yang menarik. Chicken Hartz. Apa lagi. Makan secukup rasa la. Setelah sejam setengah melantak, barulah kami meneruskan perjalanan membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke semenanjung. Lebih 300 juga duitku terbang.

Setelah puas membeli-belah, kami akhirnya menaiki bas semula untuk ke Lapangan Terbang Kuching. Sebagai orang yang menaiki Flight terakhir, aku terus mencari suratkhabar kerana kebosanan. Rupa-rupanya suratkhabar kat Sarawak ni mahal. Tidak lama kemudian, Ust Malikie mengkhabarkan Flight 4 di delay. Flight kami yang sepatutnya berlepas jam 2035 ditangguh kepada jam 2225. Ketika di surau untuk solat maghrib, ketua flight 4 iaitu Jepah ula mengkhabarkan flight kami didelay lagi ke jam 0015. “Bumi Kenyalang tak sanggup melepaskan kami,” kata Hypo Tuff, satu-satunya pemain bola yang memakai jersi Malaysia di lapangan terbang.

Setelah menimbang barang dan mendapatkan boarding pass, kami mendapat 2 khabar gembira. Pertama, flight kami dijadualkan jam 2225. Kedua, sebagai gantirugi, Air Asia memberi baucar makan percuma. Apa lagi. Makanlah. Dah percuma. Bukan setakat kami, flight 3 yang dijadual berlepas lebih awal dari kami juga ditangguhkan penerbangannya.”Memang terbuang,” kata Abuya Topup. Setelah menikmati makan malam, kami berbual-bual untuk merapatkanlagi silaturrahim.

Akhirnya, kami masuk ke tempat menunggu. Sekali lagi, penerbangan ditangguhkan selama setengah jam.”Beri baucar makan free lagi la,”ujar Izuan Pilus yang pilu dengan warkahnya yang berlagu. Akhirnya, kami berlepas jam 2255 dan selamat tiba di LCCT sekitar jam 1 pagi. Setelah semua tiba, mereka yang berhasrat untuk pulang dan bermalam di kolej bergerak ke bas yang sudah menunggu sejak sekian lama. Akhirnya, setelah berhenti seketika di R&R Dengkil, kami tiba juga di kolej sekitar 4 pagi.

Apapon, kembara ini tidak akan berjaya tanpa adanya pengorbanan. Tiada kejayaan tanpa kesakitan. Suatu program yang secara logiknya hampir mustahil untuk dilaksanakan akhirnya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada pihak MUSCOM yang berjaya menyusunatur program serta mencari sumbangan yang begitu banyak sehingga kami(para peserta) hanya perlu membayar tambang kapal terbang juga. Tidak lupa kepada para penyumbang yang jasamu hanya Allah mampu membayarnya, para peserta bakti kenyalang, orang-orang kampong dan keluarga angkat yang begitu ramah mesra serta semua pihak yang terlibat. Jazakumullahu khairan katsira.

Akhirnya, marilah kita sama-sama merenung adakah telah tercapai misi kita untuk berbakti di bumi kenyalang atau apakah kita yang “dibakti”.


NB: dah tak boleh nak isi gambar.banyak sangat dah letak. nak tengok gabar-gambar lain sila ke friendster

1 Response
  1. Sabri Says:

    Salam.. best jugak bace blog ko ni.. dan aku harap la agar program bakti kenyalang tersebut membuka minda dan pemikiran anda anda semua ttg org2 di sarawak.. nak tau, org yg tak pernah pg sarawak fikir kami masih tinggal atas pokok, guna cawat dan mcm2..
    btw, aku bangga jadi anak jati Spaoh dan masa program ni, aku ade kat kg.. hehehe..