Selesai bersarapan, seperti biasa kami terlambat untuk majlis seterusnya. Sepatutnya 7.30 pg sudah berada di sekolah rendah tetapi sekitar 8.10 baru kami tiba. Mujur aku terjumpa kanak-kanak kampong di pertengahan jalan lantas mengajak mereka bersama untuk aktiviti sukaneka. Dapatla “cover” sikit lewat tu.
Pagi itu, ada dua acara penting. Sukaneka dan kenduri rakyat. Aku termasuk golongan yang terpilih untuk mempersiapkan kenduri. Tugas asal membantu pasukan ayam beku memisahka ayam yang beku. Rupanya ayam beku itu cukup bersatu padu. Hingga terkeluarlah ucapan dari
Kepenatan dengan pelbagai kerja kenduri, aku “melarikan diri” seketika ke tempat sukaneka dilangsungkan. Saat itu, “Sarong Soccer” sedang berlangsung. Mengambil alih tugas
Tamat perlawanan, kerja kenduri bersambung. Masih banyak yang belum selesai. Pasukan ayam beku masih bertungkus-lumus memisahkan ayam yang bersatu-padu itu. Di samping ayam beku, ada juga yang teribat dalam proses menyediakan umai(best gilerrrr). Jam sudah menjangkau 12 tengah hari. Ramai yang sudah pulang ke rumah keluarga masing-masing namun tidak kurang yang masih tinggal menyiapkan kenduri. Memikirkan barang-barang yang belum dikemas, aku meminta Amie untuk menghantar kami(dengan muslimat) pulang. Boleh tahan jugak minah ni bawak kereta. Takut aku dibuatnya.
Setibanya di rumah, Safwan dan Sayed sudah siap berkemas. Aku meminta mereka pergi awal ke sekolah bagi menggantikan tempatku memandangkan aku sudah pasti akan terlambat untuk persiapan kenduri. Jam sudah menunjukkan 1340 saat aku tiba di sekolah walaupon majlis penutup dijadualkan bermula jam 1300. Sejurus tiba, aku terus menuju ke dapur untuk membantu menyiapkan majlis kenduri.
Kewujudan elektrik yang sekejap ada sekejap tiada sedikit mengganggu kelancaran majlis penutup.”Mujur video yang aku buat tunjuk. Kalo tak, penat je,” ujar Jepah(bukan nama sebenar), Syukbah Multimedia. Ucapan-ucapan yang menyentak jiwa dapat didengar sepanjang majlis penutup. Antaranya ucapan dari Pengerusi GDW, Tn Hj Saroji yang begitu sedih untuk melepaskan anak-anak angkat. Tidak ketinggalan ucapan dari Cikgu Inai yang meminta jika diadakan lagi program ini, buatlah lebih lama dan peruntukkan masa yang lebih lama untuk bermesra bersama keluarga angkat.”Bag seengah hari full untuk kami bersama,” kata Cikgu Inai. Tidak ketinggalan Afiq yang hampir menitiskan air mata tatkala berucap dek tersentuh dengan layanan yang tersangat baik yang diberikan oleh penduduk kampong. Seluruh dewan menjadi syahdu.
Tamat majlis penutup, hadirin dijemput menjamu selera dengan kenduri yang disediakan. Pelbagai lauk-pauk disediakan hingga tidak muat pinggan nak isi. Kari ayam, opor daging, ikan goreng, umbut masak lemak, ikan buntal dan juga umai. Fuuh. Ramai yang makan hingga bertambah-tambah. “Saya seronok dengan kenduri ni. Terima kasih kepada pihak yang membantu menyediakan kenduri”, kata Hypo Tuff, penjaga gol yang berjaya mengisi ruang kosong antara gol sewaktu perlawanan Sarung Soccer.
Selesai kenduri, semua bertolak pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing. Mengemas barang dan mengambil gambar bersama keluarga. “Emak” memberi kami sehelai kain pelekat(untuk musliminla.muslimat dapat batik) dan jga sebutir pasu setiap seorang.
Kami juga tidak ketinggalan menyampaikan cenderamata dari pihak kami. Selepas itu, sesi penggambaran sesame ahli eluarga mengambil tempat. Disebabkan keterbatasan waktu, kami segera bertolak ke sekolah. Yang muslimat tumpang kereta orang. Yang muslimin biasalah. Sewaktu melalui kawasan kanak-kanak kampong bermain, hatiku tersentuh. Terasa ingin gugur airmataku di situ. Mereka datang kepadaku, bersalaman dan mengucapkan terima kasih. Erat mereka memelukku seakan tidak mahu melepaskanku. Aku menghadiahkan mereka dua buah buku dan mengambil gambar bersama mereka.
Namun, perjalanan tetap diteruskan. Sepanjang perjalanan, kami mengucapkan terima kasih kepada orang kampong yang kami jumpa. Ramai yang melambai-lambai dan mengucapkan terima kasih. Kami tiba sedikit awal di sekolah. Apa lagi, bergambarlah. Setelah semua barang diangkat ke dalam bas, sesi penggambaran beramai-ramai mengambil tempat.
Setelah itu, suasana syahdu mula mengambil tempat. Keluarga-keluarga angkat seakan tidak mahu melepaskan anak-anak angkat mereka pergi. Terus berpelukan. Tidak kurang juga yang menangis. Bas yang dijadualkan berangkat jam 1800 tertunda setengah jam dek peristiwa syahdu ini. “Aku sedihla. Buke senang nok mari sini. Nanti
Akhirnya bas bertolak juga dengan lambaian syahdu penduduk Kg.Spaoh. Sesungguhnya aku secara jujur tidak menyangka menerima layanan yang tersangat baik dari penduduk kampong dan jug keluarga angkat bagaikan mereka keluargaku sendiri. Begitu juga yang lain. Hati terasa sangat berat untuk meninggalkan pergi bumi Spaoh.
Sepanjang perjalanan ke Kuching, bas sepi. Ramai yang terlalu sedih hingga tertidur. Akhirnya kami tiba di Baruk Kenyalang untuk tidur pada malam itu. Setelah mandi dan solat, kami semua pon tertidur.
Post a Comment