BAKTI KENYALANG DAY 3

Mengikut jadualnya, pukul 4.00 pagi majlis qiamullail akan dimulakan. Namun sekitar 4.15 pagi masih ramai yang menidurkan diri di bahagian belakang masjid. Akhirnya, qiamullail bermula dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz dari JAKIM(tak ingat namala) dan diimami oleh Yahya.

Setelah selesai solat subuh, tazkirah subuh diadakan. Janji asalnya sekadar 15 minit, tapi menjangkau lebih dari sejam(usah ditanya apa isi kuliah kerana kuterbaring sepi di belakang masjid). Tepat jam 6.30 pagi, kuliah tamat. Senamrobik juga dijadualkan berlangsung pada jam 6.30 pagi. Aku lantas mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja memandangkan jarak untuk ke sekolah rendah yang agak jauh(sebenarnya malas). Tepat jam 8.00 pagi, kami sekali lagi berhimpun di sekolah rendah untuk acara gotong-royong. Kami dibahagikan kepada kawasan-kawasan tersendiri dan aku diletakkan di sekolah menengah. Adeh. Jalan lagi. Jauh lak tu. Apapon, cabaran ditempuh. Kami beramai-ramai bergerak ke sekolah menengah. Setibanya di sekolah menengah, kami dibahagikan kepada kawasan-kawasan yang lebih kecil.

Tamat gotong-royong, kami sekali lagi dijamu dengan jamuan ringan oleh pihak sekolah. Setelah itu, kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Kepenatan, kami tertidur seketika sebelum Zuhur(qailulah).

Jam 3 petang, tibalah giliran keluarga kami untuk ke klinik kesihatan. Dimulakan dengan sesi ceramah kesihatan yang pada niat penceramah sekadar 30 minit sahaja, ceramah menjangkau lebih dari sejam apabila pihak muslimat begitu aktif menanyakan soalan. Setelah itu, pemeriksaan kesihatan dijalankan. Hasratku untuk menderma darah terbantut memandangkan tekanan darah yang tinggi mungkin kesan dari keletihan bergotong-royong.

Setelah itu, aku, Wan, “Emak” dan 3 orang muslimat berangkat pulang ke rumah tanpa Safwan dan Sayed yang begitu teruja sekali dengan ujian kesihatan. Setelah solat, aku dan Wan bersama 3 orang muslimat meronda kampong. Kesian kat diorang tak ronda lagi. Setelah jauh meronda ke dusun orang Iban dan megambil gambar, kami bertolak pulang. Seperti biasa, maghrib sudah hampir. Mujurlah Safwan dan Sayed sudah mandi.


Setelah solat dan makan malam, kami bergerak ke masjid memandangkan ada majlis tahlil. Seusai solat Isya’, kami bertolak pulang ke rumah, berehat seketika sebelum bergerak ke sekolah rendah untuk sesi latihan malam kebudayaan. Melihatkan pasukan dikir barat, Wan meminta kebenaran untuk sama terlibat dalam persembahan dikir barat. Ketua iaitu Bas tidak keberatan membenarkan.

Jam sudah menjengah angka 11 ketika sesi latihan tamat. Setelah itu, kami beramai-ramai bertolak pulang ke rumah. Owh. Malam ni yang muslimin suruh Yorke hantar. Yang muslimat balik dengan Mr Amran. Pengalaman menaiki kereta yang dipandu Yorke saat hujan dan cermin berkabus malam itu cukup menarik apabila beberapa kali hampir terlibat dengan kemalangan dek kerana jarak penglihatan yang sangat terbatas.

0 Responses