FUTSAL

Lama sungguh rasanya aku tidak bermain bola. Sepanjang di KYUEM rasanya ada dua jenis sukan sahaja yang aku belum bermain iaitu ragbi dan bola sepak. Akhirnya, setelah lebih seminggu merancang, berlangsunglah perlawanan futsal reunion SPM 06 SMAI.

Biarpun sedikit terganggu dengan pembatalan penyertaan di saat-saat akhir oleh beberapa pemain, 8 pemain yang tinggal tetap meneruskan misi untuk bermain futsal.



Shamsul, Nazmi, Ahchai, Bidon, Abas, Third, Amirul Azhar dan aku. Tepat jam 1430, sepak mula dimulakan. "Kita pakai main je.Xyah skema-skema,"kataShamsul atau nama glamournya Shampoo. Setelah setengah jam bermain, mulalah ramai yang "pancit".

Akhirnya, perlawanan ditamatkan setelah sejam berlalu dengan kemenangan berpihak kepada tak tahulah pasukan yang mana. Apapun, menang kalah bukanlah persoalan. Yang pentingnya ukhuwah yang terjalin diharap terus berkekalan.

0 Responses