KENDURI PERNIKAHANKU DI HARI RAYA

Alhamdulillah. Suria menampakkan sinarnya. Sudah dua hari berlalu di mana bayangan suria dan juga rembulan tidak kelihatan sama sekali. Teringat aku ketika salah satu mesyuarat SC. Salah seorang bertanyakan apakah yang akan dilakukan jika hujan turun. Puan Rog dengan nada jenaka menjawab ,"takpe. Religious Exco kan ada. Dia kena sembahyang hajatla" (aku tak buat pon.haha). Sepanjang program SC memang rasanya tiada yang berhadapan dengan hujan yang lebat walaupon ketika musim hujan. Cuma ada sekali. Itupon hujan renyai-renyai.

Ternyata, hujan tidak turun pada hari itu (11 zulhijjah). Sejak malam semalam, rumahku sudah mula sibuk dengan persediaan bagi majlis kenduri pernikahanku. Pagi ini sudah pastinya persiapan lebih rancak ditambah pula dengan ketiadaan bekalan air semenjak dua hari lalu semakin menyukarkan proses (isu ini akan disentuh dalam entri selepas ini InsyaAllah).

Setelah selesai proses memasak dan menyusun hidangan, tetamu mula tiba sekitar jam 12 tengah hari (walaupon dijemput selepas Zuhur). Tak kisahla. Beberapa lauk menjadi santapan tengah hari ini. Gulai kawah sudah tentu, ayam masak rendang, kobis goreng, ikan masin, pelbagai ulam-ulaman, sambal belacan, bubur pulut hitam, tapai dan tidak ketinggalan air sirap.

Tetamu terus-menerus berkunjung. Alhamdulillah, agak ramai juga yang hadir. Sekiar jam 2.30 petang barulah tetamu undanganku yang pertama hadir iaitu Shamsul atau nama terkenalnya "Shampoo", lulusan Darul Quran yang kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi UIA PJ. Kami berbual pelbagai isu merangkumi pembelajaran, perkahwinan dan rakan-rakan hinggalah Hazwan yang kini menuntut di UIA Gombak pula hadir. Tak lama kemudian, Cikgu Nurul tiba berseorangan memandangkan suaminya bekerja. Kami mengambil peluang makan bersama dan berbual serta berbincang mengenai isu-isu pendidikan sahaja (yelah. ada cikgu. mana boleh cerita menda lain.haha).

Tak lama kemudian, Cikgu Nurul meminta diri sementara Shamsul dan Hazwan terus tinggal. Setelah menunaikan solat asar, kami meneruskan upacara berbual-bual. Tetamu terus-menerus berkunjung. Tak lama kemudian, Shamsul dan Hazwan pon meminta diri untuk pulang. Aku ingatkan sudah tiada lagi yang berkunjung namun jangkaanku salah. Masih ada yang terus berkunjung. Tanpa henti.

Tak lama kemudian, pengetuaku dahulu iaitu Ustaz Baharudin menghantar mesej memaklumkan bahawa dia sekeluarga datang ke rumah namun tiada kenduri pon dijalankan. Aku sedikit kepelikan hinggalah akhirnya aku menyedari bahawa Mudir tersalah baca sms aku sebelum ini. Begini lebih kurang bunyinya : "Assalamualaikum ustaz. Ariff ni. Jemput datang ke rumah...". Apa yang Mudir faham ialah Ustaz Ariff iaitu salah seorang guru di SMAI yang menjemputnya. Alhamdulillah, akhirnya kekeliruan itu dapat dijelaskan dan beliau berjanji untuk datang setelah maghrib. Oh ye. Tetamu berterusan. Berhenti seketika sebelum solat maghrib sebelum bersambung semula.

Akhirnya Ustaz Baha tiba bersama keluarga sekitar Isya'. Sudah lama tak bertemu beliau dan juga keluarga beliau. Ternyata usahaku sebelum ini menghubungi Imtinan iaitu anak beliau sia-sia kerana telefon bimbitnya telah hilang. Sambil makan, kami berbual mengenai pelbagai isu (tiada perkahwinan). Maklumlah. Sudah lama tak bertemu. Aku nak berbual dengan Imtinan dan Faizah pon segan memandangkan ada Ustaz Baha dan isterinya iaitu Ustazah Kamariah. Haha.

Tak lama kemudian, ustaz meminta diri dan tetamu yang lain pula tiba. Akhirnya, tiada lagi tetamu. Sudah jam 10 ketika itu. Terlalu banyak untuk dikemas. Air pula tiada. Sungguh menyukarkan. Hari itu beratus kilogram bebanku angkat. Tanganku kemerahan dan masih kekal kesannya hingga ke hari ini. Badan terasa sungguh letih. Hajat di hati hendak mengemaskini blog namun tak kesampaian sehinggalah ke hari ni lantaran dari keletihan yang menimpa.

Apapon, aku gembira dan bersyukur kerana dapat jua bertemu dengan sahabat dan juga saudara yang sudah lama tak bertemu. Alhamdulillah
0 Responses