Amaran : Jika anda fasi BTN, sila jangan baca! Nanti gagal pula saya!
Setiap hari, saya membaca pelbagai akhbar dan menonton siaran berita di kaca televisyen. Bila rakyat marhaen berkata begitu-begini yang menyalahi fakta, saya tak salahkan mereka. Mungkin mereka kekurangan sumber untuk mendapat maklumat. Atau mungkin juga mereka mendapat maklumat dari sumber yang salah. Itu normal dalam situasi masyarakat yang dikatakan sebagai malas membaca (bukan saya yang mengatakan sebegini).
Bila mana "ahli parlimen kedai kopi" mengatakan begitu-begini, juga yang menyalahi fakta, saya juga tak salahkan mereka. Disamping faktor di atas sebagai penyumbang, faktor emosi dan ketaksuban juga turut menyumbang.
Tapi, saya hairan. 'ajib. Pelik. Bila mana yang mengatakan begitu-begini yang menyalahi fakta itu ialah mereka yang menghuni badan-badan eksekutif yang mana mereka ini sepatutnya lebih sewajarnya mendapat maklumat yang tepat berbanding saya!
Ketika sesi perdebatan antara Menteri Penerangan, Dato' Shabery Cheek dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, Dato' Shabery mengemukakan teori di mana bila mana subsidi diberi, inflasi akan meningkat. Teori ini ternyata bertentangan sama sekali dengan teori ekonomi yang sedia ada. Saya tak mahu menerangkan teori itu di sini cuma ingin menyatakan saya tak salahkan beliau ketika mengemukakan perkara itu. Mungkin adrenalin dalam badan beliau dipam secara berlebihan menyebabkan beliau tersalah kata.
Namun sehari dua ini kecoh media massa di Malaysia dengan isu hudud. Isu yang kembali panas setelah berlangsungnya sebuah wacana politik di Kelantan di mana YB Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud yang menjadi salah satu dasar perjuangan PAS.
Saya baca akhbar. Saya tonton siaran berita di kaca televisyen. Menteri A mengatakan PAS sengaja menimbulkan isu hudud untuk menjadi modal kempen di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Menteri B, C dan D juga mengatakan sedemikian. Tidak ketinggalan timbalan menteri E.
Apa komen saya? "Bangangnya kalian! Kalau tak tahu, jangan berkata! Nampak kebodohan dan kemalasan kalian! (ayat lembut). Saya tak mahu membicarakan isu sama ada mereka memperkecilkan hukum Allah, masih berpegang kepada undang-undang kapitalis walaupun agamanya Islam. Itu saya rasa sudah disentuh ramai pihak.
Saya berkesempatan memuat-turun dan melihat sendiri wacana itu. Jelas, yang membangkitkan isu hudud bukanlah YB Husam Musa. Sebaliknya, perkara ini ditanya oleh moderator, Prof Agoos dan kemudian diapi-apikan oleh YBHaq Mohaidin Khairy Jamaludin. Maka, sangatlah tidak tepat dan tersasar jika para menteri ini menyatakan bahawa YB Husam Musalah yang membangkitkan isu ini sebagai modal kempen di Kuala Terengganu!
Maka, tersangat bangang dan bodohlah bila mana menteri-menteri ini menyatakan begitu. Inikah menteri-menteri Malaysia yang menjadi badan pembuat dasar di negara ini? Ohhhh. Tolong saya!
Setiap hari, saya membaca pelbagai akhbar dan menonton siaran berita di kaca televisyen. Bila rakyat marhaen berkata begitu-begini yang menyalahi fakta, saya tak salahkan mereka. Mungkin mereka kekurangan sumber untuk mendapat maklumat. Atau mungkin juga mereka mendapat maklumat dari sumber yang salah. Itu normal dalam situasi masyarakat yang dikatakan sebagai malas membaca (bukan saya yang mengatakan sebegini).
Bila mana "ahli parlimen kedai kopi" mengatakan begitu-begini, juga yang menyalahi fakta, saya juga tak salahkan mereka. Disamping faktor di atas sebagai penyumbang, faktor emosi dan ketaksuban juga turut menyumbang.
Tapi, saya hairan. 'ajib. Pelik. Bila mana yang mengatakan begitu-begini yang menyalahi fakta itu ialah mereka yang menghuni badan-badan eksekutif yang mana mereka ini sepatutnya lebih sewajarnya mendapat maklumat yang tepat berbanding saya!
Ketika sesi perdebatan antara Menteri Penerangan, Dato' Shabery Cheek dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, Dato' Shabery mengemukakan teori di mana bila mana subsidi diberi, inflasi akan meningkat. Teori ini ternyata bertentangan sama sekali dengan teori ekonomi yang sedia ada. Saya tak mahu menerangkan teori itu di sini cuma ingin menyatakan saya tak salahkan beliau ketika mengemukakan perkara itu. Mungkin adrenalin dalam badan beliau dipam secara berlebihan menyebabkan beliau tersalah kata.
Namun sehari dua ini kecoh media massa di Malaysia dengan isu hudud. Isu yang kembali panas setelah berlangsungnya sebuah wacana politik di Kelantan di mana YB Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud yang menjadi salah satu dasar perjuangan PAS.
Saya baca akhbar. Saya tonton siaran berita di kaca televisyen. Menteri A mengatakan PAS sengaja menimbulkan isu hudud untuk menjadi modal kempen di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Menteri B, C dan D juga mengatakan sedemikian. Tidak ketinggalan timbalan menteri E.
Apa komen saya? "Bangangnya kalian! Kalau tak tahu, jangan berkata! Nampak kebodohan dan kemalasan kalian! (ayat lembut). Saya tak mahu membicarakan isu sama ada mereka memperkecilkan hukum Allah, masih berpegang kepada undang-undang kapitalis walaupun agamanya Islam. Itu saya rasa sudah disentuh ramai pihak.
Saya berkesempatan memuat-turun dan melihat sendiri wacana itu. Jelas, yang membangkitkan isu hudud bukanlah YB Husam Musa. Sebaliknya, perkara ini ditanya oleh moderator, Prof Agoos dan kemudian diapi-apikan oleh YB
Maka, tersangat bangang dan bodohlah bila mana menteri-menteri ini menyatakan begitu. Inikah menteri-menteri Malaysia yang menjadi badan pembuat dasar di negara ini? Ohhhh. Tolong saya!
agak siut di situ.haha
aku rse bentuk muke khairy la faktor die nmpk arrogant dowh.lebar, 4 segi. dan janggut die mmg aku benci