Artis Hollywood Boikot Perniagaan Yahudi Zionis.

Beberapa orang bintang Hollywood meminta gambar-gambar mereka dihapuskan dari laman sebuah perusahaan perhiasan berlian milik Lev Leviev, seorang jutawan Yahudi Amerika. Para aktres Hollywood itu tidak mahu nama mereka dikaitkan dengan perusahaan yang turut memberikan sokongannya kepada pembangunan pemukiman Yahudi di Israel dan berperanan dalam pelanggaran hak asasi manusia di Afrika.

Para aktres itu antara lainnya ialah Salma Hayek, Sharon Stone, Whitney Houston, Halle Berry, Drew Barrymore, Brooke Shields, Andie Macdowell, dan Lucy Liu, meminta Lev tidak lagi meletakkan gambar-gambar mereka di laman itu mahupun seluruh toko berlian milik Lev, setelah dihubungi oleh organisasi kemanusiaan Palestin (Adalah), dan organisasi Yahudi anti-penjajahan Israel di Palestin yang berpusat di New York.

Kedua-dua organisasi itu mengirimkan surat, melakukan negosiasi dan memberikan informasi kepada perwakilan para aktris Hollywood tersebut, bahawa Leviev terlibat dalam pelanggaran-pelanggaran hak asasi manusia di Palestin dan Afrika Selatan. Kedua organisasi pro-Palestin itu juga meminta para aktris tersebut untuk menolak menjadi model perusahaan-perusahaan yang mendukung projek-projek Zionis.

Bukan sekali ini saja, para "model" perusahaan berlian Leviev meminta perusahaan itu menghapuskan gambar-gambar mereka yang sedang mengenakan perhiasan-perhiasaan produk Leviev. Pada bulan Oktober, duta untuk lembaga bantuan kemanusiaan Oxfam International Kristin Davis juga meminta fotonya diturunkan dari laman perusahaan Leviev.

Pada bulan Jun, UNICEF menyatakan menolak untuk menerima derma apapun dari Leviev karena keterlibatan Leviev dalam pembangunan pemukiman Yahudi di Tebing Barat, Palestin. UNICEF menegaskan bahawa mereka tidak menerima donasi dari organisasi, individu atau kelompok yang terlibat dalam suatu konflik.

Ethan Heitner dari organisasi Adalah menyatakan penghargaannya atas sikap para aktres Hollywood itu. "Kami berterimakasih kepada para bintang ini yang telah bergabung bersama UNICEF, Oxfam dan mereka yang telah menjauhkan dirinya dari perusahaan-perusahaan Leviev yang telah melanggar undang-undang di Palestin dan ikut berkontribusi dalam pelanggaran hak asasi manusia di Angola dan Namibia," kata Heitner.

Heitner mengatakan, Leviev telah memanfaatkan gambar-gambar para publik figur untuk "membersihkan" praktik-praktik bisnesnya yang melanggar etika. (ln/aby)

sumber

Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis.

Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.



Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.

1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti ?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini keana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara2 lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza ?


Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!


3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. apa pendapat saudara ?

Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwn do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis sunti yang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!

4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu2 orang masih tercedera. Bantuan kemanusian pula di sekat utk di bawa masuk ? apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?

Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemua pelajar2 Muslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya!, Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka, sudah tentu halini tidak timbul.

5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa2 dengan serangan terbaru Israel ini ? apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri ?


Apakah yang diharapkan dari Obama?, bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin?, beliau hanyalah seorang warga AS berkulit hitam dari parti Demokrat...beliau hanya akan meneruskan polisi2 luar AS berkaitan Israel.


6-Setakat ini , dengan kematian beratus2 orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas ?


HAMAS seperti juga fraksi2 perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.


7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin ?


Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.



8- apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentangan serangan terbaru rejim Zionis ini ?


Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap2 hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat a'bangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat2 negara Eropah agar mempengaruhi wakil2 mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak2 di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat a'bangsa telah dilakukan oleh kumpulan2 ini untuk membela nasib wanita dan kanak2 di Gaza...

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak2 perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara2 Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.

Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin.

Serangan udara Israel yang berterusan dalam masa dua hari telah mengakibatkan beratus-ratus orang Palestin cuba melarikan diri dari Gaza ke Mesir pada pagi Isnin dengan menyerbu lintasan sempadan tertutup beramai-ramai.

Laporan sumber-sumber tempatan, beratus2 warga Palestin telah membanjiri pihak berkuasa Mesir yang ditempatkan di lintasan sempadan Mesir.

Pihak berkuasa Mesir menyokong tindakan rejim Zionis melakukan pengepungan pada Gaza dan kebuluran penduduk Palestin lebih dua tahun lepas, dan Mesir masih enggan membuka sempadan antara Gaza dan Mesir (satu-satunya laluan selain laluan melalui pemeriksaan rejim Zionis)

Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, meninggalkan semua pihak hospital Gaza tidak bersedia untuk menangani jumlah pesakit yang ramai.

Note:
sumber : http://www.imemc.org

Anda tonton televisyen, anda baca akhbar. Pihak Mesir mengatakan hospital mereka telah bersedia memberi rawatan kepada masyarakat Palestin yang cedera. Tapi Hamas tidak membenarkan rakyatnya keluar ke sempadan. Anda baca dan tonton begitu kan?

Tapi inilah hakikat sebenarnya. Pihak berkuasa Mesir (semoga Allah menumbangkan mereka beserta Israel) telah menghalang masyarakat Palestin mendapatkan bantuan. Saya menonton berita. Satu kapal beserta bantuan perubatan ke Palestin bergerak dari Cyprus. Antara yang terlibat ialah ahli parlimen Canada dan seorang wartawan British (jika saya tak silap). Dan sudah pasti mereka bukan beragama Islam!

Tapi, lihatlah apa yang "so called" umat Islam lakukan sendiri terhadap "so called" saudara mereka. Lihatlah!

Mesir, Saudi dilapor bersekongkol mengganasi Gaza


Roads to Iraq mendakwa, Mesir dan Arab Saudi bersekongkol dengan Israel mengganasi Gaza. Ketua perisikan Mesir, Amro Suleiman dilaporkan menerima maklumat serangan itu dari Menteri Luar Israel, Tzipi Livni. Beliau kemudiannya menyampaikan maklumat itu kepada negara-negara Arab yang lain. Bagaimanapun, beliau didakwa membohongi Hamas kononnya Israel bersedia untuk berunding. Akhbar propaganda Saudi, Al-Sharq Al-Awsat pula dilaporkan oleh Roads to Iraq menyiarkan temubual dengan Simon Perez di mana pengganas itu menyatakan: "Rantau ini bersedia untuk perdamaian dan kami tidak akan masuk ke wilayah Gaza".

Lama web Syria pula melaporkan salah seorang pemimpin Hamas, Mahmoud Al-Zahhar menuduh Mesir bersekongkol dengan Israel memperdayakan Hamas di Gaza.

Menurut Roads to Iraq lagi, Aljazeera melaporkan bahawa sayap bersenjata Palestin menuduh negara-negara Arab bersekongkol dalam serangan ke atas Gaza. Akhbar Israel, Ma'an pula melaporkan bahawa negara-negara Arab memberikan lampu hijau kepada Israel untuk menghapuskan para pemimpin Hamas.

Tindakan Mesir menyekat sempadan di Rafah juga dikaitkan dengan maklumat awal yang diberikan Israel. (Tulisan dalam imej agensi berita Ma'an di atas menyatakan, negara-negara Arab mempersetujui rancangan Israel melakukan pembunuhan di Gaza

Saudi Arabia - Egypt ally with Israel to attack Gaza

Roads to Iraq (27/12/08): Not only Egypt participated in the attack on Gaza by pre-informed on attack date, just reported on Al-Quds Al-Arabi that Livni informed the head if the Egyptian intelligence Amro Suleiman who in his turn informed other Arab countries, but told Hamas that Israel is ready for the peace negotiatioSauns.

Saudi Arabia deployed its media to legitimize the attack. One hour after the Al-Arabiya TV broadcast an interview with the terrorist Olmert, Saudi propaganda newspaper Al-Sharq Al-Awsat published an interview with another Israeli terrorist Simon Perez who said the following: The region ready for peace and we will not enter Gaza.

Genocide in Gaza just started, blessed by Arab countries

Roads to Iraq (27/12/08): Nothing new in Aljazeera report today that Palestinian armed factions accused Arab countries with participating in the attack on Gaza. Israeli newspapers already reported the Green Light given by Arab countries to eliminate Hamas leaders.

Do you think that Egyptian reinforcement on Rafah-Crossing was coincidence or already tipped off? But Hamas also tipped off by an Arab official who also revealed that the Israeli plan is to target the institutions of Gaza authority, and to invade the region, not to mention the assasination of Hamas leaders.

By the way: According to the Israeli military, the military operation will take 15 days.

In Response to Gaza Offensive, Syrian and Hamas Media Lambast Egypt, Saudi Arabia

The Memri Blog (28/12/08): The Syrian and Hamas media have responded to the Gaza attack with harsh criticism against Egypt and Saudi Arabia. An editorial in the Syrian website www.champress.net accused the Syrian and Saudi leaders of collaborating with Israel in the spilling of Palestinian blood. The Syrian government daily Teshreen stated in an editorial that "certain Arab leaders" regarded Israel as a strategic ally and were helping it to annihilate the resistance movements in Palestine and Lebanon. Associates of Hamas leader Mahmoud Al-Zahhar accused Egypt of collaborating with Israel in deceiving the Hamas in Gaza.

Sources: www.champress.net, December 27, 2008; Teshreen (Syria), December 28, 2008; Teshreen (Syria), December 28, 2008; Al-Quds Al-Arabi (London), December 27, 2008.

Egyptian official lying through his teeth

Roads to Iraq (28/12/08): Reported on Aljazeera that Egypt keeps blocking Rafah-Crossing, not allowing the humanitarian aid to enter Gaza, Aljazeera anchor asked an Egyptian official why? He answered: For logistic reasons.

A Lebanese military expert said that the Egyptian official is lying, Egypt knows that an Israeli ground campaign on its way, this is the reason behind the blockade.

The lebanese expects that Hamas will use Hizbollah’s 2006 war tactics against the Israeli military.

Israeli military preparing to assassinate Gaza leaders

Ma'an (18/12/08): Assassinating Hamas leaders is one option being explored as Israeli troops prepare for the end of the ceasefire, according to a Thursday report in the Israeli daily paper Maariv.

The paper quoted military sources as saying Arab countries advised Israel to assassinate major Hamas leaders if they reject the truce.

The story appeared on page two of the Hebrew paper and claims un-named Arab states have given Israel the 'green-light' to use extra-judicial means to ensure the disappearance of Hamas leaders in case the party refuses to extend the truce.

The article, by Israeli journalists Ben Kesbit and Amir Raybot, claimed that Arab heads of state sent secret letters to the Israeli government. They hinted that the assassination planning was a major factor regarding why no major military action has been undertaken so far.

Those listed as candidates for assassination are:

De facto Prime Minister in Gaza Ismail Haniyeh
De facto Minister of the Interior Sai'd Siyam
De facto Minister of Foreign Affairs Mahmoud Az-Zahhar
Head of the military wing of Hamas in the Gaza Strip (The Al-Qassam Brigades) Ahmad Aj-Ja’bary
Member of the Palestinian Legislative Council and leader of the Popular Committee against the Siege in Gaza Dr Jamal Al-Khudari
Secondary leaders in the Al-Qassam Brigades Ibrahim Ghandur and Muhammad Deif, who have both survived several assassination attempts, were also on the list.

The Egyptian-brokered ceasefire is set to end on Friday.

MENANGIS

Hari ini saya menangis lagi. Saya baca akhbar dan menangis. Saya tonton berita dan menangis. Saya tonton siaran TV9, sebuah dokumentari bertajuk Kota Salehudin dan saya menangis. Saya melayari internet dan saya menangis. Kini, ketika sedang menaip ini saya menangis lagi.

Saya terfikir. Sampai bila kita hanya mampu sekadar menangis. Sampai bila apabila kita membelek helaian akhbar, mulut kita sekadar memaki hamun Israel (semoga Allah menghapuskan mereka). Sampai bila apabila kita menonton televisyen, kita sekadar menangis dan mendoakan saudara kita. Sampai bila apabila berlakunya konflik, kita keluar berdemo di jalan raya atas nama prihatin terhadap saudara kita. Sampai bila kita sekadar memberikan jawapan kita tak mampu buat apa-apa melainkan mendoakan mereka. Sampai bila kita hendak berkata kita tak mampu buat apa-apa melainkan menyumbang derma dan bantuan untuk mereka. Sampai bila?

Entah. Saya sendiri pun tidak pasti sampai bila saya akan terus begini. Terasa deraian air mata ini menyentuh jiwa mempersoalkan apa yang telah saya lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Terasa di hari akhirat nanti dipersoalkan oleh syahid-syahid itu akan apa yang telah dilakukan untuk memberi bantuan kepada mereka.

GAZA 1


Helaian akhbar kutatap
Kaca televisyen kutonton
Oooooh
Aku tak bisa meneruskannya
Hatiku diracik menjadi helaian
Mataku berlinang butiran kaca

Apakah ini memang suratannya?
Apakah ini yang dipinta?
Lihatlah masyarakat dunia!
Lihatlah kekejaman yang berlaku!
Kehilangan satu nyawa kau katakan ini keganasan
Sedangkan kehilangan ratusan malahan ribuan nyawa lain kau tak ambil peduli

Kini, Gaza diserang lagi
Diserang dan terus diserang
Aku pasti mereka mampu mendepaninya
Bukan kerana mereka sudah lali
Tapi merekalah mujahid sejati
Cuma apa aku dan kamu lakukan kini?
Apa bezanya kita dengan masyarakat Yahudi?
Mungkin mereka kini sedang menonton televisyen
Mungkin sedang membeli-belah
Mungkin sedang duduk di restoran-restoran dan berbual tentang artis
Dan kita?
Kita juga sedang menonton televisyen
Kita juga sedang membeli-belah
Kita juga sedang duduk di restoran-restoran dan berbual tentang artis
Maka apa bezanya kita dan mereka???

Duhai kawan...Duhai rakan...
Bangkitlah...Sedarlah...
Saudara kita di Gaza sedang berjihad
Mereka tidak gentar untuk mati lantaran syahid yang dijanji
Ayuh lakukan sesuatu
Ambil beratlah akan keadaan saudara kita itu
Doakan mereka setiap waktu
Agar kafir itu dimusnahkan oleh Allah

Allahuakbar!


P/s : Perbahasan mengenai politik ditangguhkan lantaran isu Palestin lebih mendesak. Marilah kita bersama tanpa mengira batasan parti politik, agama, mahupon bangsa bersatu dalam isu ini. Untuk mendekati isu Palestin, buku DARI BEIRUT KE JERUSALEM tulisan Dr Ang Swee Chai boleh dijadikan panduan. Untuk informasi semasa, lawati web PALESTINKINI

MEREKA TIDAK BODOH

Saya menonton berita. Seperti biasa. Sudah menjadi rutin di musim cuti. Isu Palestin menjadi berita utama malam ini di mana Gaza diserang bertalu-talu oleh tentera Israel(semoga Allah memusnahkan mereka). Antara yang dipaparkan ialah sidang media yang diadakan oleh wakil Amerika Syarikat. Saya lupa namanya. Adam Johnson mungkin.

Beliau mengatakan bahawa Amerika menyokong serangan Israel dan menyalahkan Hamas yang katanya mula-mula melancarkan roket ke Israel lantas membatalkan gencatan senjata. Saya berkata : "Bodoh!".

Tiba-tiba saya teringat entri saya sebelum ini. Cuba kaitkan. Nyata. Mereka sama. Mereka tidak bodoh bahkan merekalah yang pandai. Pandai menyembunyikan fakta sebenar lantas menipu dan memperbodohkan manusia yang sifatnya malas untuk membaca dan mengkaji.

TOLONG SAYA!

Amaran : Jika anda fasi BTN, sila jangan baca! Nanti gagal pula saya!

Setiap hari, saya membaca pelbagai akhbar dan menonton siaran berita di kaca televisyen. Bila rakyat marhaen berkata begitu-begini yang menyalahi fakta, saya tak salahkan mereka. Mungkin mereka kekurangan sumber untuk mendapat maklumat. Atau mungkin juga mereka mendapat maklumat dari sumber yang salah. Itu normal dalam situasi masyarakat yang dikatakan sebagai malas membaca (bukan saya yang mengatakan sebegini).

Bila mana "ahli parlimen kedai kopi" mengatakan begitu-begini, juga yang menyalahi fakta, saya juga tak salahkan mereka. Disamping faktor di atas sebagai penyumbang, faktor emosi dan ketaksuban juga turut menyumbang.

Tapi, saya hairan. 'ajib. Pelik. Bila mana yang mengatakan begitu-begini yang menyalahi fakta itu ialah mereka yang menghuni badan-badan eksekutif yang mana mereka ini sepatutnya lebih sewajarnya mendapat maklumat yang tepat berbanding saya!

Ketika sesi perdebatan antara Menteri Penerangan, Dato' Shabery Cheek dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, Dato' Shabery mengemukakan teori di mana bila mana subsidi diberi, inflasi akan meningkat. Teori ini ternyata bertentangan sama sekali dengan teori ekonomi yang sedia ada. Saya tak mahu menerangkan teori itu di sini cuma ingin menyatakan saya tak salahkan beliau ketika mengemukakan perkara itu. Mungkin adrenalin dalam badan beliau dipam secara berlebihan menyebabkan beliau tersalah kata.

Namun sehari dua ini kecoh media massa di Malaysia dengan isu hudud. Isu yang kembali panas setelah berlangsungnya sebuah wacana politik di Kelantan di mana YB Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud yang menjadi salah satu dasar perjuangan PAS.


Saya baca akhbar. Saya tonton siaran berita di kaca televisyen. Menteri A mengatakan PAS sengaja menimbulkan isu hudud untuk menjadi modal kempen di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Menteri B, C dan D juga mengatakan sedemikian. Tidak ketinggalan timbalan menteri E.

Apa komen saya? "Bangangnya kalian! Kalau tak tahu, jangan berkata! Nampak kebodohan dan kemalasan kalian! (ayat lembut). Saya tak mahu membicarakan isu sama ada mereka memperkecilkan hukum Allah, masih berpegang kepada undang-undang kapitalis walaupun agamanya Islam. Itu saya rasa sudah disentuh ramai pihak.

Saya berkesempatan memuat-turun dan melihat sendiri wacana itu. Jelas, yang membangkitkan isu hudud bukanlah YB Husam Musa. Sebaliknya, perkara ini ditanya oleh moderator, Prof Agoos dan kemudian diapi-apikan oleh YB Haq Mohaidin Khairy Jamaludin. Maka, sangatlah tidak tepat dan tersasar jika para menteri ini menyatakan bahawa YB Husam Musalah yang membangkitkan isu ini sebagai modal kempen di Kuala Terengganu!


Maka, tersangat bangang dan bodohlah bila mana menteri-menteri ini menyatakan begitu. Inikah menteri-menteri Malaysia yang menjadi badan pembuat dasar di negara ini? Ohhhh. Tolong saya!

AKU BUKAN MUSUH HARTA



Sesungguhnya lagu ini sangatlah sedap untuk didengar. Sungguh "catchy" sekali. Lirik lagu ini merupakan hasil karya bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin namun sayang lagu ini telah diharamkan oleh RTM. Alasannya? Anda dengan dan anda akan tahu mengapa. Silalah dengan dan hayati lirik ini. Best!

MAKA APA HUKUMNYA?

Setelah dibentangkan dengan dua pendapat yang masing-masing mempunyai dalil, jelaslah isu ini menjadi khilaf dalam kalangan ulama'. Perlu difahami konteks yang dinyatakan Dr Yusuf Qardhawi ialah mengucapkan bukan merayakan. Terpulanglah untuk membuat penilaian berdasarkan hujah dan dalil yang dirasakan lebih kuat.

Dan satu lagi perkara yang perlu difahami ialah konsep merayakan. Tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya kita berkunjung ke rumah-rumah terbuka masyarakat bukan Islam di hari perayaan masing-masing. Dalilnya: "Allah tidak melarang kamu utk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang2 tidak memerangi kerana agama.." terjemah AQ 60:09

KONKLUSI:

1 – Umat Islam boleh merayakan perayaan-perayaan kaum dengan masyarakat bukan Islam seperti Deepavali , Gong Xi Fa Chai , Krismas , Hari Menuai , Hari Gawai dan perayaan-perayaan yang lebih berbentuk perayaan suku kaum , bukannya perayaan ibadat kebesaran khusus bagi satu-satu agama selain Islam .

2 – Adapaun perayaan-perayaan seperti Thaipusam, Wesak , Hari Kiamat ( Kristian ) , Hari Paskah ( Yahudi & Kristian ) dan seumpamanya , maka haram bagi seseorang muslim untuk turut sama meraikannya kerana itu semua adalah perayaan yang lebih berbetuk ibadat ( worship ) bagi golongan bukan Islam .

3 – Namun , setiap umat Islam mestilah berusaha menjaga batas-batas agamanya tatkala berhubungan dengan golongan bukan Islam . Dan tidak boleh sama-sekali seseorang muslim itu turut sama makan dan minum hidangan-hidangan yang HARAM semata-mata hendak “ menjaga hati tuan rumah “ . Toleransi tetap ada tetapi tidaklah sampai menggadai prinsip utama agama ! . Selain itu kaedah di dalam perundangan Islam sendiri telah menetapkan : “ Tujuan yang baik , tidak mengharuskan segala jenis cara termasuklah cara yang keji ! “ .

4 – Golongan bukan Islam sendiri akan memahami batas-batas Islam itu sendiri jika kita sendiri dapat memberitahu mereka dengan sebaik-mungkin . Apatah lagi bagi golongan cendekiawan bukan Islam yang telah terdedah dengan informasi terhadap Islam dan umatnya .

5 – Adapaun bagi perayaan-perayaan kebangsaan seperti Hari Kemerdekaan , Hari Ibu , Hari Guru , Hari Pekerja , Hari Belia , Hari Peladang & Penternak dan sebagainya , tidaklah menjadi halangan bagi seseorang Islam untuk turut sama merayakannya selama ianya tidak menggadai keimanan seseorang itu kepada Allah Ta’ala

HUKUM MENGUCAPKAN MERRY CHRISTMAS- FATWA QARDHAWI

Pertanyaan:

Saya adalah mahasiswa muslim yang sedang menempuh program doktoral bidang atom di sebuah negara Eropah, Jerman. Alhamdulillah, saya masih menjaga agama saya, melaksanakan kewajiban-kewajibannya, membantu saudara-saudara untuk berkhidmat kepada agama, dan menjaga hubungan baik dengan para imigran Islam yang besar di sini.

Permasalahan yang ingin saya sampaikan kepada Syaikh adalah, apa yang dihalalkan dan diharamkan bagi kita untuk mengucapkan hari-hari raya seperti hari raya negara dan agama? Terutama yang paling terkenal adalah hari raya kelahiran Al-Masih (Natal) atau yang disebut Christmas dan sering dirayakan oleh orang-orang dengan perayaan besar?

Apakah kita boleh mengucapkan selamat kepada teman sekampus, pembimbing disertasi, rakan sepejabat, atau tetangga rumah dengan kata-kata sopan dan telah menjadi kebiasaan?

Saya pernah mendengar dari sebagian teman, bahwa hal tersebut adalah haram, bahkan termasuk salah satu dosa besar kepada Allah. Karena, hal tersebut adalah termasuk mengakui dan membenarkan kebatilan dan kekufuran serta mendukung agama mereka.

Padahal, ketika saya mengucapkan selamat dengan kata-kata atau dengan memberikan hadiah, saya tidak pernah membayangkan bahwa saya membenarkan kebatilan atau mendukung kekufuran mereka. Ia tidak lain adalah semata bentuk pergaulan dan berinteraksi dengan baik antara sesama manusia yang diperintahkan oleh Islam. Terutama, mereka pun selalu mengucapkan selamat kepada hari raya kita. Bahkan, mereka kadang juga memberikan hadiah kepada kita. Justru, saya merasakan kekasaran dan kekerasan -yang tidak layak bagi seorang muslim- jika kasih sayang tersebut dibalas dengan wajah masam dan kening berkerut. Ia akan menyebabkan seorang muslim terasingkan dari keadaan, lari dari masyarakat, dan menjelekkan citra Islam itu sendiri. Terutama di zaman sekarang, dimana banyak musuh Islam sering menyerang dan menyebut Islam dengan kekerasan dan teroris. Dengan interaksi yang kasar seperti itu, berarti kita telah memberikan senjata kepada mereka untuk menyerang agama dan umat Islam. .


Saya harap Syaikh bisa menjelaskan sikap fikih Islam modern terhadap permasalahan yang sensitif ini sesuai dengan pertimbangan-pertimbangan syariat. Seperti yang sering Syaikh terangkan kepada kita tentang permasalahan-pennasalahan yang serupa dengan ini. Kami memohon kepada Allah, mudah-mudahan umat bisa merasakan manfaat ilmu Syaikh. Mudah-mudahan, Dia memberikan berkah pada kejuhudan dan jihad Syaikh, amin.



Jawab:

Tidak diragukan lagi, permasalahan yang saudara tanyakan adalah permasalahan penting dan sensitif - sebagaimana yang saudara jelaskan sendiri. Saya mendapatkan pertanyaan serupa dari beberapa saudara dan saudari yang hidup di berbagai negara Eropah dan Amerika. Mereka tinggal bersama keluarga Kristian, dan menjalankan ikatan kehidupan seperti bertetangga dalam rumah, rakan dalam kerja, serta teman di kampus. Terkadang juga, seorang muslim merasakan jasa besar dari orang non-muslim dalam keadaan tertentu. Seperti ia menjadi pembimbing yang membantu mahasiswa muslim dengan ikhlas, doktor yang mengubati pesakit muslim dengan ikhlas, dll. Sebagaimana pepatah, manusia adalah budak kebaikan. Seorang penyair berkata:

“Berbaiklah kepada manusia,
Hati mereka akan diperbudak
Dengan kebaikan,
Manusia akan senantiasa diperbudak.”

Bagaimana sikap seorang muslim terhadap non-muslim yang memiliki sikap damai, tidak memusuhi, tidak memerangi agama, tidak mengusir, atau ingin mengusirnya?

Al-Qur'an telah menjelaskan hubungan antara umat Islam dan yang lainnya dalam dua ayat surat Al-Mumtahanah. Surah tersebut diturunkan tentang orang-orang musyrik pagan (penyembah berhala). Dimana Allah berfirman,

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu karena agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dan negerimu dan membantu -orang lain- untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, mereka itulah orang-orang yang zhalim."
(Al-Mumtahanah: 8-9)

Dua ayat tersebut membedakan antara non-muslim yang memiliki sikap damai dan sikap memerangi (memusuhi).

Kepada yang berbuat damai, Al-Qur'an mengajarkan agar kita berbuat baik (al-birr) dan berlaku adil (al-qisth) kepada mereka. Al-Birr itu melebihi keadilan itu sendiri. Adil adalah Anda mengambil hak Anda, sedangkan kebaikan adalah Anda memberikan sebagian hak Anda. Adil adalah memberikan hak kepada orang lain tanpa dikurangi sedikit pun, sedangkan kebaikan adalah menambah kebaikan terhadap orang lain.

Adapun ayat yang melarang untuk berbuat baik kepada non¬muslim adalah dari mereka yang memusuhi, memerangi, dan mengusir umat Islam dari negeri mereka dengan tanpa alasan yang benar - hanya karena umat Islam berkata, "Tuhan kami adalah Allah." Seperti yang telah dilakukan oleh suku Quraisy dan orang-orang musyrik Makkah kepada Rasulullah dan para sahabat.

Tentang perlakukan kepada non-muslim yang berbuat damai Al-Qur'an menggunakan kata "al-birr" (kebaikan). Kata tersebut digunakan untuk hak paling besar setelah hak Allah, yaitu berbakti kepada orang tua (birr al-walidain).

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadits dari Asma' binti Abu Bakar, dia datang kepada Nabi dan bertanya, "Ya Rasulullah, ibuku datang kepadaku sedangkan dia adalah seorang musyrik. Saya senang sekali menjaga silaturrahim dengannya, [Maksudanya ingin bersilaturrahim dan memberikan hadiah kepadanya.] apakah saya boleh bersilaturahim dengannya?" beliau menjawab, "Bersilaturrahimlah dengan ibumu." [HR. AI-Bukhari, Kitab Al-Adab (5979), dan Muslim, Kitab Az-Zakah (1003).]

Ibu Asma' adalah seorang musyrik. Sebagaimana diketahui, sikap Islam terhadap Ahli Kitab lebih ringan daripada sikap Islam terhadap orang-orang musyrik pagan.

Bahkan, Al-Qur`an membolehkan untuk memakan makanannya dan menjadikan mereka kerabat. Dengan kata lain, boleh memakan sembelihan dan menikahi perempuan mereka. Hal tersebut sebagaimana yang dijelaskan oleh surat Al-Maa'idah..

"Makanan -sembelihan- orang-orang yang diberikan Al-Kitab halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka, dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu."
(Al-Maa idah: 5)

Salah satu hasil dari pernikahan yang dibolehkan tersebut adalah, kasih sayang di antara suami-istri. Allah Ta'ala berfirman,

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah, Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang."
(Ar-Rum: 21)

Bagaimana mungkin seorang suami tidak mencintai istrinya, seorang pengurus rumahnya, teman seumurnya, dan ibu bagi anak-anaknya? Tentang hubungan suami-istri ini, Allah Ta'ala telah berfirman,

"Mereka itu adalah pakaian, dan kamu pun pakaian bagi mereka."
(Al-Baqarah: 187)

Salah satu hasil dari pernikahan juga adalah adanya keibuan dan hak-hak Islam terhadap anak. Apakah termasuk ke dalam kebaikan hari raya besar seperti ini, lewat begitu saja tanpa ada ucapan selamat sedikit pun? Bagaimana sikap kepada saudara dari pihak ibu seperti kakak, nenek, pakcik, makcik, dan saudara sepupu? Padahal, mereka semuanya mempunyai hak-hak kerabat? Allah Ta'ala telah berfirman,

"Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya daripada yang bukan kerabat- di dalam kitab Allah."
(Al-Anfal: 75)

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat."
(An-Nahl: 90)

Jika hak keibuan dan kekerabatan akan menyebabkan seorang muslim dan muslimah mempunyai hubungan ibu dan kerabat yang tercermin dari akhlak baik, toleransi, serta memenuhi janji, maka hak-hak yang lain pun mengharuskan seorang muslim untuk tampil dengan akhlak baik. Rasulullah pernah memberikan wasiat kepada Abu Dzar dengan mengatakan,

"Bertakwalah di mana pun kamu berada, ikutilah keburukan dengan kebaikan, ia pasti akan menghapusnya. Serta bergaullah kepada manusia dengan akhlak yang baik."

Demikianlah, Nabi bersabda, "Bergaullah kepada manusia," bukan "bergaullah kepada umat Islam dengan akhlak yang baik." [HR. Ahmad (21354). Orang-orang yang menakhrij Musnad berkata, "Hasan lighairih. "Sanad hadits ini para rawinya kuat. Diriwayatkan juga oleh Ad-Darimi (2791), dan At-Tirmidzi (1988), dan Al-Hakim (1/54). At-Tirmidzi berkata, "Hadits hasan."]

Dalam bergaul dengan non-muslim, Nabi pun mendorong untuk berlaku lemah lembut, bukan keras.

Ketika beberapa orang Yahudi yang masuk ke rumah Nabi, mereka mengucapkan salam dengan "As-Sam alaika ya Muhammad" (racun untuk kamu wahai Muhammad." "As-Sam" adalah kebinasaan dan kematian. Ketika Aisyah mendengar hal tersebut, dia berkata, "Wa'alaikum as-sam wa al-la'nah ya a'da'allah" (racun dan laknat untuk kalian juga wahai musuh-musuh Allah).

Namun, Rasulullah menegur Aisyah. Aisyah pun berkata, "Apakah engkau tidak mendengar yang mereka katakan?" Beliau menjawab, "Saya mendengar dan menjawab wa'alaikum.” [Yakni, kematian akan datang kepada kalian sebagaimana datang kepadaku.] Wahai Aisyah sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam seluruh hal." [Muttafaq Alaihi. Al-Bukhari, Kitab AI-Jihad(2935), Muslim, Kitab As-Salam dari Aisyah (2165).]


Bolehnya mengucapkan salam dalam acara seperti ini, jika mereka - seperti yang ditanyakan oleh penanya- yang memulai mengucapkan selamat terhadap hari-hari Islam. Kita diperintah untuk membalas kebaikan dengan kebaikan, menjawab salam dengan salam lebih baik, atau paling sedikit dengan salam yang sama. Seperti firman Allah Ta'ala,

"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah - dengan yang serupa."
(An-Nisaa': 86)

Seorang muslim tidak layak memiliki rasa hormat dan akhlak yang rendah. Karena, seorang muslim haruslah orang yang lebih bisa menghargai dan memiliki akhlak mulia. Sebagaimana ada dalam sebuah hadits,

"Orang mukmin yang memiliki keimanan paling sempurna adalah yang memiliki akhlak paling baik.”
[HR. Ahmad]

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik."
[HR. Ahmad dari Abu Hurairah (8952). Orang-orang yang menakhrij Musnad berkata, "Shahih, hadits ini sanadnya kuat." Ibnu Sa'ad meriwayatkan dalam "Ath¬Thabaqat"(1/192), Al-Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrnd" (273), dan Al-Hakim (2/613).]

Diriwayatkan, bahwa seorang Majusi pernah berkata kepada Ibnu Abbas, "Assalamu'alaikum." Ibnu Abbas menjawab, "Wa'alaikum as-salam wa rahmatullah wa barakatuh." Sebagian sahabat bertanya, "Engkau berkata kepadanya wa barakatuh?" Ibnu Abbas menjawab, "Bukankah dalam rahmat Allah dia hidup?"

Hal tersebut lebih dikuatkan jika kita ingin mengajak dan mendekatkan mereka kepada Islam, serta dicintai oleh umat Islam. Hal tersebut tidak akan berhasil jika kita dan mereka saling menghindar.

Sepanjang period Makkah, Nabi adalah orang yang memiliki akhlak dan pergaulan baik kepada orang-orang musyrik Quraisy. Meskipun mereka selalu menyakiti dan memusuhi beliau serta para sahabat. Bahkan, karena sangat percaya kepada beliau, mereka menitipkan barang-barang kepada beliau. Hingga ketika hijrah ke Madinah, beliau menitipkan barang-barang tersebut kepada Ali dan menyuruhnya untuk mengembalikannya kepada pemiliknya.

Dengan demikian, tidak ada salahnya seorang Muslim atau lembaga Islam untuk metnberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka. Baik dengan lisan atau kad ucapan yang tidak mengandung simbol agama yang bertentangan dengan prinsip-¬prinsip Islam, seperti salib yang dilarang oleh Islam, sebagaimana dalam firman-Nya,

"Mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi -yang mereka bunuh adalah- orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka."
(An-Nisaa': 157)

Kata ucapan selamat tidak mengandung pengakuan atau ridha terhadap agama mereka. Namun, ia adalah sekadar kata hormat yang biasa dikenal oleh manusia.

Serta, tidak ada salahnya untuk menerima hadiah dari mereka dan membalasnya. Nabi pun pernah menerima hadiah dari non-muslim, seperti Mauqis, pembesar Koptik. Dengan syarat, hadiah tersebut bukanlah yang diharamkan oleh Islam, seperti arak dan daging babi.



Saya mengetahui, bahwa Syaikh Islam Ibnu Taimiyah telah berlaku keras terhadap hari raya-hari raya orang musyrik, Ahli Kitab, dan orang yang mendukungnya. Hal tersebut dia tulis dalam bukunya yang brilian, "Iqtidha' Ash-Shirath Al-Mustaqim Mukhalafah Ahl Al-Jahim."

Saya bersama Ibnu Taimiyah untuk tidak menyetujui umat Islam yang merayakan hari raya-hari raya orang musyrik dan Ahli Kitab. Sebagaimana kita sering melihat sebagian umat Islam yang merayakan christmas, Idul Fitri, dan Idul Adhha. Inilah yang tidak boleh dilakukan. Kita memiliki hari raya, mereka pun memiliki hari raya. Namun, saya berpendapat, bahwa mengucapkan selamat hari raya kepada kerabat, tetangga, rakan, atau hubungan sosial lainnya yang mengharuskan adanya kasih sayang dan hubungan baik serta dibenarkan oleh tradisi yang benar adalah tidak mengapa.


Syaikhul Islam memfatwakan hal itu sesuai dengan kondisi zamannya. Jika hidup di zaman kita sekarang, melihat kompleksiti hubungan antara manusia, dunia yang mendekat hingga menjadi desa kecil, keperluan umat Islam untuk berinteraksi dengan non¬Muslim, non-muslim menjadi dosen bagi umat Islam, keperluan dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam, menampilkan gambaran Muslim dengan gambaran ramah bukan keras, dan kabar gembira bukan ketakutan, mengucapkan hari raya kepada tetangga, kawan, atau dosen bukan berarti keridhaan terhadap akidah dan kekufuran, melihat orang Kristian sendiri tidak menganggap hari rayanya sebagai aktiviti agama yang bisa mendekatkan diri kepada Tuhan tetapi menjadi tradisi negara yang dihabiskan untuk menikmati hari cuti, makanan, minuman, dan hadiah antara sahabat, Ibnu Taimiyah pasti akan mengubah atau meringankan pendapatnya. Dia adalah orang yang selalu memper-timbangkan waktu, tempat, dan kondisi untuk mengeluarkan sebuah fatwa.

Semua hal di atas adalah hari raya agama. Adapun hari raya negara -seperti hari proklamasi dan hari persatuan- hari raya sosial -seperti hari ibu, hari anak, hari buruh, hari pemuda, dll.- dalam kapasiti sebagai warga negara, tidak ada salahnya bagi seorang Muslim untuk mengucapkan selamat hari raya atau berpartisipasi dalam hari raya tersebut. Dengan syarat, dia tetap menjauhi hal-hal haram yang terkadang terjadi dalam acara seperti itu.

Hanya Allah-lah yang memberikan taufik.

***diambil daripada buku "Fiqh Maqasid Syariah" - Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi

HUKUM MENGUCAPKAN MERRY CHRISTMAS



Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://www.hafizfirdaus.com/

Apabila penulis menaip “Why do we celebrate Christmas” di enjin carian internet www.google.com, hasil penemuan pertama yang dikemukakan menyebut:

Why do we celebrate Christmas? It is Jesus' birthday! His mommy was Mary and His earthy Father was Joseph. His real Father is God and Jesus was God's gift to all of us!

Christmas is the celebration of the birth of Jesus. Christians decided to celebrate this day many years after He was born. December 25 was picked as this day, even though it probably is not the exact day He was born. That is not as important as the reason we celebrate Christmas. Jesus is the reason for the season. The season is not just to receive gifts, get time off from school or eat a lot of good stuff. Remember that Jesus was born for us...to take away our sins...so that we can be forgiven of the bad things we do forever. This is the greatest gift of all! [www.godschildrenscorner.com]

Jelas Christmas Day adalah sambutan bersempena dua perkara, pertama: Jesus sebagai anak Allah dan kedua: pengorbanan Jesus oleh Allah sendiri demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Adalah memadai dalam artikel ini kita memberi tumpuan kepada yang pertama sahaja, iaitu Jesus sebagai anak Allah.

Apakah pandangan Islam tentang dakwaan Allah memiliki anak? Jawapannya boleh diperolehi secara jelas daripada al-Qur’an.

Pertama, Allah adalah Tuhan yang bebas daripada diperanakkan atau memiliki anak. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya". [al-Ikhlas 112:1-4]

Kedua, mengatakan Allah memiliki anak adalah satu kesalahan yang amat berat:

Dan mereka berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.”

Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak. [Maryam 19:88-92]

Ketiga, dakwaan Allah memiliki anak adalah sebahagian daripada kepercayaan Trinity yang dipegang oleh orang-orang Kristian. Kepercayaan Trinity bermaksud Allah adalah tiga sekalipun satu, iaitu (1) The Father, (2) The Son and (3) The Holy Spirit. Ini adalah satu kesalahan yang telah dinyatakan oleh al-Qur’an sejak lebih 1400 tahun yang lalu:

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.

Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)".

Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [an-Nisa’ 4:171]

Keempat, apabila orang-orang Kristian enggan berhenti daripada kepercayaan Trinity mereka sebagaimana yang dilarang oleh ayat 171 surah an-Nisa’ di atas, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghukum mereka kafir:

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Maidah 5:73]

Ayat-ayat al-Qur’an di atas tidaklah bersifat samar-samar dalam menyatakan kesalahan mendakwa Allah memiliki anak. Pengkhususan diberikan kepada kepercayaan agama Kristian yang mendakwa Jesus adalah anak Allah. Jesus sebagai anak Allah adalah salah satu unsur Trinity. Berpegang kepada kepercayaan sebegini adalah satu kekafiran yang tidak diragukan lagi.

Alhamdulillah umat Islam bebas daripada kepercayaan Allah memiliki anak dan Trinity. Akan tetapi umat Islam tidak sahaja dituntut untuk menjauhi kepercayaan sedemikian tetapi juga dilarang daripada membantu atau menyokongnya. Ini kerana di dalam Islam, apabila sesuatu perkara itu adalah salah maka kita bukan sahaja dituntut untuk menjauhi kesalahan tersebut tetapi juga dilarang daripada membantu dan menyokong kesalahan itu. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. [al-Maidah 5:02]

Termasuk dalam keumuman perintah “…bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan…” ialah membetulkan kepercayaan orang-orang Kristian. Hal ini kita lakukan bukan dengan menzalimi mereka tetapi dengan dakwah dan dialog dengan cara yang terbaik, yakni dengan ilmu dan hikmah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, melainkan kepada orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka. Dan katakanlah (kepada mereka yang zalim): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu. Dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah diri." [al-Ankabut 29:46]

Termasuk dalam keumuman perintah “…janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa…” ialah jangan kita membantu dan menyokong kepercayaan orang-orang Kristian. Di antaranya ialah jangan diucapkan: “Merry Christmas” kerana dengan ucapan ini atau apa-apa yang seumpama, kita mengiktiraf kepercayaan mereka dan memberi ucapan tahniah untuk mereka meneruskan kepercayaan tersebut. Ini dilarang dan amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya dituntut ke atas kita.

Adapun tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, yakni orang-orang Yahudi dan Nasrani, ia adalah tindakan yang menafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [al-Mumtahanah 60:08]

Akan tetapi menghormati dan berbuat baik kepada orang bukan Islam, dalam kes ini orang-orang Kristian, tidaklah sampai ke tahap membenarkan dan membantu kepercayaan mereka yang syirik kepada Allah. Sebagai contoh, apabila memerintahkan anak-anak berbuat baik kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan jika mereka berdua (ibubapa) mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. [Luqman 31:15]

Jelas bahawa berbuat baik tersebut adalah dengan syarat ia tidak melibatkan apa-apa yang bersifat syirik kepada Allah. Jika melibatkan syirik maka tidak ada ketaatan. Namun sekalipun dalam suasana syirik tersebut, anak-anak tetap dituntut bergaul dengan ibubapa mereka dengan cara yang baik.

Justeru kita memang dituntut berbuat baik kepada orang-orang bukan Islam. Akan tetapi tuntutan ini tidaklah ke tahap kita melakukan syirik kepada Allah atau kita mengiktiraf dan membantu orang bukan Islam melakukan syirik kepada Allah. Hal ini perlu dibezakan dengan baik. Perhatikan bahawa sekalipun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, baginda tidak sekali-kali memberi ucapan tahniah dan menyertai perayaan keagamaan mereka.

Timbul persoalan seterusnya, bagaimana seharusnya sikap kita kepada majikan, guru, rakan-rakan, jiran-jiran dan ahli keluarga kita yang menyambut Christmas Day? Untuk menjawab persoalan ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian melakukan satu anjakan paradigma. Sedar atau tidak, kita umat Islam apabila menghadapi sesuatu persoalan seringkali akan cuba mengubahsuai agama Islam supaya selari dengan persoalan tersebut. Kenapa tidak dilakukan yang sebaliknya, iaitu mengubahsuai persoalan supaya selari dengan agama Islam? Sudah sampai masanya Islam dan umatnya menjadi pemimpin, bukan asyik dipimpin.

Dalam kes ini, sikap kita terhadap orang-orang Kristian yang berkaitan ialah menerangkan kepada mereka bahawa kita menghormati kepercayaan yang mereka pilih. Akan tetapi tidaklah bererti kita mengiktiraf dan menyertai perayaan keagamaan mereka kerana ia bertentangan dengan prinsip agama kita sendiri. Melalui penerangan yang berhikmah dan ilmiah, pasti mudah untuk orang-orang Kristian menerimanya. Malah mungkin ia dapat membuka ruang dakwah untuk kita membetulkan kepercayaan Trinity yang mereka pegangi.

Sudah tentu bahawa penjelasan dalam dua perenggan terakhir di atas adalah berdasarkan kemampuan setiap individu. Jika seseorang tersepit dalam suasana yang menekan, maka dibolehkan baginya mengucapkan Merry Christmas sebagai pilihan yang terakhir. Allah sebagai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengetahui apabila seseorang hambanya terpaksa melakukan satu perkara yang tidak diingininya.

Perkara lain yang perlu digariskan adalah, tidak mengucapkan Merry Christmas tidak bererti akan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana perpaduan rakyat bukan bererti persatuan agama tetapi saling menghormati ajaran agama masing-masing.[1]

Menghormati ajaran agama masing-masing bukanlah bermaksud kita umat Islam perlu mengalah kepada orang Kristian dengan mengucapkan Merry Christmas kepada mereka, tetapi dengan orang Kristian sendiri yang mengalah kepada umat Islam dengan menghormati kenapa ajaran Islam melarang umatnya daripada mengucapkan Merry Christmas.

[1] Perlu dibezakan bahawa “menghormati ajaran agama masing-masing” tidaklah bererti kita boleh menjadikan umat beragama lain sebagai Wali. Kedua, ia tidak bererti kita boleh meninggalkan kewajipan untuk berdakwah kepada mereka. Lebih lanjut rujuk risalah penulis: Kerukunan Antara Agama, Bukan Kesamaan Antara Agama yang dimuatkan dalam buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah – Buku 2 (Jahabersa, Johor Bahru 2005).

GENG : PENGEMBARAAN BERMULA



JOM JOM JOM TENGOK! GENG : PENGEMBARAAN BERMULA. FEATURING UPIN DAN IPIN!

SAYA NAK TENGOK! SAYA NAK TENGOK! SAYA NAK TENGOK!

P/s : SC baru sila buat trip ke midvalley pada 15 feb. saya nak tengok cerita ini!

SETAHUN BERLALU

Setahun sudah Bakti Kenyalang berlalu. Betapa kenangan manis ketika di bumi kenyalang masih lagi menjengah mindaku saban waktu. Nyata, tiada kata yang dapat kuungkap betapa kusenantiasa mengingati dan merindui saat-saat di sana.

bakti kenyalangian

sarapan terakhir kami sekeluarga..erk..bihun tu pedas sikit aku masak


keluargaku tanpa Salbiah feat Afiq


Setahun juga sudah berlalu semenjak aku menggunakan blogspot ini. Bukanlah itu tanda aras bermulanya aku dalam era blog sebaliknya sudah lama namun sebelum ini aku menggunakan blogdrive. Sekitar 3 tahun juga rasanya aku menggunakan blogdrive. Menjengah dunia maya, aku tidaklah lebih dikenali dengan nama ariff sebaliknya samaran shas, amar dan ad lebih dikenali sahabat jua teman-temanku di alam maya ini.



Cebisan Kenangan
Album : Kiasan Naluri
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com


ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

"LU PIKIRLAH SENDIRI"

Sudah lama kita tak melihat perbandingan harga petrol dan diesel dengan negara jiran kan? Mengapa agaknya? Takpelah. Sedikit info buat kalian.

Harga terkini petrol RON97 di Malaysia - RM 1.80
Harga terkini petrol di Indonesia - RM 1.60

Harga terkini diesel di Malaysia - RM 1.70
Harga terkini diesel di Indonesia - RM 1.53


Dahulu ketika harga minyak meningkat, pantas tarif elektrik dinaikkan. Alasannya, harga gas, arang batu dan juga minyak meningkat.

Kini? Harga gas sedikit sahaja mengalami penurunan. Tapi harga arang batu yang merupakan antara penjana kuasa utama elektrik negara turun lebih 50 peratus!

Tiada apa yang hendakku bicara. Bak kata Nabil dalam iklan Halagel , "Lu pikirlah sendiri!"

RENCAM

Waaah! Itulah kata yang dapatku ungkap apabila melihat MB Terengganu, Datuk Ahmad Said ketika Berita TV3. "TV3 berniat jahat terhadap saya! Sebelum saya jadi MB dia keluar berita cakap BPR sedang siasat Adun Kijal rasuah. Lepas saya jadi MB dia keluar lagi kenyataan cakap BPR sedang siasat Adun Kijal rasuah..." . Itulah antara kata-kata yang sempatku tangkap ketika TV3 menyiarkan persidangan DUN Terengganu yang membincangkan betapa TV3 telah tersalah lapor mengenai isu anak syarikat kerajaan negeri.



Nasihat saya kepada Datuk - Datuk bagilah harakah siarkan. Confirm tak tersalah lapor. Haha. Nampaknya MB Terengganu ini masih menghadapi serangan bukannya dari luar tapi dari dalam. Tak henti-henti. Walaupun golongan "Kuala Lumpur" akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Sultan Terengganu, MB ini terus ditekan dan ditikam hari demi hari oleh musuh dalam selimutnya. Apapon, aku mendoakan agar Datuk terus berkuasa bagi menjamin "house trip" Topaz berjaya. Haha.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain isu ini, ada isu yang lebih menarik. Penswastaan IJN oleh Kementerian Kewangan kepada Sime Darby. Najib yang kelihatan gembira dengan langkah ini sudahpun menghadapi tentangan dari Naib Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek dan juga Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai. Bantahan Chua Soi Lek berasaskan dua perkara iaitu kos dan juga kecekapan.



Isu pertama iaitu kos. Isu ini jelas dan terang di mana setelah berlakunya penswastaan, sudah pasti kos akan meningkat lantas meningkatkan jumlah yang perlu dibayar oleh pesakit. Mengikut beliau, setiap kali penswastaan berlaku, pasti harga perkhidmatan meningkat. Belum pernah lagi menurun. Mungkin POS Malaysia boleh menjadi contoh yang mudah.

Isu ke-2 ialah kecekapan. Mengikut teori ekonomi, tujuan penswastaan salah satunya ialah untuk meningkatkan kecekapan. Tetapi, menurut Chua Soi Lek, sepanjang penswastaan berlaku di Malaysia, keadaan tidak berubah. Anda inginkan contoh? KTMB mungkin contoh yang paling baik. Anda naik sendiri dan anda akan faham. Itulah antara projek penswastaan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ramlan mungkin dipenjarakan". Antara intipati akhbar yang sempat kusorot. Nampaknya abang bogel ini berhadapan masalah. Bukan berpunca dari niatnya untuk berbogel itu tapi masalah mengenai tempat letak keretanya dengan Rapid KL. Seorang rakanku, Haq Mohaidin begitu teruja dengan Ramlan ini. Banyak kali beliau menulis mengenai serangan bogel Ramlan di blog beliau.

Apapun, nampaknya abang bogel tidak dapatlah nak berbogel memandangkan dia mungkin dipenjarakan. Tulisan Subky Latif dalam akhbar Harakah versi Jumaat cukup menarik mengenai abang bogel ini. Dapatkanlah Harakah dan bacalah sambil tergelak.

P/s : Manifesto Haq untuk Acad Exco - Harakah dan Sinar Harian di RC. Undilah Haq!e

KEM LEPASAN SPM 2008

2 KISAH 1 PERSOALAN

Setelah selesai persembahan teater Sinbad, aku mendapat panggilan telefon dari Shamsul mengajakku ke Plaza Low Yatt. Memandangkan jarak Plaza Low Yatt yang agak dekat dari Istana Budaya, aku bersetuju. Dengan menaiki monorel, akhirnya aku tiba di sana. Tidak ke Low Yatt sebaliknya terus ke Time Square.

Ketika itu beberapa orang sahabatku yang lain telah pon pulang. Yang tinggal hanyalah Shamsul dan Taufiq. Kami meronda Time Square beberapa kali untuk mencari Restoran Hartz Chicken. Puas meronda hinggalah kami mengetahui bahawa restoran itu telah pon ditutup. Baru nak melantak puas-puas. Huhu.

Kami lantas meneruskan langkah ke KL Sentral. Memandangkan maghrib sudah menjengah, kami bersolat dahulu sebelum makan. Selepas itu, aku menaiki komuter menuju ke Sungai Buloh. Seperti biasa, penungguan tren komuter sangatlah lama menyebabkan tren menjadi padat dengan manusia. Aku terfikir dan terus terfikir, bilalah KTM akan menjadi efisien?

Awalnya aku berdiri memandangkan manusia padat di dalam tren itu. Lama-kelamaan, insan makin berkurangan dan akhirnya aku dapat duduk. Nyata kakiku letih dan penat merentas perjalanan ini. Sedang aku mengelamun, aku terdengar suara bergelak-tawa memanggil seseorang. "Abang". Aku perhatikan. Ada 4 orang gadis Melayu, manis bertudung duduk berhadapan denganku. "Baju merah". Kali ini aku tidak memandang mereka sebaliknya memandang ke seluruh tren. Aaah. Aku seorang berbaju merah. Ternyata gadis-gadis itu sedang bergelak-tawa sambil memandangku.

Tiada apa yang aku buat melainkan "buat bodo dan dono". Mereka terus memanggil namun tak sekali aku berpaling. Berlakon menghantar mesej, menghubungi seseorang. Owh. dalam situasi ini kena gunakan ilmu lakonan. Mujur tinggal satu stesen sahaja. Bersegera aku turun. Bimbang. Kasihan aku dengan mereka. Aku yang tidak cantik tetapi manis (ayat P. Ramlee), dan sebagainya lagilah pun mereka nak kacau. Sungguh. Ini kali pertamaku melihat perempuan yang mengacau lelaki. Dan aku pula mangsanya. Kalau hensem logiklah juga hendak dikacau. Mungkin mereka sekadar main-main sahaja (oh sudah tentu). Namun, inilah hakikatnya. Betapa longgar dan lemahnya didikan agama yang diterima. Atau mungkin tiada yang mengingat.

Setelah itu, sepupuku mengambilku di stesen Sungai Buloh. Kami menuju ke sebuah dewan untuk bermain futsal. Sudah tentu aku tak bermain. Tiada kasut. Namun, bukan itu apa yang ingin aku utarakan. Sebaliknya, apa yang aku lihat. Boleh dikatakan ramai yang membawa pasangan masing-masing (yang dah kahwin tak ramai pun) untuk melihat mereka bermain. Ketika itu sekitar 10 malam. Bermain selama 2 jam. Pukul 12 tengah malam. Kemudian, pergi minum pula. Berbual-bual. Nah. 1.30 pagi!!! Kalau balik terus, alhamdulillah. Kalau tak sampai-sampai rumah bagaimana? Bagaimana agaknya ibu bapa mereka ini (yang perempuanla)? Atau mungkin mereka berasal dari tempat yang lain dan tinggal bersama teman-teman sahaja sehinggakan tiada kawalan.

Ini baru kisah yang pergi bermain futsal. Sekurang-kurangnya mereka menghabiskan masa malam minggu mengeluarkan peluh. Yang lain bagaimana? Yang mengisi ruang-ruang sempit di kelab-kelab malam yang senantiasa penuh di malam minggu? Yang mengisi ruang kegelapan di taman-taman dan juga tasik-tasik?

Dua kisah ini membuatkan aku termenung berfikir sendirian. Inilah antara realiti, hakikat kehidupan kita yang sebenar. Aku fikir dan terus berfikir. Apa yang aku sudah buat? Menjauhkan diri dari realiti ini? Benar. Aku masih terselamat. Terjaga lagi diri dari situasi sebegini. Alhamdulillah. Tapi mereka??? Apa yang sudah aku buat untuk membantu mereka? Adakah aku sekadar bahagia melihat aku selamat? Apa bezanya kewujudan aku dalam dunia sebegini dengan kewujudan aku yang sendiri, duduk di dalam hutan atau gua atau mana sahaja tanpa ada orang lain agar aku "tak terpengaruh"? Persoalan yang tiada jawapan...

SINBAD

Masihkah anda ingat pada Sinbad? Sebuah kisah yang sering kita dengar ketika masih kecil. Kisah kehebatan seorang pelayar. Kisah benar atau dongengan? Wallahua'lam. Bukan itu apa yang ingin aku utarakan.

Sabtu lepas bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur, Topaz telah menghantar 4 orang perisik rahsia bagi mengkaji dan lebih mendalami ilmu teater. Sebenarnya, ada juga ajak dari Rumah lain iaitu Aidid, co-d Sapphire tapi atas masalah teknikal beliau tidak dapat menghadirkan dirinya ke sana.

Setelah berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan dugaan, dapat juga kami berempat + 3 orang adik Shafiq ke sana. Aku, Yorke, Pie dan Shafiq Confident. Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di Istana Budaya. Selama ini tengok dari luar je. Bukan apa. Tiada tujuan untuk masuk ke bangunan yang sungguh gah ini.



Aku dan Pie sampai tepat jam 3 petang. Berlari-lari dalam hujan bagai berlakon filem Hindustan. Mujur Shafiq sudah menyeleaikan urusan pembelian tiket. RM21.50 seorang. Mahal? Tak. Itu yang paling murah. Kami duduk di tingkat 3! Tiket-tiket semua sudah habis. Aku hanya menempah 5 tiket. Mujur ada dua lagi tiket terakhir untuk membolehkan kami semua menonton teater ini.



Kami berlari masuk ke dalam. Alhamdulillah. Belum bermula. Sempat kami melepaskan lelah buat seketika. Panggung sudah hampir penuh dengan penonton. Sekitar 3.10 petang, pementasan dimulakan. Teater Muzikal Kanak-kanak Sinbad. Itulah tajuknya.

Persembahannya sungguh menarik. Mantap. Terdiri dari 80 kanak-kanak dan penampilan khas Raja Azura, sungguh, kami terkesima. Lakonan kanak-kanak ini tersangatlah mantap. Bagaimana agaknya sesi latihan mereka? Dan bagaimana pula untuk menghasilkan lakonan yang sebegini mantap dalam persembahan kami nanti? Selain lakonan, prop, pencahayaan, penataan bunyinya turut mantap.

Masa 2 jam ++ terasa berlalu begitu sahaja. Apa yang menarik semasa persembahan ini ialah kemampuan para pelakon membuatkan masa terasa berlalu sekejap. Dengan lawak yang menyebabkan para penonton tidak berhenti-henti ketawa. Dan fakta yang lebih menarik. Berdasarkan pemerhatianku, kanak-kanak memang teruja dengan persembahan ini. Namun, ibu-bapa mereka lebih lagi. Oh. Aku terkesima. Benar ini kali pertama aku menyaksikan teater yang baik. Di Istana Budaya pula. Terasa jauh jika dibandigkan dengan teater kami.



Terdapat beberapa perkara yang dapat aku pelajari untuk diterapkan dalam persembahan nanti. Walaupun teater ini bukanlah teater bangsawan dan hanyalah teater kanak-kanak, namun banyak perkara dan ilmu yang aku pelajari. Tibalah masanya untuk aku perbaharui skripku yang membosankan itu. Tapi, aku masih malas!

DI MANA AMANAH?

"Pencawang Utama Terbakar, Indera Mahkota Bergelap", begitulah laporan muka depan akhbar Sinar Harian pada 9 disember bersamaan 11 zulhijjah, akhbar pilihan utamaku kini lantaran kebebasan dan keadilannya dalam menyampaikan berita. Kejadian ini berlaku pada 7 disember sekitar 12 tengah hari, sehari sebelum umat Islam menyambut Aidiladha. Walaubagaimanapun, kejadian kebakaran pencawang ini tidaklah aku sedari memandangkan bekalan elektrik di kawasanku tidak terjejas.


Ironinya, kesan dari kejadian ini memberi impak yang cukup besar kepadaku. Empangan Sungai Kobat terletak berhampiran Indera Mahkota dan kuasa elektriknya disalurkan melalui rangakaian elektrik Indera Mahkota. Terputusnya bekalan elektrik menyebabkan air tidak dapat dipam lantas menyebabkan seluruh bandar Kuantan mengalami masalah bekalan air.

Persoalan timbul bila mana perkara ini berlaku memandangkan sudah pastilah pihak JBA mempunyai set generator bagi menjana tenaga elektrik untuk mengepam air sekiranya keputusan bekalan elektrik berlaku. Malangnya, set generator ini rosak. Kalau rosak, baik tak payah ada generator persediaan (stand by)! Apa yang berlaku ialah kegagalan pihak JBA mengesan kerosakan yang berlaku pada generator ini hinggalah pada saat penggunaannya diperlukan, ia tidak dapat digunakan. Ke mana perginya orang yang bertugas untuk melakukan ujian ke atas generator itu yang sepatutnya dijalankan setiap minggu???? Akibatnya, seluruh Kuantan mengalami masalah bekalan air selama 3 hari!

TNB juga wajar dipersalahkan. Rakan ayahku yang juga merupakan seorang pekerja TNB mengkhabarkan bahawa mereka sudah berkali-kali memberitahu kepada pihak atasan bahawa pencawang ini bermasalah namun pihak atasan sekadar mendiamkan diri sahaja. Dah terhantuk baru terngadah! Sibuk mencari bekalan janakuasa bergerak yang katanya dipanggil dari Kuala Lumpur.



Keluargaku yang mengadakan kenduri pada 11 disember sangatlah terjejas dengan perkara ini. Mujurlah hujan turun pada hari sebelumnya. Kesukaran juga timbul ketika proses penyembelihan pada hari Aidiladha namun Alhamdulillah, hujan yang turun sedikit sebanyak membantu kelancaran proses penyucian. Pada hari kenduri, air terpaksa diangkat dari telaga surau berdekatan. Sungguh memenatkan.

Ada seorang mak cik yang berkata, " kita ni baru ujian xdok air. Hok Bukit Antarabangsa nu rumoh pon doh runtuh". Aku sekadar mendiamkan diri. Malas hendak menjawab. Kejadian Bukit Antarabangsa tidak boleh disamakan dengan krisis ini!. Hal ketiadaan air ini berlaku kerana tiadanya amanah dalam menjalankan tugas oleh pihak yang sepatutnya menjalankan tugas yang diberikan! Kalau mereka menjalankan amanah yang diberikan, perkara ini sudah pastilah tidak berlaku!

Isu ketiadaan air ini bukanlah suatu isu lama. Seringkali berlaku. Namun kali ini lebih teruk. Inikah yang dimaksudkan penswastaan JBA membawa kesan yang baik? Merenung sejenak. Kagum aku dengan Selangor. Mengimport air dari Pahang namun boleh memberi air percuma kepada rakyatnya. Pahang? Kata seorang pak cik ketika sedan berwudhu' untuk menunaikan solat sunat aidiladha, " Pahang Darul Makmur, air takdok sokmo".

KENDURI PERNIKAHANKU DI HARI RAYA

Alhamdulillah. Suria menampakkan sinarnya. Sudah dua hari berlalu di mana bayangan suria dan juga rembulan tidak kelihatan sama sekali. Teringat aku ketika salah satu mesyuarat SC. Salah seorang bertanyakan apakah yang akan dilakukan jika hujan turun. Puan Rog dengan nada jenaka menjawab ,"takpe. Religious Exco kan ada. Dia kena sembahyang hajatla" (aku tak buat pon.haha). Sepanjang program SC memang rasanya tiada yang berhadapan dengan hujan yang lebat walaupon ketika musim hujan. Cuma ada sekali. Itupon hujan renyai-renyai.

Ternyata, hujan tidak turun pada hari itu (11 zulhijjah). Sejak malam semalam, rumahku sudah mula sibuk dengan persediaan bagi majlis kenduri pernikahanku. Pagi ini sudah pastinya persiapan lebih rancak ditambah pula dengan ketiadaan bekalan air semenjak dua hari lalu semakin menyukarkan proses (isu ini akan disentuh dalam entri selepas ini InsyaAllah).

Setelah selesai proses memasak dan menyusun hidangan, tetamu mula tiba sekitar jam 12 tengah hari (walaupon dijemput selepas Zuhur). Tak kisahla. Beberapa lauk menjadi santapan tengah hari ini. Gulai kawah sudah tentu, ayam masak rendang, kobis goreng, ikan masin, pelbagai ulam-ulaman, sambal belacan, bubur pulut hitam, tapai dan tidak ketinggalan air sirap.

Tetamu terus-menerus berkunjung. Alhamdulillah, agak ramai juga yang hadir. Sekiar jam 2.30 petang barulah tetamu undanganku yang pertama hadir iaitu Shamsul atau nama terkenalnya "Shampoo", lulusan Darul Quran yang kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi UIA PJ. Kami berbual pelbagai isu merangkumi pembelajaran, perkahwinan dan rakan-rakan hinggalah Hazwan yang kini menuntut di UIA Gombak pula hadir. Tak lama kemudian, Cikgu Nurul tiba berseorangan memandangkan suaminya bekerja. Kami mengambil peluang makan bersama dan berbual serta berbincang mengenai isu-isu pendidikan sahaja (yelah. ada cikgu. mana boleh cerita menda lain.haha).

Tak lama kemudian, Cikgu Nurul meminta diri sementara Shamsul dan Hazwan terus tinggal. Setelah menunaikan solat asar, kami meneruskan upacara berbual-bual. Tetamu terus-menerus berkunjung. Tak lama kemudian, Shamsul dan Hazwan pon meminta diri untuk pulang. Aku ingatkan sudah tiada lagi yang berkunjung namun jangkaanku salah. Masih ada yang terus berkunjung. Tanpa henti.

Tak lama kemudian, pengetuaku dahulu iaitu Ustaz Baharudin menghantar mesej memaklumkan bahawa dia sekeluarga datang ke rumah namun tiada kenduri pon dijalankan. Aku sedikit kepelikan hinggalah akhirnya aku menyedari bahawa Mudir tersalah baca sms aku sebelum ini. Begini lebih kurang bunyinya : "Assalamualaikum ustaz. Ariff ni. Jemput datang ke rumah...". Apa yang Mudir faham ialah Ustaz Ariff iaitu salah seorang guru di SMAI yang menjemputnya. Alhamdulillah, akhirnya kekeliruan itu dapat dijelaskan dan beliau berjanji untuk datang setelah maghrib. Oh ye. Tetamu berterusan. Berhenti seketika sebelum solat maghrib sebelum bersambung semula.

Akhirnya Ustaz Baha tiba bersama keluarga sekitar Isya'. Sudah lama tak bertemu beliau dan juga keluarga beliau. Ternyata usahaku sebelum ini menghubungi Imtinan iaitu anak beliau sia-sia kerana telefon bimbitnya telah hilang. Sambil makan, kami berbual mengenai pelbagai isu (tiada perkahwinan). Maklumlah. Sudah lama tak bertemu. Aku nak berbual dengan Imtinan dan Faizah pon segan memandangkan ada Ustaz Baha dan isterinya iaitu Ustazah Kamariah. Haha.

Tak lama kemudian, ustaz meminta diri dan tetamu yang lain pula tiba. Akhirnya, tiada lagi tetamu. Sudah jam 10 ketika itu. Terlalu banyak untuk dikemas. Air pula tiada. Sungguh menyukarkan. Hari itu beratus kilogram bebanku angkat. Tanganku kemerahan dan masih kekal kesannya hingga ke hari ini. Badan terasa sungguh letih. Hajat di hati hendak mengemaskini blog namun tak kesampaian sehinggalah ke hari ni lantaran dari keletihan yang menimpa.

Apapon, aku gembira dan bersyukur kerana dapat jua bertemu dengan sahabat dan juga saudara yang sudah lama tak bertemu. Alhamdulillah

SALAM AIDILADHA


Malas nak mendesign kad. "Copy" je terus dari internet. Haha. Salam aidiladha buat semua.

KEM LEPASAN SPM 06



Teringat kenangan lama. Sebenarnya di sinilah aku baru mengenali universiti-universiti luar negara dan bertitik tolak dari kem inilah aku bercita-cita melanjutkan pelajaran ke bumi Kangaroo. Walaupon puas dipujuk dan dihasut, sehingga kini aku masih "firm" untuk ke Australia. InsyaAllah, jika ada rezeki aku harap aku dapat juga melanjutkan pelajaran di sana.

HEADER BARU

Dengki melihat rakan-rakan blogger menukar header masing-masing lantas aku membuat keputusan untuk menukar header. Design yang simple dan mudah. Tak kisahlah. Janji tukar. Haha. Tiada lagi komputer dan tetikus yang lama. Selamat tinggal!

Cuma...

Blog ini menjadi sangat berat. Huhu. Kesan dari lambakan gambar Langkawi dan juga header ini yang sangat lambat diupload. Patutkah photobucket dipersalahkan? Hmm. Tunggu dan lihat apa akan berlaku dalam beberapa hari lagi.

GAMBAR KEMBARA LANGKAWI

wajah-wajah riang sebaik tiba di Langkawi


bersarapan di air terjun Lubuk Semilang (sebelum Zul beraksi)


gambar Aman yang mengambil gambar kami bersuka-ria di Pantai Cenang



ketika di Datalan Lang. kelihatan seluruh ahli rombongan


me n oggy


Dataran Lang


bersama baranganku di Padang Besar


ini bukan kereta api kami


bosan menunggu kereta api


bersarapan di McD


Kredit buat Oggy untuk gambar-gambar ini. Masih banyak lagi gambar-gambar menarik. Tapi, dalam kamera Aman, Bell dan Zul. Nantikan...

KEMBARA LANGKAWI - PART 6

Akhirnya tiba juga di stesen KL Sentral. Kami yang sebelum ini terpisah jauh berkumpul semula di hadapan 7-eleven. Kami membuat keputusan untuk bersarapan. Acap Raiz begitu bersemangat mengajak kami ke Mcd. Layan jela. Tidak ada hidangan yang menarik pun di McD ni sewaktu pagi. Hidangan breakfastnya kurang menyelerakan (melainkan Hash Brown yang sedap).

Setelah bersarapan, kami berpisah ke destinasi masing-masing. Pie membuat keputusan untuk pulang ke rumah terus dan tidak ke Masjid Negara. Tinggallah aku berseorangan. Setelah meletakkan barang di tempat simpanan barang yang mahal, aku bercadang untuk mandi. Sekadar menyegarkan badan.

Menuju ke shower room yang disediakan pihak KTM. Terkesima lagi. Berpatah semula. RM5 untuk mandi sahaja? Kalau seringgit bolehlah lagi nak terima. RM5 sorry la. Aku lantas menuju ke tandas sahaja. Jimat RM5.

Selepas sedikit segar, aku melihatkan jam. Masih awal. Hadi berjanji untuk tiba sekitar jam 10. Lantas ke kedai buku berhampiran. Wang yang ada tidak mengizinkanku berbelanja lebih. Sekadar membeli akhbar The Star. membaca dari kulit ke kulit. Habis semua. Bosan. Terus menanti. Aku ke kedai berhampiran membeli air. 100 Plus. Tinnya tiada tanda harga. Ketika membayar terkejut monyet aku. RM1.90 untuk setin 100 Plus. Baik minum kat McD. At least boleh refill. Tapi, nak buat macam mana. Dah bayar. Layan jela.

Kembali semula ke kedai buku. Terlihat akhbar Harakah. Layan jela sementara menunggu Hadi ni. Habis separuh aku baca dan Hadi pon tiba. Hadi yang duduk bersebelahan denganku ketika Tingkatan 5. Ketika ini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya. Disebabkan Hadi baru sahaja bangun dari tidur, dia mengalami satu penyakit yang dinamakan kelaparan. Kami lantas menuju ke KFC yang baru memulakan urusniaganya.

Selesai makan, kami terus menuju ke Masjid Negara. Sudah bertahun tidak kujejak masjid ini. Hampir sedekad rasanya. Alhamdulillah. Kami tiba agak awal. Sekitar jam 12. Menanti dan terus menanti. Akhirnya muncul apa yang dinanti. Syeikh Yusuf Estes. Alhamdulillah. Dapat jua aku bertemu dengan beliau secara "live".

Sedikit kecewa dengan sistem penataan bunyi di Masjid Negara. Terlalu berdengung dan bergema. Hingga kurang jelas butir-butir kata yang diungkap. Semua hadirin duduk rapat-rapat agar dapat mendengar apa yang dikata.

Alhamdulillah tazkirah selesai sebelum azan. Sebelum azan dilaungkan, kelihatan Pak Lah(PM) tiba untuk menunaikan solat jumaat. Selesai solat, aku dan Hadi meronda gerai-gerai di sekitar Masjid Negara. Umpama pasar malam. Bukan lelaki yang beragama islam sahaja yang ada di situ sebaliknya turut terdapat masyarakat india dan juga wanita yang menjual barangan yang pelbagai.

Kami meneruskan perjalanan ke Pasar Seni. Sekadar mengisi masa lapang sementara menunggu masa untuk basku bertolak. 4.30 petang yang masih lama. Meronda dan terus meronda. Sudah hampir sedekad juga aku tak ke sini. Banyak juga barang dagangan yang diniagakan. Ya. Atas nama seni.

Setelah puas meronda, kami ke Kl Sentral semula untuk mengambil barangku. Hadi berkeras untuk turut sama ke Puduraya. Balik rumah pun tiada apa nak dibuat ujarnya. Tergamam seketika apabila dia melihat baranganku memikirkan bagaimana aku membawa barangan-barangan ini dari Padang Besar. Akhirnya, kami bergerak bersama ke Puduraya dan dengan bantuan Hadi alhamdulillah bebanku menjadi ringan.

Kami tiba di Puduraya. Hadi berkeras untuk menunggu sehingga aku berlepas. Melihatkan langit yang kian kelabu di luar, aku menyuruh balik sahaja tanpa perlu menungguku. Bimbang sukar untuknya bergerak pulang kemudian. Akhirnya, kami berpisah dengan janji untuk bertemu lagi. Aku meneruskan pembacaanku sehingga tiba waktunya dan akhirnya aku pulang.

Tammmmmat...

KEMBARA LANGKAWI - PART 5

5.30 petang tren dijanjikan tiba. 5.26 sebenarnya. menanti dan terus menanti. Datang sebuah tren jam 5.20 petang. Wah. KTM sudah semakin efisyen. Tiba lebih awal dari waktu dijanjikan. Tapi, hairan. Menuju ke arah berlainan. Aaah. Mungkin ia akan berpusing sebentar lagi. Kedengaran pengumuman dibuat. Owh. Tren itu akan ke Hatyai. Ternyata KTM belum efisyen lagi. Dan seperti yang dijangka. Penangguhan. Atau istilah terkenalnya "delay" hingga jam 6 petang. Tiada apa yang dapat kami buat sambil melayan kebosanan melainkan bergambar. Dan terus bergambar.

Tren hampir tiba. Aku berlainan gerabak dengan mereka. Aku memilih untuk duduk manakala mereka memilih katil. Zul dan Pie meyakinkanku bahawa gerabak kami hanya bersebelahan. Seperti yang dijanjikan oleh penjual tiket KTM. Aku agak ragu-ragu. Tunggu dan lihat.

Tren tiba. Nah. Seperti yang kuduga. Aku tercampak ke gerabak sungguh ke hadapan manakala mereka terperosok di gerabak sungguh ke belakang. Bersusah-payahku membawa barangan yang begitu banyak ke gerabak yang jauh ke hadapan. Beberapa ratus meter juga. Berlari anak aku bimbang tren bergerak sebelum sempat aku naiki.

Tempat dudukku agak selesa. Aku meletakkan barang-barangku di satu penjuru kosong. Aku bertanyakan Pie kedudukan kafe dan surau. Pie mengatakan di tengah-tengah kereta api. Dia mengajakku ke kafe memandangkan mereka semua ke sana. Kukata tunggu hingga maghrib.

Sengaja kubertanya pak cik pemeriksa tiket akan di mana duduknya surau. Ingin kepastian. Dengan wajah slamber beliau menjawab koc surau rosak. Dihantar baiki. Arghh. Begitu mudah dijawabnya. Kenapa tiada ganti? Kalau koc kafe rosak ada sahaja gantinya tapi surau? Hmmm. Terfikir dan merenung. Aaaah. Aku masih di Malaysia. Negara yang agama rasminya Islam. Aku berwuduk di tandas yang disediakan. Cukup sukar memandangkan tren sentiasa bergerak. Memikirkan cara untuk bersolat. Tak mungkin dapat berdiri. Gerakan tren terlalu menggoncang. Sungguh tidak stabil. Ruang juga tiada untuk bersolat. Terpaksa duduk di kerusiku. Mencari arah kiblat. Terlihat bayangan mentari.

Seusai solat, aku mesej beberapa sahabatku. Saja membuang waktu. Berjaya mengajak Hadi keluar bersama esok ke Masjid negara. Bertemu Sheikh Yusuf Estes pastinya. Aku meneruskan bacaanku pada akhbar The Star yang kubeli petang tadi. Habis semua huruf kubaca. Bosan. Kubergerak ke beg dan mengambil sebuah novel : Salahuddin, Penakluk Jurusalem. Baca dan terus membaca. Sungguh bosan sekali cara cerita ini digarap. Tidak kena dengan jiwaku. Namun, aku terpaksa terus membaca kerana tiada perkara lain yang dapat kubuat hinggalah akhirnya aku terlena.

Kutersedar ketika tren berhenti di Butterworth. Aman mengetuk cermin tingkapku mengajakku keluar. Aaah. Malaslah. Hendak menyambung tidur. Jam 10 malam ketika itu. Lama sungguh tren berhenti. Tidak bergerak-gerak. Aku mula bosan dan lantas menyambung bacaan. Sekitar 10.30 malam ketika itu. Tren masih belum bergerak. Pie dan Zul datang ke tempatku. "Jauh lajok tempatmu. Penat aku cari", ujar Zul. "Mu ah kabo dekatla. Gerabok sebelohla", aku membalas. "Bukan aku. Hok jual tiket kabo gitu", balas Zul kembali. Akhirnya kami sama-sama bergerak ke kafe.

Perjalanan ke kafe terasa begitu jauh. Nyata gerabakku sungguh jauh. Banyak juga gerabak yang harus kami lalui sebelum tiba ke kafe. Ketika itu tidak ramai umat manusia. Aku membeli nasi lemak, air milo dan sandwic. Nah. Rm9 harganya. Zul pon sama. Terkesimaaaaa kami seketika. Tapi apakan daya. Milo 3 in 1 itu dijual RM2 secawan.

Sedang menjamu selera, lampu terpadam. Tren masih belum bergerak. Kedengaran sumpahan dan makian dari segenap alam terhadap KTM. Keadaan berterusan hingga lima minit sebelum ia menyala semula namun tren masih belum bergerak. Tak lama kemudian, lampu terpadam lagi. Sumpahan dan makian kedengaran semula. Kali ini tren bergerak ke hadapan. Laju. Aaaah. Ia berundur semula. Main tolak-tarik agaknya. Menanti dan terus menanti. Akhirnya lampu menyala semula tapi tren masih belum bergerak. Kami kembali ke gerabak masing-masing.

Aku menghubungi Pak Lah. Ingin saja kuturun dan ambil bas ke Kuala Lumpur. Sungguh aku marah. Dua kali dihubungi tapi gagal. Aaaah. Menanti dan terus menanti akhirnya tren bergerak semula sekitar 12 tengah malam. Setelah 2 jam berhenti tanpa sebarang berita@ pengumuman dikhabarkan kepada penumpang. Pak Lah menghubungi semula bertanyakan kenapa menghubunginya. Ternyata jangkaanku tak silap. Dia seronok bermain "game" sebentar tadi.

Aku tidur dan terjaga berkali-kali sepanjang perjalanan. Setiap kali terjaga, aku kembali menelek novelku. Habis juga bacaanku malam itu. Akhirnya aku terjaga jam 6.15 pagi. Tren masih belum tiba. Janjinya tiba jam 5.30 pagi. Aku lantas mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh. Akhirnya kami tiba di KL Sentral jam 7 pagi.

Bersambung....